14/04/2024
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian di ikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal p**a, samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”.
(Riwayat Muslim Ahmad Abu Daud Al Tarmizi Ibnu Majah)
Kelebihan Puasa 6 Hari Dalam Bulan Syawal
1. Pahala sama dengan berpuasa setahun
2. Puasa pada bulan Syaaban dan Syawal menyempurnakan puasa Ramadan.
3. Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.
4. Bukti syukur kita kepada Allah SWT.
5. Bukti keikhlasan amal soleh sepanjang bulan Ramadan.
Cara Pelaksanaan
Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan tersebut selain hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Tetapi cara yang paling afdhal adalah berturut-turut selepas hari pertama bulan Syawal (iaitu mulai 2 Syawal).
Ini kerana, melewatkannya akan menimbulkan rasa malas sedangkan bersegera melakukan ibadah adalah afdhal.
LAFAZ NIAT PUASA 6 SYAWAL
نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى
Bacaan Rumi : Nawaitu souma ghodin'an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala
Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta'ala”
NIAT PUASA QADHA’ PUASA RAMADHAN
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى
NAWAITU SHAUMA GHADIN ‘AN QADHA’I FARDI RAMADHANA LILLAAHI TA’ALA.
Artinya : “Saya niat berpuasa besok dari mengqadha’ fardu ramadhan Lillaahi Ta’ala.”
NIAT GABUNG PUASA 6 DAN PUASA QADHA’ (GANTI) BULAN RAMADAN
Cara lafaz niat bagi puasa ganti (wajib) dan puasa-puasa sunat yang digabungkan:
“Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.”
Hukum Gabung Puasa 6 Dengan Puasa Ganti
Menurut Pejabat M***i Wilayah Persekutuan, hukum menggabungkan antara puasa wajib dengan puasa sunat hukumnya HARUS.
Meskipun diharuskan, menutut mazhab Syafie, tetapi ganjaran atau pahala puasa diperolehi kurang sempurna. Ini kerana ia lebih afdal dilakukan pada hari berlainan.
Insha-Allah moga segalanya dipermudahkan.