Product Design at Universiti Malaysia Perlis

Product Design at Universiti Malaysia Perlis UR6521004: Bachelor of Mechanical Engineering Technology (Product Design) with Honours

✨🀝 LAWATAN KERJA DELEGASI GLF EDUCATION SDN. BHD. DAN QTONE EDUCATION GROUP BAGI PROGRAM PESISIR UniMAP @ KL DI FKTM Uni...
31/07/2026

✨🀝 LAWATAN KERJA DELEGASI GLF EDUCATION SDN. BHD. DAN QTONE EDUCATION GROUP BAGI PROGRAM PESISIR UniMAP @ KL DI FKTM UniMAP 🀝✨

πŸ“… 31 Julai 2026 (Jumaat)
πŸ“ FKTM, UniMAP

πŸ“Œ Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada delegasi GLF Education Sdn. Bhd. bersama rakan strategiknya dari China, QTONE Education Group, pada 31 Julai 2026, untuk Program Pesisir UniMAP @ KL di FKTM.

πŸ“Œ Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara UniMAP dan pihak industri serta institusi pendidikan antarabangsa, khususnya dalam usaha meneroka peluang kerjasama berkaitan pembangunan akademik, pengantarabangsaan pendidikan dan pengambilan pelajar antarabangsa.

πŸ“Œ Sepanjang sesi lawatan, para delegasi telah diberikan taklimat berkaitan latar belakang UniMAP dan FKTM, program-program akademik yang ditawarkan serta keupayaan dan kepakaran yang terdapat di fakulti khususnya program UR6521004 Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Produk). Ini termasuk pendekatan pembelajaran yang mengintegrasikan elemen reka bentuk, teknologi, inovasi dan pembangunan produk bagi memenuhi keperluan industri semasa.

πŸ“Œ Delegasi turut dibawa melawat beberapa kemudahan dan makmal di FKTM bagi memberikan gambaran lebih dekat tentang persekitaran pembelajaran serta aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan. Sesi lawatan ini turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan dan perkongsian maklumat berkaitan potensi kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan program, mobiliti pelajar serta penyelidikan dan inovasi.

πŸ“Œ Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkenalkan serta mempromosikan Program Pesisir UniMAP @ Kuala Lumpur di FKTM melalui program UR6521004 kepada pihak delegasi. Melalui jaringan yang diwujudkan, peluang untuk memperluas akses pendidikan tinggi UniMAP kepada pelajar antarabangsa, khususnya dari China, dapat diteroka dengan lebih menyeluruh.

πŸ“Œ Jalinan kerjasama ini diyakini mampu menyumbang kepada pengukuhan agenda pengantarabangsaan UniMAP, memperluas jaringan global serta membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat.

πŸ“Œ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak GLF Education Sdn. Bhd. dan QTONE Education Group atas kunjungan. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan FKTM serta semua warga kerja program UR6521004 yang telah memberikan komitmen dan menjayakan program lawatan ini.

βš‘οΈπŸ“š Innovation and Improvement of an Interactive Teaching Aid Integrated with Electronic Instruments πŸ“šβš‘οΈπŸ“… 9 Julai 2026 (...
09/07/2026

βš‘οΈπŸ“š Innovation and Improvement of an Interactive Teaching Aid Integrated with Electronic Instruments πŸ“šβš‘οΈ

πŸ“… 9 Julai 2026 (Khamis)
πŸ“ BPU 5, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM), Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra

πŸ’‘ Pelbagai idea kreatif dan inovatif dipersembahkan oleh pelajar Tahun 2 Program UR6521004 Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Produk) menerusi Pembentangan Projek bagi kursus MMK26103 Reverse Engineering & Additive Manufacturing.

πŸ’‘ Berpandukan tema β€œInnovation and Improvement of an Interactive Teaching Aid Integrated with Electronic Instruments”, setiap kumpulan berjaya menghasilkan cadangan penambahbaikan serta inovasi terhadap alat bantu mengajar interaktif dengan mengintegrasikan instrumen elektronik bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih efektif, menarik dan mesra pengguna.

πŸ’‘ Sepanjang pelaksanaan projek, para pelajar mengaplikasikan pengetahuan dalam reverse engineering, additive manufacturing, reka bentuk produk, pembangunan prototaip serta penyelesaian masalah secara sistematik. Hasilnya, pelbagai prototaip yang kreatif dan berpotensi telah berjaya dibangunkan, sekali gus mencerminkan keupayaan pelajar dalam menghasilkan penyelesaian yang memenuhi keperluan pendidikan dan perkembangan teknologi semasa.

πŸ’‘ Sesi pembentangan ini bukan sahaja menjadi medan untuk menilai hasil projek, malah turut memperkukuh kemahiran pelajar dalam aspek komunikasi teknikal, kerja berpasukan, pemikiran kritis dan pembentangan profesional.

