Public Gold by Ridzwan Zin

Public Gold by Ridzwan Zin

Share

Saya mempelajari, membaca dan menulis ilmu emas agar mudah saya fahami dan saya ingati.

Saya berkongsi ilmu emas bagi melahirkan sahabat-sahabat yang berilmu menyimpan emas bersama-sama untuk masa hadapan.

09/04/2022

π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘ π—˜π— π—”π—¦ - 𝗨𝗕𝗔𝗧 𝗑𝗔𝗙𝗦𝗨 𝗕𝗒π—₯𝗒𝗦

Kelebihan dan fungsi Emas bukanlah hanya sekadar pada "buy low & sell high" untuk perolehi profit semata-mata.

Kalau kita betul-betul kaji fungsi emas, kita akan faham dan nampak yang emas mampu memberi kita 1001 kelebihan kepada kita sama ada secara sedar atau tak.

Salah satu fungsi & kelebihan menyimpan emas fizikal adalah ia mampu untuk π—žπ—¨π—‘π—–π—œ 𝗑𝗔𝗙𝗦𝗨 𝗕𝗒π—₯𝗒𝗦 kita.

Emas adalah duit sebenar dan bila kita alihkan duit kita kepada emas fizikal, ia akan membuatkan kita π—₯𝗔𝗦𝗔 π—§π—œπ——π—”π—ž π—•π—˜π—₯π——π—¨π—œπ—§. Macam mana kita nak shopping itu ini, jika diri kita rasa tidak berduit walhal emas berkilo-kilo tersemat dalam simpanan.

Kita akan temenung sekejap memikirkan sama ada nak cairkan atau alih semula emas fizikal tersebut kepada duit ringgit atau tidak.

Tempoh temenung ini akan membuatkan kita π—•π—˜π—₯π—™π—œπ—žπ—œπ—₯ π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π—§π—˜π—‘π—”π—‘π—š dan kita akan mengambil keputusan yang lebih bijak sama ada benda tersebut satu keperluan atau kehendak semata-mata.

Kadang-kadang timbul p**a π—₯𝗔𝗦𝗔 π—¦π—”π—¬π—”π—‘π—š π—‘π—”π—ž π—π—¨π—”π—Ÿ atau pajak emas fizikal yang kita kumpul sebab bukan senang kita nak kumpul emas fizikal kan.

Perasaan sayang lebih membuak-buak apabila kita memikirkan usaha dan penat lelah kita mengumpul bergram-gram emas fizikal setelah sekian lama. Bukanlah kita senang-senang nak jual emas fizikal tersebut untuk beli itu ini yang bukan satu keperluan dan tanpa apa-apa faedah yang kukuh.

InsyaAllah, daripada pengalaman saya, 95% keberangkalian kita π—§π—œπ——π—”π—ž π—”π—žπ—”π—‘ π—§π—˜π—₯π—¨π—¦π—žπ—”π—‘ π—‘π—œπ—”π—§ untuk shopping itu dan ini, jika benda tersebut bukan satu keperluan yang mendesak untuk kita miliki.

Kalau tak percaya cuba la alihkan sebahagian duit simpanan kita kepada emas fizikal. Nak tahu cara terbaik untuk simpan & kumpul Emas Fizikal, boleh whatsapp saya.

Ridzwan Zin
Priority Dealer Public Gold
Pembimbing Simpanan Emas
http://www.wasap.my/+60124241374

06/04/2022

Konsep Simpanan Emas di Public Gold

1. Kalau tak yakin simpan emas di rumah, boleh simpan dalam Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Beli emas dalam nilai gram, simpan sahaja dalam akaun tanpa sebarang caj tambahan tak kira berapa lama atau berapa banyak.

2. Kalau tak yakin dengan simpanan emas yang dipegang oleh pihak Public Gold, boleh buat belian terus (outright purchase) dan kita simpan sendiri di rumah. Atau masih kumpul dalam akaun emas sedikit demi sedikit, bila cukup gram yang kita nak misalnya 10 gram atau 1 dinar, keluarkan dalam bentuk fizikal dan simpan sendiri.

3. Ataupun kalau emas kita dah berkilo di rumah, risau juga kan?
Nak simpan dalam Akaun Emas GAP pun risau juga. Kalau dua-dua perkara ini buat anda tak tidur lena, boleh simpan emas di Safe Deposit di bank, simpan dalam peti besi. Atau kalau tak yakin juga, boleh sewa mana-mana peti simpanan di bank berhampiran anda.

Pilih simpanan bagaimana yang boleh buatkan anda tidur lena. Apa yang lebih penting adalah memulakan simpanan emas. Sikit atau banyak tak penting, yang penting ada.

