23/09/2026
23 September 2026 |
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) komited memperkukuh jaringan strategik bersama pemain industri menerusi Program Bicara Industri Borneo@UniMAP yang berlangsung di Bintulu, Sarawak, hari ini.
Program ini memberi ruang kepada Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP, untuk bertemu dan beramah mesra bersama lebih 20 rakan industri strategik, selain bertukar pandangan mengenai keperluan industri, pembangunan bakat TVET serta potensi kerjasama dalam bidang teknologi dan inovasi.
Program berkenaan disempurnakan oleh YB Tuan Ts. Johnny Pang Leong Ming, ADUN Tanjong Batu, yang turut menyampaikan ucaptama bertajuk “Sinergi Akademia-Industri: Memacu Inovasi Teknologi dan TVET di Borneo.”
Turut berlangsung Wacana Akademia–Industri serta sesi networking yang membuka ruang perbincangan lebih dekat berkaitan keperluan bakat TVET, inovasi teknologi dan hala tuju pembangunan industri di Bintulu dan Sarawak.
Selari dengan aspirasi untuk terus kekal relevan dan berimpak, UniMAP komited memainkan peranan sebagai solution provider kepada cabaran industri, khususnya dalam sektor minyak dan gas, pembuatan, bahan termaju serta logam dan aloi.
Turut hadir, Prof. Emeritus Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim, Penasihat, Capital Education & Skill Development Sdn. Bhd.; Encik Jamal Abdullah, Pengerusi Sarawak Oil and Gas Workers Association (SOGWA); serta Encik Fatehi Marzuki, Penolong Pengurus Besar, Lembaga Kemajuan Bintulu.
Bersama industri, UniMAP terus melangkah sebagai pemacu inovasi, pembangunan bakat dan penyelesaian teknologi demi manfaat masyarakat dan kemajuan negara.