Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Pulau Pinang

Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Pulau Pinang Education

PROGRAM 1Murid 1SukanTahniah kepada semua pemenang ‼️Penyampaiah hadiah :1.Hadiah kebersihan dan keceriaan kelas :📍Tahap...
17/08/2026

PROGRAM 1Murid 1Sukan
Tahniah kepada semua pemenang ‼️
Penyampaiah hadiah :
1.Hadiah kebersihan dan keceriaan kelas :
📍Tahap 1
🏆2 UPM
📍Tahap 2
🏆6 UPM

2. Hadiah kehadiran tertinggi kelas:
🏆4 UKM &2UKM
🏆4 UPM
🏆3 USM
🏆3 UTM
🏆1 UUM

3. Hadiah pertandingan bola jaring dan futsal Prasekolah.

4.Duta Safe



15/08/2026

Video Matriks Pembelajaran Tahun 4 2026

Makluman kepada ibu bapa dan waris👇
15/08/2026

Makluman kepada ibu bapa dan waris👇

📣 ALHAMDULILLAH !Tahniah dan syabas‼️‼️      Kantin Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu telah menerima Gred A (Cemerlang) da...
15/08/2026

📣 ALHAMDULILLAH !

Tahniah dan syabas‼️‼️

Kantin Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu telah menerima Gred A (Cemerlang) dalam pemeriksaan kebersihan premis makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)!

Penarafan ini adalah hasil kerjasama semua pihak — pengusaha kantin yang berdedikasi, JK Kantin yang diketuai oleh Cikgu Aniza binti Umar dan warga sekolah yang prihatin, guru bertugas, serta pemantauan berterusan pihak pentadbiran. Ia membuktikan bahawa kita sentiasa mengutamakan kebersihan, kesihatan dan keselamatan untuk semua warga sekolah.

💚 Terima kasih kepada semua yang terlibat. Teruskan komitmen kita untuk kekal bersih, selamat dan sihat!



MAJLIS BACAAN YASSIN MINGGUAN 📌Tarikh : 10.08.2026📌Hari: Jumaat📌Masa : 7.40 pagi.📌Penglibatan : Semua warga SKJB📌Aktivit...
15/08/2026

MAJLIS BACAAN YASSIN MINGGUAN

📌Tarikh : 10.08.2026
📌Hari: Jumaat
📌Masa : 7.40 pagi.
📌Penglibatan : Semua warga SKJB
📌Aktiviti: 1.Bacaan Yassin
❤️Khalifah: Arif Ziqri bin Azizan ( 6 UKM)
❤️Pimpinan Doa:Ustaz Mohd Hanis bin Hassan
❤️Bacaan Tafsir Hadis oleh
❤️ Ustazah Zaharah

⚘️Tahniah kepada semua warga SKJB yang telah hadir mengimarahkan majlis.Semoga doa-doa kita diperkenankan olehNya.




Program Sinar Pagi Bersama Panitia Pendidikan Seni Visual 📌Tarikh :  10.08 hingga 14.08.2026📌Hari : Isnin hingga Jumaat📌...
14/08/2026

Program Sinar Pagi Bersama Panitia Pendidikan Seni Visual

📌Tarikh : 10.08 hingga 14.08.2026
📌Hari : Isnin hingga Jumaat
📌Masa :7.20 hingga 7.40 pagi

Aktiviti: Kuiz

⚘️Tahniah kepada para peserta yang mengambil bahagian.Terima kasih kepada guru -guru yang mengendalikan program Panitia Pendidikan Seni visual




PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi): UJIAN APTITUD AM TAHUN 4📌Tarikh : 14.08.2026 ( Jumaat)📌Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi📌Tem...
14/08/2026

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi): UJIAN APTITUD AM TAHUN 4
📌Tarikh : 14.08.2026 ( Jumaat)
📌Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi
📌Tempat: Kelas masing - masing
📌Anjuran: Unit Bimbingan Kaunseling

Alhamdulillah, Pentaksiran Psikometrik (PPsi): Ujian Aptitud Am Tahun 4 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Pentaksiran ini merupakan salah satu komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang bertujuan mengenal pasti kebolehan semula jadi, personaliti, bakat dan kecenderungan murid. Dapatan daripada pentaksiran ini membantu pihak sekolah memahami potensi setiap murid secara lebih menyeluruh, sekali gus merancang bimbingan dan intervensi yang bersesuaian.
Semoga setiap dapatan yang diperoleh menjadi panduan kepada para guru dalam mengenal pasti kekuatan, kecenderungan dan potensi unik setiap murid.
Setiap anak memiliki keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tugas kita bukan sekadar mendidik, tetapi membantu mereka mengenali, mengembangkan dan memanfaatkan potensi tersebut agar menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.


Program Pertandingan Adiwira Merdeka daripada Bahan terpakai.📌Tarikh : 13 Ogos 2026📌Hari : Khamis📌Masa : 10:30 pagi - 12...
14/08/2026

Program Pertandingan Adiwira Merdeka daripada Bahan terpakai.

📌Tarikh : 13 Ogos 2026
📌Hari : Khamis
📌Masa : 10:30 pagi - 12:30 tengah hari
📌Anjuran : Panitia Matematik,Sains dan Rekabentuk dan Teknologi
📌Penglibatan : Murid - murid tahun 4 dan 5.

.

📌PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL)📌Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) bagi murid Tahap 2 tela...
13/08/2026

📌PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI (PKL)📌

Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL) bagi murid Tahap 2 telah bermula :

📅 Tarikh: 10.08 hingga 13.08. 2026
📍 Tempat: Makmal Komputer
Penglibatan guru: Ustaz Muhammad Suyuthi bin Abd Samad,Cikgu Aida Shariza binti M Said,Cikgu Sanisah binti Che Yunus dan Cikgu Aimerul Haidhar bin Mhd Yuosup

PKL bertujuan menilai keupayaan murid dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran literasi serta numerasi dalam konteks dunia sebenar. Pentaksiran ini melibatkan aspek:

➡️Literasi Membaca
➡️Literasi Matematik
➡️Kemahiran Penyelesaian
➡️Masalah dan Pemikiran Kritis.

Pentaksiran ini bukan sekadar ujian, tetapi platform untuk mengenal pasti potensi dan tahap penguasaan murid dalam aspek literasi dan numerasi yang penting dalam kehidupan seharian.

Semoga semua murid dapat memberikan komitmen dan menunjukkan prestasi terbaik dalam pentaksiran ini.



Program Pertandingan Adiwira Merdeka daripada Bahan terpakai.📌Tarikh : 11 Ogos 2026📌Hari : Selasa📌Masa : 10:30 pagi - 12...
11/08/2026

Program Pertandingan Adiwira Merdeka daripada Bahan terpakai.

📌Tarikh : 11 Ogos 2026
📌Hari : Selasa
📌Masa : 10:30 pagi - 12:30 tengah hari
📌Anjuran : Panitia Matematik,Sains dan Rekabentuk dan Teknologi
📌Penglibatan: Murid-murid tahun 6.



.

Address

Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu
Perai
13700

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:00
Tuesday 07:30 - 16:00
Wednesday 07:30 - 16:00
Thursday 07:30 - 16:00
Friday 07:30 - 16:00

Telephone

+6043901007

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category