SK LKTP Chuping, Perlis official

Call Directions Website

SK LKTP Chuping, Perlis official SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA CHUPING, PERLIS.

🌟 **Selamat Datang, Selamat Jalan** 🌟Yang baharu hadir membawa harapan 🀍Yang lama pergi meninggalkan kenangan πŸ₯ΉSelamat d...
30/09/2026

🌟 **Selamat Datang, Selamat Jalan** 🌟

Yang baharu hadir membawa harapan 🀍
Yang lama pergi meninggalkan kenangan πŸ₯Ή

Selamat datang ke keluarga **SK Felda Chuping** buat guru-guru baharu! πŸ‘‹πŸ»βœ¨

Buat guru yang melangkah ke tempat baharu, terima kasih atas segala jasa, bakti dan kenangan yang telah ditinggalkan. 🫢🏻

**Tempat mungkin berubah,
tetapi kenangan tetap kekal. ❀️**

Selamat datang & selamat melangkah ke destinasi baharu! 🌷

23/09/2026

Peluncuran Program School Anti-Bullying For Empowerment (SAFE). Terima kasih kepada Pegawai yang hadir merasmikan Program.


!
SifarBuli Jenayah!
Chuping

Selamat datang CIKGU HASFA ROHIZAL BIN HASSAN  Guru Besar baharu SKFC..Berikut adalah kata2 aluan selamat datang dari be...
21/09/2026

Selamat datang CIKGU HASFA ROHIZAL BIN HASSAN Guru Besar baharu SKFC..

Berikut adalah kata2 aluan selamat datang dari beliau:-

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan salam perkenalan kepada seluruh warga SK Felda Chuping.

Saya hadir ke sekolah ini dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab. Saya percaya, sekolah yang hebat bukan dibina oleh seorang pemimpin sahaja, tetapi hasil kerjasama, komitmen dan keikhlasan seluruh warga sekolah.

Saya mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada semua guru dan staf. Marilah kita bersama-sama membina suasana kerja yang positif, saling menghormati, saling membantu dan sentiasa mengutamakan kepentingan serta kemenjadian murid.

Saya juga terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan daripada semua. Kita semua mempunyai matlamat yang sama, iaitu menjadikan SK Felda Chuping sebuah sekolah yang lebih baik dan cemerlang.

Akhir kata, marilah kita bekerja sebagai satu pas**an, satu hati dan satu matlamat. Insya-Allah, dengan kebersamaan dan keikhlasan kita, banyak kejayaan dapat kita capai bersama.
Terima kasih dan selamat bekerja.

*β€œBersama Membina Kecemerlangan, Demi Kemenjadian Murid.”*

SELAMAT BERTUKAR DAN SALAM PERPISAHAN PENUH TAKZIM BUAT GURU BESAR KESAYANGAN KAMI CIKGU ZUEL AZWAR BIN DESA KE SEKOLAH ...
20/09/2026

SELAMAT BERTUKAR DAN SALAM PERPISAHAN PENUH TAKZIM BUAT GURU BESAR KESAYANGAN KAMI CIKGU ZUEL AZWAR BIN DESA KE SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN .....

