07/07/2026
ANUGERAH IKON SISWA (AIS) 2026 SERLAH KEMENJADIAN MAHASISWA UMK
UMK Kampus Kota 21 jun 2026 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sentiasa komited melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki kecemerlangan akademik, malah mempunyai nilai kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan keprihatinan sosial yang tinggi.
Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Bin Abdullah berkata, pihak pengurusan universiti mahu melihat mahasiswa UMK menjadi individu yang mampu mencipta pekerjaan, memimpin organisasi, menggerakkan komuniti dan menjadi agen transformasi dalam dunia yang sentiasa berubah.
Beliau berkata, mahasiswa UMK mempunyai potensi besar untuk menjadi pemimpin masa hadapan yang akan mencorakkan landskap negara dan rantau Nusantara.
“Justeru, setiap mahasiswa perlu terus berusaha, teruskan berbakti dan jangan pernah berhenti mengejar ilmu serta memperkasa diri,” katanya pada majlis perasmian Anugerah Ikon Siswa Universiti Malaysia Kelantan 2026, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Huzili Hussin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ismail.
Naib Canselor UMK
Pejabat TNCAA UMK
My HEPA UMK
Pejabat Tncpi Umk Rasmi
Pejabat Pendaftar UMK
Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.