Madrasah Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah Pengerang

Madrasah Tahfiz Darul  Uloom Islamiyyah Pengerang BANGUNAN PITRA,JALAN SELAMAT BANDAR PENAWAR
"MELAHIRKAN PARA HUFFAZ BERKUALITI"
(HUFFAZ-Q)
PPIDKT: MTS/KT/012 JAKIM : JZH 3012
MADRASAH KUALITI TAHFIZ (MKT)

24/08/2026

PEPERIKSAAN BERTULIS AWAL TAHUN HIJRIYAH 1448 2026M TELAH BERMULA HARI INI..

πŸ“š PEPERIKSAAN AWAL TAHUN HIJRIAH 1448H TELAH BERMULAAlhamdulillah, peperiksaan awal tahun Hijriah 1448H di Madrasah Tahf...
24/08/2026

πŸ“š PEPERIKSAAN AWAL TAHUN HIJRIAH 1448H TELAH BERMULA

Alhamdulillah, peperiksaan awal tahun Hijriah 1448H di Madrasah Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah Pengerang telah berlangsung pada hari ini dengan suasana yang tenang, teratur dan penuh semangat.
Para pelajar berusaha menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh sebagai tanda kesungguhan mereka dalam menuntut ilmu agama. Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman, ketenangan serta kejayaan yang cemerlang kepada seluruh pelajar.
Jutaan terima kasih kepada para guru dan warga madrasah yang bertungkus-lumus memastikan perjalanan peperiksaan berjalan lancar.
🀲 "Ya Allah, permudahkanlah urusan anak-anak kami, kurniakanlah mereka ilmu yang bermanfaat serta kejayaan di dunia dan akhirat."

Happy 12th Birthday, Afif Syahmi! πŸŽ‚ Semoga terus cemerlang, jadi anak murid yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Hari n...
21/08/2026

Happy 12th Birthday, Afif Syahmi! πŸŽ‚ Semoga terus cemerlang, jadi anak murid yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Hari ni kita celebrate sikit di madrasah dengan kek dan goodies special untuk kawan-kawan.

​Ziplock 'Level 12 Unlocked' ni isteri saya (tukang masak madrasah kita ni) yang sediakan design khas untuk Afif. Kalau ada yang nak tempah ziplock goodies unik macam ni untuk sebarang majlis, boleh DM tepi tau! atau hubungi beliau terus di www.wasap.my/60192606634 Memang berbaloi dan nampak eksklusif. 🎁🎈

21/08/2026

Hadiah harijadi pada kawan2!

21/08/2026

Selamat Hari Lahir Afif!

π–ͺ𝖀𝖑𝖠𝖭𝖦𝖦𝖠𝖠𝖭 𝖬𝖠𝖣𝖱𝖠𝖲𝖠𝖧: 𝖯𝖀𝖫𝖠𝖩𝖠𝖱 π–ͺ𝖠𝖬𝖨 𝖑𝖀𝖱𝖩𝖠𝖸𝖠 𝖬𝖀𝖭𝖦𝖧𝖠𝖲𝖨𝖫π–ͺ𝖠𝖭 𝖑𝖴π–ͺ𝖴!​Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ana...
19/08/2026

π–ͺ𝖀𝖑𝖠𝖭𝖦𝖦𝖠𝖠𝖭 𝖬𝖠𝖣𝖱𝖠𝖲𝖠𝖧: 𝖯𝖀𝖫𝖠𝖩𝖠𝖱 π–ͺ𝖠𝖬𝖨 𝖑𝖀𝖱𝖩𝖠𝖸𝖠 𝖬𝖀𝖭𝖦𝖧𝖠𝖲𝖨𝖫π–ͺ𝖠𝖭 𝖑𝖴π–ͺ𝖴!

​Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anak didik kita, Adik Harith Danish Bin Muhammad Jihad, atas kejayaan luar biasa menghasilkan sebuah karya sulung berjudul "Gaya dan Kuasa Ketua Pelajar", terbitan eksklusif Darul Uloom Islamiyyah Pengerang.
​Buku ini merupakan panduan kepimpinan yang mengetengahkan semangat: "Memimpin dengan Ilmu, Berjaya dengan Akhlak Mulia."
​Untuk makluman semua, naskhah ini diterbitkan secara eksklusif dan hanya dikhaskan untuk kegunaan para pelajar Darul Uloom Islamiyyah Pengerang sahaja sebagai rujukan dan panduan dalam memimpin.
​Semoga usaha murni adik Harith Danish ini menjadi inspirasi buat rakan-rakan pelajar yang lain untuk terus berusaha, menimba ilmu, dan berbakti kepada madrasah. Teruskan berkarya dan memimpin dengan akhlak!
​

30/07/2026

Kehadiran TUDM ke Madrasah Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah Pengerang

