16/08/2026
ASSALAMUALAIKUM WBT
ALHAMDULILLAH,
Ucapan Tahniah buat anak soleh,
WASEEM BIN ANAS, pelajar dari kelas Ting. 5 BUKHARI secara rasminya telah berjaya khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk pada tarikh 12.08.2026.
Sekalung penghargaan buat seluruh Para Asatizah SMU(A) Al-kauthar (SABK) khususnya buat guru-guru Al-Quran yang telah banyak menyumbang masa serta tenaga dalam mendidik beliau sama ada dari segi talaqqi musyafahah, tasmik dan murajaah beliau sepanjang berada di bumi barakah Al-Kauthar ini .
Semoga beliau menjadi seorang Hamalatul Quran berguna yang berbakti kepada ibu bapa, agama, masyarakat, bangsa dan negara serta sentiasa menjaga Hafazan Al-Quran beliau dengan baik dari semasa ke semasa.... Ameen 🤲🏼
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN JAZA'