24/09/2024
Semoga bermanafaat kepada semua....
Mengapa lintasan pejalan kaki terdapat dua warna, putih dan kuning?
Mesti ramai lagi yang belum tahu perbezaan antara dua warna ini. Admin pun sebelum ni belum tahu. π
Jika ternampak lintasan belang pejalan kaki berwarna PUTIH, ini bermaksud anda sebagai pemandu kenderaan, tidak kira memandu motosikal atau kereta mahupun lori atau lain-lain kenderaan, anda WAJIB untuk berhenti apabila melihat seorang pejalan kaki sedang melintas jalan.
Sekiranya anda ternampak lintasan belang berwarna KUNING, anda kena melihat siapa yang sampai dahulu dan paling dekat dengan lintasan belang kuning itu. Jika pejalan kaki yang sampai dahulu, anda sebagai pemandu yang WAJIB berhenti. Jika anda yang sampai dahulu, pejalan kaki yang WAJIB tunggu anda melalui lintasan kuning itu terlebih dahulu.
KECUALI, sekiranya lintasan belang kuning itu mempunyai kemudahan lampu isyarat, jadi anda sebagai seorang pemandu WAJIB mengikuti arahan lampu isyarat itu.
Jadi, lepas ni boleh la ikuti apa yang patut dibuat, jangan pulak langgar undang2 yang sedia ada.
Hati2 dijalan raya.