Emas: Biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli.

Semoga bermanfaat.
Ridzwan Zin
Priority Dealer Public Gold
Pembimbing Simpanan Emas
http://www.wasap.my/+60124241374

05/04/2022

FORMULA MENYIMPAN

Ini formula menyimpan yang ingin saya kongsikan dan terbukti amat berkesan.

Gaji - belanja = simpanan ❌
Gaji - simpanan = belanja βœ…

Formula ini hanya boleh dipraktikkan semasa minggu gaji. Kalau tunggu lama2, takkan jadi.

Cara yang betul untuk 'self-reward' pada hari gaji adalah dengan 'bayar' kepada diri sendiri dahulu. Macam mana? Iaitu dengan menyimpan!

Kalau setiap bulan, kita tidak berjaya paksa diri menyimpan, atau kita dah simpan tapi tengah bulan atau hujung bulan, simpanan dah bocor sebab kita korek balik, cuba simpan emas p**a.

Ya, try simpan emas. Sebab ramai yang berjaya simpan tanpa korek balik.

Semoga bermanfaat.

Ridzwan Zin
Priority Dealer Public Gold
Pembimbing Simpanan Emas
http://www.wasap.my/+60124241374

01/04/2022

MUDAH

Sekarang, beli emas Public Gold dah tak perlu keluar rumah. Beli secara online, emas tu terus dihantar sampai ke rumah dengan servis yang dinamakan Gold In Transit (GIT).

Dengan adanya kaedah belian Akaun Emas GAP dan GIT, sekarang semua orang boleh beli emas. Semuanya dihujung jari.

Tidak mustahil, satu hari nanti hampir majoriti rakyat Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia memiliki Akaun Emas GAP sama seperti mereka memiliki akaun bank.

Emas bukan lagi salah satu daripada produk pelaburan, tapi setiap orang memilikinya sama seperti setiap orang memiliki duit. InsyaAllah.

Semoga bermanfaat.

Ridzwan Zin
Priority Dealer Public Gold
Pembimbing Simpanan Emas
http://www.wasap.my/+60124241374

31/03/2022

TIADA SIMPANAN, BUKAN SEBAB GAJI TAK CUKUP...

Dulu fikir, tak dapat menyimpan sebab duit gaji tak cukup. Tapi bila dah kenal emas, ada saja duit untuk beli dan simpan emas. Sebab cara fikir sudah berubah.

Dulu bila ada duit saja, otak mula ligat nak berbelanja. Tapi sekarang, fikir nak tambah lagi koleksi simpanan emas, lagi dan lagi. Itu pengalaman biasa bagi penyimpan emas yang berilmu.

Emas ada auranya tersendiri. Kena mula simpan dulu, nanti baru akan faham. InsyaAllah.

Sekarang, kita boleh mula simpan emas dengan bajet serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP. Ini cara simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia.

Semoga bermanfaat.

Ridzwan Zin
Priority Dealer Public Gold
Pembimbing Simpanan Emas
https://www.publicgoldofficial.com/RidzwanZin

29/03/2022

Dalam masa 2 tahun boleh simpan 134 gram emas!

Hari ni AcikRozie nak kongsikan kisah benar seorang customer.

Awal tahun baru ni, AcikRozie minta mak dia 'screen short' gram emas dalam akaun GAP dia, suami dan 3 orang anak-anaknya.

Mak aiii.... sekali dia send kat AcikRozie, laju jer AciKRozie tekan calculator. Kira gram emas satu family diaorang. Tekan punya tekan, fuhhh, simpanan emas mereka satu family selama lebih 2 tahun ni dah capai 134.37 gram emas.

Kalau ditukarkan kepada nilai duit berdasarkan harga emas RM264,nilainya dah cecah RM35,473! Ohsem. Ini harga pada 7 Jan 2022 tau.

Hari ni harga 1 gram emas RM284. Niilai simpanan emas tersebut dah cecah RM38,506. Amacam??? 🀩

Kalau simpan duit, nampak nilai macam ni terus rasa kaya. Terus rasa macam-macam nak berbelanja. Tapi bila convert kan dalam emas, tak terasa p**ak nak berbelanja. Rasa nak tambah lagi gram yang ada.

Hakikatnya begitulah aura emas. Makin disimpan makin rasa sayang. Makin disimpan makin tinggi nilanya.

Amacam?

Jom, tahun 2022 ni, kita kuatkan azam untuk konsisten menyimpan, atleast 1 bulan 1gram. Tak boleh 1 gram kita mulakan dengan RM100 jer.