πŸ’‘ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar atas dedikasi, kreativiti dan komitmen yang telah dipamerkan. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi yang mampu memberi impak positif kepada dunia pendidikan dan industri.

Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis

✨ PEMBENTANGAN PROJEK MMK27203 DESIGN INTEGRATION βœ¨πŸš΄πŸΌβ€β™‚οΈ Design and Development of Adult Push Bike for Racing Performanc...
08/07/2026

✨ PEMBENTANGAN PROJEK MMK27203 DESIGN INTEGRATION ✨

πŸš΄πŸΌβ€β™‚οΈ Design and Development of Adult Push Bike for Racing Performance Enhancement πŸš΄πŸΌβ€β™‚οΈ

πŸ“Œ Tahniah kepada pelajar Tahun 2 Program UR6521004 Reka Bentuk Produk yang telah berjaya membentangkan projek akhir bagi kursus MMK27203 Design Integration bagi Semester 2 2025/2026.

πŸ“Œ Bagi projek kali ini, para pelajar telah membangunkan sebuah β€œAdult Push Bike for Racing Performance Enhancement”, yang memfokuskan kepada penghasilan sebuah push bike untuk golongan dewasa dengan reka bentuk yang ergonomik, ringan dan mampu meningkatkan prestasi perlumbaan.

πŸ“Œ Sepanjang pelaksanaan projek, pelajar melalui keseluruhan proses pembangunan produk bermula daripada penjanaan idea, pembangunan konsep, reka bentuk CAD, pemilihan bahan sehinggalah kepada proses fabrikasi dan penghasilan prototaip. Menariknya, prototaip ini dihasilkan menggunakan kayu sebagai bahan utama, sekali gus memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pelbagai kemahiran pertukangan seperti mengukur, memotong, membentuk, memasang komponen, mengamplas dan melakukan kemasan akhir.

πŸ“Œ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah kursus atas bimbingan yang diberikan sepanjang semester. Terima kasih juga kepada panel penilai jemputan atas perkongsian pandangan dan cadangan yang membina, serta kepada Fakulti Kejuruteraan Teknologi Mekanikal (FKTM), UniMAP atas kemudahan bengkel, peralatan dan fasiliti yang disediakan bagi menjayakan pembangunan projek ini.

πŸ“Œ Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar atas komitmen dan usaha yang telah ditunjukkan. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus menghasilkan produk yang inovatif dan berkualiti.

Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis

πŸ“š PEMBENTANGAN MMK31204 PROJEK TAHUN AKHIR (FYP) 1 πŸ“šπŸ—“οΈ 2 Julai 2026 (Khamis)πŸ“ FKTM, Kampus Alam UniMAP, Pauh PutraTahnia...
02/07/2026

πŸ“š PEMBENTANGAN MMK31204 PROJEK TAHUN AKHIR (FYP) 1 πŸ“š

πŸ—“οΈ 2 Julai 2026 (Khamis)
πŸ“ FKTM, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 31 orang pelajar Tahun 3 Program UR6521004 – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Produk) dengan Kepujian yang telah berjaya membentangkan kursus MMK31204 Final Year Project (FYP) 1 masing-masing.

Sesi pembentangan ini merupakan satu platform penting bagi pelajar untuk mempersembahkan perkembangan projek, idea reka bentuk, penyelidikan serta inovasi yang telah dihasilkan sepanjang pelaksanaan FYP. Selain menjadi medan penilaian akademik, ia turut mengasah kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar.

Semoga segala teguran dan pandangan daripada para penilai dapat dijadikan panduan untuk menambah baik projek sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Selamat maju jaya dan teruskan menghasilkan reka bentuk yang kreatif, inovatif serta memberi impak kepada masyarakat dan industri.

Tahniah kepada semua pelajar!

Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis

✨ Daripada Alumni Kepada Inspirasi, Daripada TVET Kepada Keusahawanan βœ¨πŸ–‹οΈ Forum Transformasi Ekonomi: Peranan Usahawan B...
29/06/2026

✨ Daripada Alumni Kepada Inspirasi, Daripada TVET Kepada Keusahawanan ✨

πŸ–‹οΈ Forum Transformasi Ekonomi: Peranan Usahawan Belia dalam Peningkatan Pendapatan
πŸ“… 27 Jun 2026
πŸ“ Ayer Lanas, Jeli, Kelantan

🟣 Penganjuran forum ini bersempena Program TVET @ Komuniti: Transformasi TVET ke Arah Inovasi Ekonomi Belia & Suri Ayer Lanas, telah menghimpunkan pelajar, komuniti setempat serta para jemputan bagi membincangkan potensi keusahawanan sebagai pemangkin ekonomi.

