GIATMARA Prima Melor

Call Directions Website Contact the school

GIATMARA Prima Melor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GIATMARA Prima Melor, Education, Lot 26, Kampung Padang Salim, Mukim Bechah Mulong, Peringat.

✅Masakan Dan Pramusaji (Level 2)
✅Konfeksionari Dan Bakeri (Level 2)
✅Teknologi Motosikal (Level 2)
✅Teknologi Automotif (Level 3)
✅ Rekaan Pakaian Dan Fesyen (Level 3)

26/09/2026
LAWATAN PENANDA ARAS KOLEJ UNITI KOTA BHARU KE GIATMARA PRIMA MELORGIATMARA Prima Melor telah menerima kunjungan Lawatan...
25/09/2026

LAWATAN PENANDA ARAS KOLEJ UNITI KOTA BHARU KE GIATMARA PRIMA MELOR

GIATMARA Prima Melor telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras daripada Kolej UNITI Kota Bharu pada 13 September 2026

Delegasi daripada Kolej UNITI telah disambut mesra oleh Pengurusan GIATMARA Prima Melor.

Sesi taklimat ringkas mengenai pengurusan dan operasi GIATMARA Prima Melor telah disampaikan, diikuti dengan sesi lawatan ke bengkel-bengkel kemahiran.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dalam bidang TVET, pengurusan bengkel berimpak tinggi serta membuka ruang kerjasama strategik antara dua institusi pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej UNITI Kota Bharu atas kesudian melawat GIATMARA Prima Melor.

13 September 2026

Tahniah GIATMARA Prima Melor  kerana diiktiraf institusi TEVT yang berdaya saing tinggi dengan pencapaian 5 bintang 🌟🌟🌟🌟...
10/09/2026

Tahniah GIATMARA Prima Melor kerana diiktiraf institusi TEVT yang berdaya saing tinggi dengan pencapaian 5 bintang 🌟🌟🌟🌟🌟

Jom Rebut Peluang TVET
09/09/2026

Jom Rebut Peluang TVET

📢 PERMOHONAN UP_TVET AMBILAN JANUARI 2027 AKAN BERMULA!

Sesi permohonan akan dibuka tidak lama lagi!

📅 1 Oktober – 16 November 2026

Ingin membina kemahiran, tambah pengalaman dan persiapkan diri untuk kerjaya masa depan?
Inilah masanya untuk pilih laluan TVET yang sesuai dengan minat dan impian anda!

✨ Pelbagai pilihan program TVET
💻 Permohonan secara Online
🚀 Merancang masa hadapan, Anda Yang Tentukan!

👉 Set kalendar, dan nantikan pembukaan permohonan UP_TVET Perdana Ambilan Januari 2027 OKTOBER ini.

Portal Rasmi : https://mohon.tvet.gov.my/
💡TVET - Pilihan Utama Kerjaya!

Boleh singgah untuk lihat persembahan Sempena Hari Kebangsaan Peringkat GIATMARA Prima Melor👍🫶🏻
28/08/2026

Boleh singgah untuk lihat persembahan Sempena Hari Kebangsaan Peringkat GIATMARA Prima Melor👍🫶🏻

Tahniah buat YBHG. Datuk Ts. Ahmad Hamdi Bin Haji Ibrahim (Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA)
28/08/2026

Tahniah buat YBHG. Datuk Ts. Ahmad Hamdi Bin Haji Ibrahim (Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA)

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ts. Ahmad Hamdi bin Hj Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran “Datuk”.

Pengurniaan ini telah disempurnakan sempena Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang Dipertua ke-77, pada 24 Ogos 2026 di Balai Istiadat, Seri Negari, Melaka.

Seluruh warga GIATMARA Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas pengurniaan yang amat bermakna ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencurahkan khidmat bakti dan kepimpinan demi kemajuan GIATMARA serta pembangunan TVET negara.

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐬. 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐇𝐚𝐦𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐣 𝐈𝐛𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦!




