20/09/2026
๐โ๏ธ INTERNATIONAL STUDENT EXCHANGE PROGRAMME 2026 ๐ฒ๐พ๐จ๐ณ
Fakulti Sains Data dan Komputeran (FSDK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus melangkah ke peringkat antarabangsa menerusi penyertaan dalam International Student Exchange Programme 2026 di Shangqiu Normal University, China.
๐
Tarikh: 20 โ 25 September 2026
๐จ๐ณ Destinasi: Shangqiu Normal University, China
FSDK yang terdiri daripada Ts. Dr. Syarbaini Bin Ahmad, Pensyarah Kanan FSDK, bersama tiga orang pelajar prasiswazah FSDK telah berangkat ke Shangqiu Normal University, China bagi menyertai program pertukaran antarabangsa ini.
Penyertaan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba pengalaman akademik di peringkat antarabangsa, bertukar pengetahuan dan budaya, serta membina jaringan bersama komuniti akademik di China. ๐ค๐
Program ini turut menjadi platform dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama akademik antara UMK dan Shangqiu Normal University, selain memperkaya pengalaman pembelajaran serta pendedahan global para pelajar FSDK. โจ
Semoga perjalanan dan program di Shangqiu Normal University berlangsung dengan lancar serta memberikan pengalaman yang bermakna. โ๏ธ๐