Yang penting menyimpan setiap bulan!

Semoga bermanfaat

Kredit: Pn Rozie Baiduri

Nak simpan macam Emak AcikRozie? Boleh wasap saya, saya bantu anda mulakan simpanan emas
http://www.wasap.my/+60124241374

28/03/2022

SALAH FAHAM TENTANG EMAS

❌ Hanya untuk orang kaya
❌ Modal besar
❌ Semua emas sama
❌ Emas susah dicairkan
❌ Bahaya simpan emas

βœ… Emas untuk semua orang
βœ… Minima simpan emas RM100
βœ… Kena tahu kriteria emas pelaburan
βœ… Senang jual ataupun gadai
βœ… Boleh simpan dalam akaun emas GAP Public Gold

Nak mulakan simpanan emas? Dapatkan info di πŸ‘‡πŸ»
https://www.publicgoldofficial.com/RidzwanZin

26/03/2022

Harga emas dah naik sedikit berbanding 2, 3 bulan lepas. Sesiapa yang nak ambil keuntungan, dah boleh jual sekarang. Siapa beli emas 3 bulan lepas, kalau jual hari ni, saya anggarkan keuntungan bersih at least 3% (dalam tempoh 3 bulan).

Walaupun harga dah naik, saya tetap macam dulu. Saya tak jual emas-emas saya. Saya ialah penyimpan emas, bukan pelabur emas. Harga emas naik, saya happy. Harga emas turun, saya lagi happy. Yang saya tak happy hanya bila kepingan-kepingan emas saya tak bertambah dari tahun ke tahun.

Ramai orang tanya saya, kalau beli emas tapi tak jual-jual, mana untungnya? Saya tanya orang tu balik, kalau simpan duit banyak-banyak dalam bank tu, apa untungnya? Dapat dividen? Betul dapat dividen, tapi dengan risiko inflasi dan kemerosotan ringgit, bagi saya dividen tu tak berbaloi. Lebih baik saya simpan emas kalau untuk simpanan jangka panjang.

Itulah jawapan saya kenapa golongan penyimpan emas tak jual emas-emas mereka. Mereka jadikan emas sebagai salah satu bentuk SIMPANAN jangka panjang. Bila kita sebut simpanan, tujuannya untuk (1) digunakan ketika kecemasan, atau (2) pelaburan masa depan. Selagi tak ada keperluan untuk digunakan, lebih baik simpan sahaja emas-emas tu.

Semoga bermanfaat.

Ridzwan Zin
Priority Dealer Public Gold
Pembimbing Simpanan Emas
https://publicgoldofficial.com/RidzwanZin

Kredit: Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Photos from Public Gold by Ridzwan Zin's post 23/03/2022

Syariah Easy Payment Purchase (EPP)

Jika anda seorang yang boros dan mahu menabung emas secara konsisten, saya sarankan guna kaedah Syariah Easy Payment Purchase (EPP).

Kaedah ini adalah salah satu kaedah yang boleh menyelamatkan wang anda dari terus dibelanja habis dan membentuk disiplin dengan jadual pembayaran bulanan.

EPP bermaksud anda lock harga hari ini untuk dibayar beberapa bulan ke hadapan dengan harga yang sama.

Harga emas yang dibeli kekal dan tetap tanpa dipengaruhi kenaikan atau penurunan harga emas.

EPP boleh dilakukan selama 6 bulan atau 10 bulan bagi item emas bernilai RM1,000 ke atas.

Setelah habis bayar, emas boleh diambil di cawangan bagi berat item melebihi 21.25g atau pos berinsurans bagi item 21.25g dan ke bawah.

Kaedah ini memudahkan anda untuk menabung emas.

Jom disiplinkan diri menggunakan kaedah ini. Selamatkan wang dari terbelanja, elak boros!

Untuk info lanjut mengenai EPP, layari website
https://www.publicgoldofficial.com/RidzwanZin/epp

22/03/2022

SIMPAN EMAS BIAR DAPAT EMAS

Sedikit perkongsian dari Sifu Emas saya, Ustaz Syahrul, Mutawwif Emas.

Alhamdulillah. Selamat sampai lagi 5 Dinar secara GIT (Post Berinsuran) ke rumah saya. Menuju 100 Dinar pertama.

Betul cakap guru emas saya, Tn Mohd Zulkifli Shafie dalam buku beliau, Wang Emas: Bertahan Ketika Gawat.

Simpan emas ni, akan buatkan kita rasa tak berduit dan jadi kurang rasa nak belanja benda-benda yang tak berapa penting.

