13/07/2024
๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐จ๐ฅ๐จ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
TARIKH : 14 JUN 2024
HARI : JUMAAT
MASA : 7.40AM - 12.00PM
TEMPAT : DATARAN TRANSFORMASI SMKTHO
Bertemakan Guru Jauhari Digitial Aspirasi Negara Madani,pada 14 Jun lalu warga SMK Tun Hussein Onn telah mengadakan sambutan hari guru dengan meriah dan jayanya.
Terima kasih diucapkan kepada En. Bukhori bin Che Mat (Pengurus Bank Rakyat Seberang Jaya) dan En. Ahmad Shah bin Mohd Noordin (Ketua Unit Bank Rakyat Seberang Jaya) di atas kesudian hadir menyempurnakan majlis sambutan hari guru pada tahun ini.Pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas tajaan yang telah diberikan.
Pelbagai persembahan telah diadakan oleh para pelajar dan guru-guru bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan hari guru tahun ini.Antaranya ialah persembahan nyanyian,sketsa,puisi,sukaneka guru dan lain-lain.Turut diadakan penyampaian angurerah fesyen terbaik dan anugerah guru paling tegas,berdedikasi,sporting,comel dan bergaya.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna dan berjaya.Terima kasih Cikgu!