06/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
π§βπ§βπ§βπ§ Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sedang dalam proses untuk menaik taraf semua bilik darjah di sekolah. Projek naik taraf ini melibatkan kerja-kerja mengecat, menukar lampu, memasang langsir, memasang wall border dan menukar papan kenyataan yang lama dan uzur.
π« Justeru, pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan komuniti bagi Projek Naik Taraf Bilik Darjah seperti yang tertera.
πKelas yang selesa bukan sekadar tentang hiasan, tapi tentang membina semangat untuk anak-anak hadir ke sekolah dan belajar dengan gembira.
π«±π»βπ«²πΌSemoga sumbangan tuan/puan hari ni menjadi pemangkin semangat anak-anak St. Mark untuk terus belajar dalam suasana yang kondusif dengan gembira, sekali gus menjadikan ini memori terindah apabila anak-anak dewasa kelak.
π°Sumbangan terkumpul (6/5/2026) : RM 3170.00
π§Ύ Bukti sumbangan boleh diserahkan kepada Cikgu Nazri (Bendahari PIBG) untuk dapatkan resit rasmi dari pihak PIBG. π²
https://wa.link/n3unzk
019-3564149
πSumbangan akan ditutup apabila telah mencapai jumlah sasaran (RM 14 000.00).
Terima kasih. π«±π»βπ«²πΌ