🇲🇾✨ SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & MAULIDUR RASUL 1448H ✨🕌📅 27 Ogos 2026📍 GIATMARA Prima MelorMeriah dan penuh warna-warni! ...
28/08/2026

🇲🇾✨ SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & MAULIDUR RASUL 1448H ✨🕌

📅 27 Ogos 2026
📍 GIATMARA Prima Melor

Meriah dan penuh warna-warni! 🎉 Sambutan Hari Kebangsaan dan Maulidur Rasul GIATMARA Prima Melor dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat patriotisme. ❤️🇲🇾

🎱 Guli Bank
🥥 Bowling Kelapa
🎭 Persembahan Tema Klasik daripada semua bidang

Gelak tawa, kreativiti dan semangat kerjasama warga GIATMARA Prima Melor menjadikan sambutan kali ini begitu bermakna. 🤝✨

🇲🇾 Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka
🕌 Menyemarakkan Cinta kepada Rasulullah SAW

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾❤️

🏕️ KEM JATI DIRI @ PRIMA MELOR📍 PSTL Setiu, Terengganu📅 4 – 6 Ogos 2026Alhamdulillah, program Kem Jati Diri @ Prima Melo...
06/08/2026

🏕️ KEM JATI DIRI @ PRIMA MELOR
📍 PSTL Setiu, Terengganu
📅 4 – 6 Ogos 2026

Alhamdulillah, program Kem Jati Diri @ Prima Melor yang melibatkan 45 orang pelatih GIATMARA Prima Melor telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di PSTL Setiu, Terengganu.

Sepanjang program ini, para pelatih telah mengikuti pelbagai aktiviti yang bertujuan membentuk sahsiah, meningkatkan disiplin, memupuk semangat kerjasama serta mengukuhkan ketahanan fizikal dan mental. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

✅ Taklimat Keselamatan 🦺
✅ Water Drill 🌊
✅ Latihan Hidup (Survival) 🌿
✅ Aktiviti pembangunan diri dan kerja berpasukan 🤝

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjadi bekalan untuk melahirkan pelatih yang berdisiplin, berdaya tahan dan berketerampilan.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, tenaga pengajar serta urus setia yang telah menjayakan program ini. 👏✨

PENDAFTARAN PELATIH BAHARU & TAKLIMAT BERSAMA IBU BAPA SESI 2/2026📅 Tarikh: 2 Julai 2026📍 Tempat: Dewan GIATMARA Prima M...
02/07/2026

PENDAFTARAN PELATIH BAHARU & TAKLIMAT BERSAMA IBU BAPA SESI 2/2026

📅 Tarikh: 2 Julai 2026
📍 Tempat: Dewan GIATMARA Prima Melor

GIATMARA Prima Melor telah mengadakan sesi Pendaftaran Pelatih Baharu serta Taklimat Bersama Ibu Bapa bagi Sesi 2/2026 sebagai persediaan awal sebelum pelatih memulakan latihan.

Antara aktiviti yang telah berlangsung ialah:
• Pemeriksaan kesihatan (Medical Check-up)
• Pembukaan akaun bank pelatih
• Taklimat disiplin kepada pelatih dan ibu bapa

Program ini bertujuan memastikan proses pendaftaran berjalan lancar di samping memberi pendedahan kepada pelatih dan ibu bapa mengenai peraturan, disiplin serta hal-hal berkaitan pembelajaran sepanjang tempoh latihan di GIATMARA Prima Melor.

Selamat datang dan tahniah kepada semua pelatih baharu. Semoga perjalanan pembelajaran di GIATMARA Prima Melor menjadi titik permulaan kepada kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan.

01/07/2026

Address

Lot 26, Kampung Padang Salim, Mukim Bechah Mulong
Peringat
16450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:15
Tuesday 08:00 - 17:15
Wednesday 08:00 - 17:15
Thursday 08:00 - 15:45
Sunday 08:00 - 17:15

Telephone

+6097822311

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIATMARA Prima Melor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to GIATMARA Prima Melor:

Shortcuts

Share

Category