BINGKISAN DARI CIKGU ZUEL :-

SEBUAH KENANGAN, SEJUTA KEMAAFAN
Di bumi Chuping yang penuh kenangan,
Kita melangkah dalam satu perjuangan,
Bersama mendidik penuh keikhlasan,
Demi anak bangsa, menjadi harapan.
Wahai guru-guru yang saya kasihi,
Rakan seperjuangan, sahabat di hati,
Banyak khilaf sepanjang bersama ini,
Andai tersilap, maafkanlah diri.
Mungkin ada kata yang mengguris rasa,
Mungkin ada teguran yang tidak sempurna,
Mungkin ada keputusan yang kurang kena,
Namun semuanya demi sekolah tercinta.
Saya bukan insan yang sempurna,
Ada kelemahan, ada kekurangan,
Jika pernah hati tuan puan terluka,
Ampun dan maaf saya pohonkan.
Terima kasih atas segala pengorbanan,
Masa, tenaga dan buah fikiran,
Dalam s**a, dalam kesusahan,
Kita tetap teguh menggalas amanah pendidikan.
SK FELDA Chuping akan kekal di hati,
Segala kenangan tidak mungkin pergi,
Walau jasad melangkah ke sekolah baharu nanti,
Warga SKFC tetap dekat di sanubari.
Jika selama ini kita pernah berselisih,
Jangan disimpan segala yang pedih,
Ambillah yang baik sebagai kasih,
Yang kurang sempurna, biarlah kita sisih.
Kini saya melangkah membawa amanah,
Ke tempat baharu meneruskan langkah,
Doakan saya terus tabah,
Dalam mendidik, memimpin dan berkhidmat dengan ikhlas.
Andai pertemuan ada penghujungnya,
Kenangan bersama tiada noktahnya,
Walau jauh jarak memisahkan kita,
Doa dan silaturahim tetap bersama.
Buat semua guru yang saya hormati,
Terimalah salam daripada lubuk hati,
Ampun dan maaf atas segala yang terjadi,
Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
SK FELDA Chuping, sekolah tercinta,
Namamu terpahat dalam jiwa,
Saya pergi bukan kerana melupa,
Tetapi membawa kenangan yang tiada ternilai harganya.
Terima kasih atas segala-galanya.
Ampun dan maaf saya pohonkan daripada semua warga SK FELDA Chuping.
Semoga kita terus berjaya dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

ZUEL AZWAR DESA
20/9/2026

Tawaran sebutharga pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Felda Chuping..
17/09/2026

Tawaran sebutharga pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Felda Chuping..

πŸ† TAHNIAH KONTINJEN SK (FELDA) CHUPING! πŸ†Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid dan jurulatih SK (Felda) Chupin...
09/09/2026

πŸ† TAHNIAH KONTINJEN SK (FELDA) CHUPING! πŸ†

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid dan jurulatih SK (Felda) Chuping atas kejayaan dalam Malaysia Techlympics 2026 – Zon Utara yang berlangsung pada 8–9 September 2026 di Kulim Hi-Tech Park.

πŸ₯ˆ NAIB JOHAN – CABARAN SIASATAN JENAYAH (CSI)
Pas**an Chuping Detectives
πŸ‘¦ Syed U'Mair Mukhlis bin Syed Najib
πŸ‘¦ Muhamad Kamal Athif bin Muhamad Kamalhamdy
πŸ‘¨β€πŸ« Jurulatih: Abdul Munir bin Ishak dan Mohd Kamarulridzuan

πŸ₯‰ TEMPAT KETIGA – CABARAN DRON XVENTURE
Pas**an Chuping Droners Team 1
πŸ‘§ Puteri Syalia Irdina binti Irwan Hasyimi
πŸ‘§ Nur Zafirah binti Mohd Zulhisham
πŸ‘©β€πŸ« Jurulatih: Wan Nazratul Syima bt Wan Kamardin

πŸ… TEMPAT KELIMA – CABARAN ROBOT TEMPUR
Pas**an Robo Hunters 2
πŸ‘§ Nur Aimy Safhia binti Hairolnizam
πŸ‘§ Nur Alyaa Syahirah binti Rohaizi
πŸ‘§ Nur Zaraa Amanda binti Mohamad Hafiz
πŸ‘§ Nur Qairina Safiyya binti Mohd Zairi
πŸ‘©β€πŸ« Jurulatih: Muhammad Zaki bin Md Arshat

πŸ‘ PENYERTAAN – CABARAN EZBOT
Pas**an Chuping Force
πŸ‘¦ Ammar Anaqi bin Mohamad Azrul
πŸ‘¦ Muhammad Rifqi Aydeen bin Mohd Saifful Adzli
πŸ‘§ Nur Fatihah Firzanah binti Roslan
πŸ‘§ Nur Aaira Arissa binti Ahmad Faiz
πŸ‘¨β€πŸ« Jurulatih: Sarni bin Sarji

πŸ‡²πŸ‡Ύ MELANGKAH KE PERINGKAT KEBANGSAAN! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Lebih membanggakan, pas**an yang berjaya mendapat Naib Johan bagi Cabaran Siasatan Jenayah (CSI) dan Tempat Ketiga bagi Cabaran Dron Xventure akan mewakili Negeri Perlis ke peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada bulan November nanti. πŸŽ‰πŸ†

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua murid untuk terus berani mencuba, mencipta dan berinovasi. Tahniah anak-anak SK (Felda) Chuping! Kalian telah mengharumkan nama sekolah dan membanggakan seluruh warga sekolah. πŸ’™πŸ’›

Terima kasih tidak terhingga kepada semua jurulatih, guru, ibu bapa dan pihak yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang persiapan dan pertandingan.

