PIBG Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya

PIBG Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya

Share

Page ini dibina bertujuan memberi maklumat terkini tentang perkembangan dan aktiviti sekolah dan pelajar.

Juga menjadi medium perhubungan di antara ibubapa dan guru.

01/06/2026
Photos from PIBG Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya's post 01/06/2026

*HAMOCHI Math Challenge 2026 (Round 1)*

Seramai 41 orang murid SK Seberang Jaya (SKSJ) dari Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menyertai HAMOCHI Math Challenge 2026 (Round 1) yang berlangsung pada 18 hingga 31 Mei 2026.

Pertandingan peringkat kebangsaan ini telah disertai oleh 16,249 murid sekolah rendah daripada 1,501 buah sekolah di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, 16 orang murid SKSJ telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok Top 50 mengikut kategori tahun masing-masing.

Pencapaian cemerlang ini turut meletakkan SK Seberang Jaya sebagai sekolah dengan jumlah murid kedua tertinggi di Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok Top 50.

Tahniah diucapkan

03/05/2026

*TeenEagle Regional Round 2026*

TeenEagle Regional Round telah disertai oleh peserta dari seluruh negara dan berlangsung pada 2–3 Mei 2026 bertempat di British International School, Kuala Lumpur, melibatkan murid sekolah KPM dan antarabangsa.

Pertandingan ini merangkumi beberapa kategori iaitu Knowledge Quiz, Spelling Bee dan Writing.

Pencapaian murid SKSJ adalah seperti berikut:

🥇 Pingat Emas (Gold Medal)
Muiz Akram (4 UKM)

🥈 Pingat Perak (Silver Medal)
Aqil Sani (6 USM)

🎖️ Honorable Mention
Aqif Sani (4 UKM)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid atas pencapaian ini.

Photos from PIBG Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya's post 28/02/2026

Alhamdulillah hari ini berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya ke-42.

Dirasmikan oleh Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Dato' Kamarul Haizal bin Koderat, majlis ini tetap dihadiri oleh para waris yang prihatin biarpun berlangsung pada bulan Ramadan.

Dalam ucapannya, Dato' Kamarul Haizal menekankan pentingnya komunikasi dua hala antara waris dan pihak sekolah demi kemenjadian anak-anak di SKSJ.

Selain itu para waris diingatkan tidak meletakkan beban yang tinggi kepada para guru dalam mendidik anak- anak sebaliknya membantu dengan memberi komitmen tinggi kepada sekolah.

Pada mesyuarat hari ini, encik Mahadi Izady Maharazi kekal dipilih sebagai Yang Dipertua PIBG dan dibantu Puan Nabilah Md Saad selaku NYDP. Selain itu Dr Jamsani Mat Salleh, encik Mohd Azeli Ali dan Dr Sumitah Devi Cheeladorai turut kekal sebagai AJK PIBG. Dua muka baharu yang dipilih adalah puan Izyan Amira dan encik Saffrie Haja Nazumudeen.

Sekalung penghargaan juga diberikan kepada encik Khairul Anuar Zulkiflee, encik Siva Nesan dan encik Isma Zarif Ismail yang memberikan komitmen sebagai AJK PIBG pada sesi lepas.

Photos from PIBG Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya's post 09/02/2026

Tarikh 1 April 2025 pastinya menjadi titik hitam buat negara apabila berlaku tragedi letupan gas milik Petronas yang mencederakan lebih 150 orang di Putra Height, Selangor.

Tidak mahu kejadian sama berulang, satu Taklimat Kesedaran Masyarakat bersama Komuniti diadakan di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya semalam.

Taklimat disampaikan oleh Pengurus Operasi Utara (Gurun) Petronas Gas Berhad, En Mohd Badrul Hisyam Mohd Ali dan turut dihadiri Timbalan OCPD Seberang Perai Tengah Supt Norazizi Saad.

Photos from PIBG Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya's post 24/08/2025

Meriah dan mempersona. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat pada majlis Malam Warna-warni Menggamit Nostalgia di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya malam tadi.

Ratusan ibu bapa yang hadir terhibur dengan persembahan memukau oleh anak-anak dari semua aliran termasuk PPKI.

Selain itu turut diadakan jualan makanan serta permainan untuk para pelajar dan waris yang hadir.

Lebih menarik tetamu yang hadir berbusana tradisional dipilih menerima hampir 70 hadiah yang disediakan.

Want your school to be the top-listed School/college in Perai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Persiaran Siakap, Seberang Jaya
Perai
13700