Walaupun sebenarnya, duit kita ada je, cuma kita dah tukarkan ke dalam bentuk simpanan yang lebih baik, iaitu emas.

Semoga bermanfaat.

Ridzwan Zin
Priority Dealer Public Gold
Pembimbing Simpanan Emas
0124241374

https://www.publicgoldofficial.com/RidzwanZin

14/03/2022

MESTI SENANG BELI & SENANG JUAL

Antara kriteria penting pemilihan syarikat emas untuk kita mula simpan atau invest emas ialah ia mestilah senang beli & senang jual.

Maksudnya, bukan sahaja senang untuk kita beli ketika harga emas tengah rendah, tapi juga mesti senang untuk kita jual bila harga tinggi macam sehari dua ni.

Ada je syarikat emas yang tidak berikan jaminan untuk mereka beli balik emas-emas mereka, dan ada juga syarikat yang mengenakan syarat yang cerewet bila kita nak jual balik emas-emas tu, sehingga akhirnya terpaksa dijual kepada syarikat emas yang lain atau kedai barang kemas yang confirm spreadnya lebih besar.

Ini antara pengalaman mahal yang diceritakan oleh guru emas saya Tn Mohd Zulkifli Shafie. Penting kita menilai syarikat emas secara pakej sebelum ambil keputusan untuk invest.

Bagi syarikat Public Gold, andaikata harga emas tiba-tiba naik tengah-tengah malam jam 2, 3 pagi, kita masih boleh jual balik emas yang kita beli kepada Public Gold, even emas tersebut adalah emas fizikal yang berada di tangan kita. Boleh.

Semoga bermanfaat.

Ridzwan Zin
Priority Dealer Public Gold
Pembimbing Simpanan Emas
http://www.wasap.my/+60124241374/naksimpanemas

13/03/2022

K U A S A S A T U G R A M

Mulakan simpan emas dengan 1 gram pertama, satu tindakan yang bijak untuk mula kumpul aset sebagai harta simpanan dan pelaburan pada masa akan datang.

Anggaplah 1 gram pertama ini sebagai pengenalan untuk kita kenal emas, kita boleh belajar cara beli dan tahu fungsi emas dengan lebih teliti.

Jika ada syarikat emas yang ada sediakan ejen atau dealer, boleh rujuk mereka untuk memudahkan urusan kita dengan syarikat emas untuk proses jual dan beli emas.

Bila dah mula kita akan lebih mudah untuk faham dan bertindak untuk simpan gram emas yang seterusnya. Boleh pilih nak simpan sendiri atau simpan dalam akaun simpanan emas.

Apa yang penting pastikan kita beli emas dapat emas fizikal, elakkan beli emas hanya dapat nombor dalam skrin sahaja nak keluarkan emas fizikal tapi tak boleh.

Tidak perlu jadi pandai dulu baru nak mula, kita akan jadi pandai bila konsisten simpan emas setiap bulan. Dengan syarat kita kena ada usaha cari ilmu emas semasa simpan emas.

Satu gram tetap aset (baca harta) yang akan naik harga pada masa akan datang, bila dikumpul banyak akan jadi ratus gram yang bernilai puluh ribu.

Satu gram mudah dibeli dan disimpan oleh semua orang, jika perlukan duit tunai senang untuk dicairkan (dijual) balik. Semua kedai emas terima goldbar satu gram.

Belum pernah ada orang simpan satu gram jatuh miskin, ramai yang ada simpan satu gram makin β€˜ketagih’ nak kumpul gram lagi setiap bulan.

Ada banyak edisi satu gram yang kita boleh kumpul, boleh jadi hobi baru kumpul setiap edisi yang ada setiap bulan. Hobi yang tetap bernilai pada masa depan.

Dari satu gram pertama juga akan menjadi 1 dinar pertama dan seterusnya 10 gram pertama, dalam diam-diam kita boleh ada berpuluh gram tanpa sedar.

Fitrah manusia sukakan emas dari dulu lagi, bezanya sekarang kita ada banyak kemudahan untuk beli dan simpan emas dengan cara mudah dan selamat.

Asalkan ada internet, kita cuma perlu klik-klik handphone dan tunggu emas sampai ke depan pintu rumah. Mudah kan?

Manfaatkan kemudahan ini sebaiknya untuk kita bina kewangan kita yang lebih baik pada masa akan datang. Lagi 5 tahun kita akan tuai apa yang kita tanam hari ini. Insyaallah

Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana usaha awal yang kecil memberikan hasil yang besar pada masa akan datang. Wallahua’lam.

Kredit Penulisan & Poster: Tuan Sadiqin Sulong

Want your school to be the top-listed School/college in Perai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Perai
13700