Maahad Al Arkan Li Tahfiz Al Quran-ORIGINAL

Maahad Al Arkan Li Tahfiz Al Quran-ORIGINAL Sekolah bagi anak-anak yatim terutama anak-anak Rohingya di Pulau Pinang. Memberikan pendidikan asa

Pusat Pendidikan dan Pembelajaran Untuk Anak-anak Rohingya di Malaysia

Hari Pertama Ramadan. Alhamdulillah 10 pelajar Maahad Al Arkan berpeluang untuk berbuka puasa di hotel di hari pertama R...
20/02/2026

Hari Pertama Ramadan.

Alhamdulillah 10 pelajar Maahad Al Arkan berpeluang untuk berbuka puasa di hotel di hari pertama Ramadan.

Insyaallah hari seterusnya akan bawa lagi 10 orang untuk merasa pengalaman berbuka dengan juadah hotel.

Sehinggalah semua pelajar dapat rasa pengalaman sekali setahun di bulan Ramadan ini.

Terima kasih kepada para penaja. Semoga Ramadan akan meningkatkan lagi keimanan kita semua.

Kiranya tuan-tuan ada voucher buffet Ramadan nak bagi, insyaallah kami terima dengan hati terbuka.

Kalau boleh bagi sekali dengan tambang grab pergi balik. 😆

12/10/2025

Adik Mohd Hussin Bin Roshid baru saja berumur 9 tahun. Alhamdulillah setelah 9 bulan belajar di Maahad Al Arkan, beliau dapat menghafaz dengan baik.

🌙 Rebutlah Keberkatan Lailatul Qadar & Malam Jumaat dengan Sedekah! 🤲Di 10 malam terakhir Ramadan, kita mencari Lailatul...
27/03/2025

🌙 Rebutlah Keberkatan Lailatul Qadar & Malam Jumaat dengan Sedekah! 🤲

Di 10 malam terakhir Ramadan, kita mencari Lailatul Qadar—malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Dan malam ini juga malam Jumaat, penghulu segala hari. Dua keberkatan dalam satu waktu!

Apa amal terbaik di malam penuh rahmat ini? Sedekah! Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sedekah yang paling utama adalah pada bulan Ramadan." (Tirmizi)

Bayangkan pahala sedekah yang berganda, di malam yang nilainya seperti beribadah 83 tahun!

Mari ringankan beban di Maahad Al Arkan Li Tahfiz Al Quran. Setiap sumbangan anda adalah bekalan akhirat yang kekal.

❤️ Jom Bersedekah!
Salurkan sumbangan ke:

Nama : Maahad Al Arkan Li Tahfiz Al Quran
No akaun : 07043011036304
Bank Islam

"Siapa memberi makan orang berpuasa, dia mendapat pahala seperti orang itu tanpa mengurangkan pahalanya sedikit pun." (HR Tirmizi)

Semoga Allah menerima amal kita dan mengurniakan kita Lailatul Qadar. 🤲✨

Majlis berbuka puasa bersama dengan Restoran Nasmir Nasi Kandar.Terima kasih kerana menyantuni pelajar-pelajar ini setia...
25/03/2025

Majlis berbuka puasa bersama dengan Restoran Nasmir Nasi Kandar.

Terima kasih kerana menyantuni pelajar-pelajar ini setiap kali tiba bulan Ramadan setiap tahun.

Kami doakan perniagaan Nasmir maju jaya!

Ini adalah acara wajib setiap kali bulan Ramadan.Semua pelajar akan dapat jubah baru, kain pelikat baru dan serban serta...
23/03/2025

Ini adalah acara wajib setiap kali bulan Ramadan.

Semua pelajar akan dapat jubah baru, kain pelikat baru dan serban serta kopiah. Semuanya serba baharu.

Habis penuh kedai. Mana tidaknya sebiji bas terus datang ke kedai wahab borong pakaian untuk 40 orang pelajar sekali gus.

Berbanyak terima kasih kepada pengurusan Nasmir Nasi Kandar terutamanya Dato Kadhar Shah atas sumbangan baju baru setiap tahun pada bulan Ramadan.

Kami doakan perniagaan Nasmir akan terus maju dan dapat membantu lebih ramai umat Islam di masa akan datang.

Semoga Allah swt memberikan rahmat kepada kita semua dan menerima segala amal kebaikan kita. Insyaallah.

Alhamdulillah moreh KFC. Seronok tak boleh nak cakap.Terima kasih kepada pengurusan Nasmir Nasi Kandar kerana menaja mor...
22/03/2025

Alhamdulillah moreh KFC. Seronok tak boleh nak cakap.

Terima kasih kepada pengurusan Nasmir Nasi Kandar kerana menaja moreh.

Alhamdulillah syukur.

Terima kasih kepada pengurusan MANZR Holding kerana menjemput pelajar Maahad Al Arkan Li Tahfiz Al Quran-ORIGINAL untuk ...
22/03/2025

Terima kasih kepada pengurusan MANZR Holding kerana menjemput pelajar Maahad Al Arkan Li Tahfiz Al Quran-ORIGINAL untuk turut sama berbuka puasa pada hari ini.

Saya bagi pihak sekolah sangat berbesar hati. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu kami dari dahulu hingga sekarang.

Insyaallah hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik semua.

21 Ramadan 1446.

Sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar 2024.Tarikh : 1 Rejab 1446HTahniah kepada pelajar berikut kerana telah berjaya mengh...
01/01/2025

Sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar 2024.

Tarikh : 1 Rejab 1446H

Tahniah kepada pelajar berikut kerana telah berjaya menghabiskan hafazan 30 Juzuk Al Quran:

1. Muhammad Reyas
2. Rias Uddin
3. Muhammad Alif Badrul Alam
4. Rubialam
5. Nor Fazil Jafar

Address

Jalan Baru Perai
Perai

Telephone

+60194435444

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Al Arkan Li Tahfiz Al Quran-ORIGINAL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Al Arkan Li Tahfiz Al Quran-ORIGINAL:

Shortcuts

Share