SK (FELDA) CHUPING β€” TERUS MELANGKAH, TERUS GEMILANG! πŸš€πŸ€–πŸ›ΈπŸ”






TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada anak-anak murid SK FELDA Chuping di atas penglibatan dan pencapaian cemerlang dalam ...
17/08/2026

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada anak-anak murid SK FELDA Chuping di atas penglibatan dan pencapaian cemerlang dalam Karnival STEM peringkat negeri Perlis tahun 2026 yang berlangsung pada 7-13 Ogos 2026. Antara pertandingan yang disertai:

1. *BRIDGE BUILDING (JOHAN)*

Nur Aisya Tasnim Binti Md.Sailihin
Muhammad Adeeb Bin Muhammad Soufi
Siti Khadijah Binti Mohammad Syahadan

2. *DRONE CHALLENGE (NAIB JOHAN)*

Puteri Syalia Irdina Binti Irwan Hasyimi
Nur Zafirah Binti Mohd Zulhisham

3. *ROBOT BATTLE (TEMPAT KE-3)*

Wan Aidan Fariz Bin Wan Mohd Ridzuan
Muhammad Rifqi Bin Mohd. Helmi

4. *YOUNG INNOVATORS (TEMPAT KE-3)*

Fariesya Afrina Binti Masniezam
Mohamad Anas Qayyum Bin Mohamad Amir
Siti Ani Alawiah Binti Mohd Syedi Imran

5. *WATER ROCKET ( PENYERTAAN)*

Ammar Rayyan Bin Mohd Salmazi
Ammar Farish Bin Asrul Shahril Anuar

Teruskan melangkah, kerana kejayaan yang sebenar ialah apabila kita tidak pernah berhenti berusaha. Sama ada kita pulang membawa piala atau sekadar membawa pengalaman, jangan pernah anggap usaha kita sia-sia. Teruskan berusaha hingga berjaya....
Syabas anak-anak SK FELDA Chuping....

Terima kasih kepada

*Cikgu Irwan Hasyimi bin Md Nor dan Dr Zulhisham bin Mohd Radzi (Pegawai Latihan Vakasional)* atas khidmat bimbingan dalam pertandingan Drone Challenge.

Tidak lupa juga kepada *Dr Yazhar bin Yatim* atas bimbingan pertandingan Young Innovator.

INILAH PENCAPAIAN CEMERLANG ATLIT KITA DI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPs tahun 2026 untuk kali ke 58... Tahniah dan syabas diu...
07/08/2026

INILAH PENCAPAIAN CEMERLANG ATLIT KITA DI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPs tahun 2026 untuk kali ke 58... Tahniah dan syabas diucapkan....

Tahniah juga buat AMMAR RAYYAN BIN AHMAD SALMAZI apabila berjaya meloloskan diri ke acara akhir 100meter L12....ANAK YAT...
03/08/2026

Tahniah juga buat AMMAR RAYYAN BIN AHMAD SALMAZI
apabila berjaya meloloskan diri ke acara akhir 100meter L12....
ANAK YATIM YANG HEBAT....

SEJARAH TERCIPTA HUSNIYATUL WIDAD BINTI YAZHARMenggungguli pingat Perak dalam acara 100 meter di kejohanan Olahraga MSSP...
03/08/2026

SEJARAH TERCIPTA

HUSNIYATUL WIDAD BINTI YAZHAR
Menggungguli pingat Perak dalam acara 100 meter di kejohanan Olahraga MSSPs di Stadium Tuanku Syed Putra....

Tahniah dan syabas diucapkan
Semoga terus mengecapi kejayaan demi kejayaan....

Address

Jalan Felda Chuping
Perlis

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK LKTP Chuping, Perlis official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share