🟣 Salah seorang panel jemputan ialah Nurul Syifa’ Ahmad Zohri, alumni Program UR6521004 – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Produk), Kelas 2018. Kini beliau merupakan Assistant Manager & Designer di IFS, yang mengusahakan kilang pembuatan perabot bersama suami. Kejayaan beliau membuktikan bahawa kemahiran TVET mampu membuka ruang kepada kerjaya profesional dan keusahawanan, malah dalam industri yang sering didominasi oleh golongan lelaki.

🟣 Turut bersama menjayakan forum ialah Puan Noraini Ahmad, pemilik Pizza Jangok Mek Ani, yang berkongsi perjalanan membina perniagaan sehingga berjaya menjadi usahawan tempatan yang dikenali.

🟣 Sesi forum dikendalikan oleh Ustaz Nasrul bin Che Ali, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), UniMAP.

🟣 Sepanjang forum, para peserta berpeluang mendengar perkongsian pengalaman sebenar daripada panel berkaitan cabaran, strategi keusahawanan, inovasi, pengurusan kewangan serta kepentingan kemahiran TVET dalam membina kerjaya dan menjana pendapatan yang mampan.

🟣 Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai belia untuk berani mencipta peluang, membina kerjaya, dan mengorak langkah sebagai usahawan yang berjaya. FKTM amat berbangga melihat alumni terus menyumbang kepada masyarakat serta menjadi bukti bahawa graduan TVET mampu mencipta impak besar kepada negara.

🟣 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Kredit Gambar: Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis

πŸ†βœ¨ FestKAF’26 MELABUHKAN TIRAI βœ¨πŸ†Festival Kebudayaan Antara Fakulti UniMAP 2026 (FestKAF’26) Universiti Malaysia Perlis ...
22/06/2026

πŸ†βœ¨ FestKAF’26 MELABUHKAN TIRAI βœ¨πŸ†

Festival Kebudayaan Antara Fakulti UniMAP 2026 (FestKAF’26) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni, bakat dan kenangan yang cukup bermakna.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen FKTM yang telah menunjukkan komitmen, semangat berpasukan dan kesungguhan sepanjang festival berlangsung. Hasil usaha bersama, FKTM berjaya meraih Anugerah Khas Juara Perpaduan! πŸ‘πŸ”₯

Ucapan penghargaan khas turut diberikan kepada pelajar Program UR6521004 Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Produk) dengan Kepujian yang telah mengharumkan nama FKTM melalui penyertaan dan pencapaian cemerlang mereka:

πŸ’œ Pertandingan Nasyid
πŸ‘€ Muhamad Haikal Aiman Mohamad Rashidi (Tahun 3)
πŸ† Johan
πŸ† Persembahan Terbaik
πŸ† Busana Terbaik

πŸ’œ Battle of the Band
πŸ‘€ Ezrin Nur Badlishah Bahtiyer (Tahun 1) – Guitarist
πŸ† Johan
πŸ† Persembahan Terbaik
πŸ† Iringan Pemuzik Terbaik

πŸ’œ Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia
πŸ‘€ Yasmin Athirah Yusrizal (Tahun 1)

πŸ’œ Pertandingan Rekacipta Tanglung
πŸ‘€ Hensler Alex Sandai Anak Henry (Tahun 1)
πŸ‘€ David Anandthan A/L J Anthony (Tahun 1)

Kemenangan bukan sekadar diukur melalui trofi dan anugerah, tetapi juga melalui keberanian untuk tampil, berkarya dan membawa identiti FKTM ke pentas yang lebih besar. Anda semua telah membuktikan bahawa mahasiswa FKTM bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan teknologi, malah turut menyerlah dalam bidang seni dan kebudayaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Pusat Kebudayaan UniMAP (PKBU) dengan kerjasama Kelab-Kelab Kebudayaan UniMAP serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniMAP, atas penganjuran program yang begitu bermakna ini.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada Mechanical Engineering Technology Students Society (METSS), ahli jawatankuasa fakulti, staf, dan pelajar FKTM atas sokongan dan komitmen padu dalam membantu menjayakan penyertaan kontinjen FKTM sepanjang FestKAF’26.

Jumpa lagi di FestKAF yang akan datang! πŸ”₯

21/06/2026

Tahniah Zulaikha! β€οΈπŸ’œ

✨ ANUGERAH TOKOH SISWI ✨Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada saudari Nur Zulaikha binti Zulkifle, Pelajar Tahun 3 Pr...
19/06/2026

✨ ANUGERAH TOKOH SISWI ✨

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada saudari Nur Zulaikha binti Zulkifle, Pelajar Tahun 3 Program Reka Bentuk Produk di atas penganugerahan Anugerah Tokoh Siswi. Anugerah ini telah disampaikan bersempena dengan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M Peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Semoga kejayaan cemerlang ini menjadi inspirasi buat semua mahasiswa untuk terus sukses dalam bidang akademik dan kepimpinan.

