27/06/2025
Postgraduate Research Image Competition UiTM Penang 2025 telah melabuhkan tirainya pada 24 Jun 2025 dengan berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Hajjah Siti Noraini binti Sulaiman, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Alhamdulillah.
Kami, pihak penganjur, ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua peserta, sama ada yang berjaya meraih kemenangan mahupun tidak. Setiap penyertaan amat kami hargai kerana bukan sahaja menyumbang kepada kejayaan pertandingan ini, malah turut memperkasakan budaya ilmu dan penyelidikan secara kreatif serta inklusif.
Kami juga ingin memohon maaf atas sebarang kekurangan atau kelemahan sepanjang tempoh penganjuran program ini.
Semoga kita dipertemukan lagi dalam siri pertandingan akan datang, insya-Allah.
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung!
"A picture worth a thousand citations"