πŸš€ LAWATAN INDUSTRI PROGRAM UR6521004 REKA BENTUK PRODUK FKTM KE MIMOS BERHAD πŸš€πŸ“… 18 Jun 2026 (Khamis)πŸ“ MIMOS Berhad, Tama...
18/06/2026

πŸš€ LAWATAN INDUSTRI PROGRAM UR6521004 REKA BENTUK PRODUK FKTM KE MIMOS BERHAD πŸš€

πŸ“… 18 Jun 2026 (Khamis)
πŸ“ MIMOS Berhad, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

🟣 Program UR6521004 Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Produk), FKTM, UniMAP, telah berjaya melaksanakan satu program lawatan industri ke MIMOS Berhad. Seramai 70 orang pelajar (Tahun 1, 2, dan 3) berserta 5 orang pensyarah pengiring telah menyertai program ini.

🟣 Lawatan industri ini disepadukan ke dalam kursus utama program seperti MMK26103 Reverse Engineering & Additive Manufacturing, MMK31103 Ergonomic & Safety, serta MMK31204 Final Year Project 1 bagi mengukuhkan kefahaman pelajar.

🟣 Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dijalankan, antaranya:
βœ… Sesi lawatan ke fasiliti MIMOS bagi mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan proses pembangunan produk sebenar.
βœ… Sesi perkongsian ilmu yang memfokuskan kepada Reka Bentuk Industri, Kejuruteraan Berbalik, Ujian Kebolehpercayaan Produk, dan Analisis Kegagalan.
βœ… Cabaran reka bentuk produk yang menguji aspek ergonomik dan inovasi pelajar.
βœ… Aktiviti praktikal (hands-on) yang melibatkan pemprosesan data imbasan 3D.

🟣 Melalui inisiatif pendedahan industri ini, FKTM berharap agar pelajar dapat mengaplikasikan teori secara holistik dan mengasah pemikiran penyelesaian masalah melalui refleksi perspektif industri. Langkah ini juga adalah untuk melahirkan jurutera yang profesional, intelektual, dan berdaya saing di peringkat global.

🟣 Terima kasih diucapkan kepada pihak MIMOS Berhad atas kesudian menerima kunjungan delegasi FKTM UniMAP serta perkongsian kepakaran yang amat berharga!

πŸ‘‘πŸ† BATTLE OF THE KING FUTSAL TOURNAMENT 2026: SATU PASUKAN, SATU TAKHTA, SATU JUARA! πŸ†πŸ‘‘"One team, one goal, championship...
08/06/2026

πŸ‘‘πŸ† BATTLE OF THE KING FUTSAL TOURNAMENT 2026: SATU PASUKAN, SATU TAKHTA, SATU JUARA! πŸ†πŸ‘‘

"One team, one goal, championship together"

πŸ“… 7 Jun 2026 (Ahad)
πŸ“ Gelanggang Futsal PFi2, Kampus Alam auniMAP, Pauh Putra
🏫 Anjuran Program UR6521004 Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Reka Bentuk Produk) dengan kerjasama METSS FTKM, UniMAP

Selepas pertempuran yang penuh debaran di Gelanggang Futsal PFi2 pada 7 Jun lalu, akhirnya sang juara telah dinobatkan! Perlawanan yang disajikan penuh dengan aksi luar biasa dan semangat juang yang tinggi.

Inilah barisan pemenang yang berjaya menawan takhta:
πŸ₯‡ CHAMPION: REKKA FT
πŸ₯ˆ RUNNER-UP: TEAM A
πŸ₯‰ THIRD PLACE: KILAUAN FC

Tahniah diucapkan kepada para pemenang atas kejayaan yang cukup cemerlang ini!

Jutaan terima kasih kepada kesemua pasukan mahasiswa UniMAP yang telah berentap. Terima kasih kerana memberikan saingan yang begitu sengit, mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, dan menyajikan perlawanan yang menghiburkan. Anda semua adalah nadi yang menjadikan kejohanan ini penuh dengan aksi dan kenangan manis!

Kejohanan ini pastinya tidak akan semeriah ini tanpa sokongan padu daripada penaja-penaja hebat kami. Penghargaan istimewa buat:
🟣 Chef Tako & Api-Api Ikan Bakar Kuala Perlis atas sumbangan tajaan hadiah wang tunai untuk para pemenang.
🟣 Warong Tok yang bermurah hati menaja makan dan minum sepanjang program berlangsung.

Tidak dilupakan juga, ribuan terima kasih kepada para penyokong yang hadir memberi sorakan, barisan pengadil yang berkaliber, serta ahli jawatankuasa program yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran kejohanan ini. Sehingga kita berjumpa lagi di edisi seterusnya!

Faculty of Mechanical Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis

Address

Perlis

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Product Design at Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Product Design at Universiti Malaysia Perlis:

Shortcuts

Share