🏴 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—₯𝗔𝗠𝗔𝗛 π— π—˜π—¦π—₯𝗔 &π—¦π—¨π— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—žπ—”π—¦π—œπ—› 𝗧𝗨𝗗𝗠 π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗗π—₯𝗔𝗦𝗔𝗛 π—§π—”π—›π—™π—œπ—­ 𝗗𝗔π—₯π—¨π—Ÿ π—¨π—Ÿπ—’π—’π—  π—œπ—¦π—Ÿπ—”π— π—œπ—¬π—¬π—”π—› π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—₯π—”π—‘π—š πŸ΄β€‹Alhamdulillah, be...
30/07/2026

🏴 𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—₯𝗔𝗠𝗔𝗛 π— π—˜π—¦π—₯𝗔 &π—¦π—¨π— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—žπ—”π—¦π—œπ—› 𝗧𝗨𝗗𝗠 π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗗π—₯𝗔𝗦𝗔𝗛 π—§π—”π—›π—™π—œπ—­ 𝗗𝗔π—₯π—¨π—Ÿ π—¨π—Ÿπ—’π—’π—  π—œπ—¦π—Ÿπ—”π— π—œπ—¬π—¬π—”π—› π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—₯π—”π—‘π—š 🏴

​Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah sudi meluangkan masa hadir ziarah mahabbah ke Madrasah Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah Pengerang.

​Kehadiran warga TUDM disambut dengan penuh mesra oleh pihak pengurusan, para asatizah, dan seluruh pelajar tahfiz. Program ini dimulakan dengan majlis bacaan doa selamat bagi memohon keberkatan, kesejahteraan, serta keselamatan buat seluruh warga TUDM dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

​Dalam kesempatan ini juga, pihak TUDM telah menyampaikan sumbangan berupa bahan-bahan masakan dapur bagi meringankan beban pengurusan harian madrasah. Lebih menyentuh hati, pihak TUDM turut menaja dan menyediakan sendiri hidangan makan tengahari istimewa untuk dinikmati bersama-sama para pelajar tahfiz.

​"Sesungguhnya, sumbangan dan keprihatinan yang dihulurkan ini sangat bermakna buat kami di madrasah. Semoga jalinan silaturahim ini terus erat dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT."

​Pihak Madrasah Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga TUDM Subang atas pengorbanan, keprihatinan, dan budi bahasa yang ditunjukkan.
​Semoga TUDM terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa berada dalam perlindungan Yang Maha Esa. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. 🀲
​

20/07/2026

18 Julai 2026,Sahabat Riders datang gotong-royong madrasah Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah Pengerang

π—žπ—˜π——π—”π—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—§π—˜π—§π—”π— π—¨ π—œπ—¦π—§π—œπ— π—˜π—ͺ𝗔 𝗗𝗔π—₯π—œ 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧- π——π—œπ—‘π——π—œπ—‘π—š 𝗠𝗔𝗗π—₯𝗔𝗦𝗔𝗛 π—žπ—œπ—‘π—œ π—ͺ𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗕𝗔π—₯𝗨!Pada 18 Julai 2026, madrasah kami telah diz...
20/07/2026

π—žπ—˜π——π—”π—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—§π—˜π—§π—”π— π—¨ π—œπ—¦π—§π—œπ— π—˜π—ͺ𝗔 𝗗𝗔π—₯π—œ 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧- π——π—œπ—‘π——π—œπ—‘π—š 𝗠𝗔𝗗π—₯𝗔𝗦𝗔𝗛 π—žπ—œπ—‘π—œ π—ͺ𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗕𝗔π—₯𝗨!

Pada 18 Julai 2026, madrasah kami telah diziarahi oleh pasukan luar biasa dari Batu Pahat,Pengerang dan seluruh kawasan Daerah Johor Bahru. Bukan sekadar melawat, tapi mereka datang dengan semangat 'full throttle' untuk berbakti!

​Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Kelab Kerabat PERKESO Batu Pahat, KESELAT Zon Selatan, rakan-rakan dari Coop Bank, KWSP, dan JK Wire kerana telah memilih Madrasah Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah Pengerang sebagai destinasi Program Ride Santai 8.0 & CSR anda pada tahun ini.

​Apa yang buat kami paling tersentuh?

Total Commitment: Rombongan anggaran 150 orang ini turun padang sendiri, berus dan roller di tangan, mengecat bangunan hadapan madrasah kami sampai nampak macam bangunan baru!

Selain menceriakan wajah madrasah, pihak tuan/puan turut bermurah hati menyumbangkan barangan kering untuk kegunaan anak-anak tahfiz kami.

Bukan itu sahaja, pihak tuan/puan sendiri yang menguruskan makanan untuk majlis hari ini. Kami di madrasah hanya perlu menerima sahaja.
​Terima kasih atas segala keringat yang tumpah, terima kasih atas bantuan yang diberikan. Kami doakan semoga rezeki tuan/puan semua melimpah-ruah, urusan dipermudahkan, dan segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran syurga oleh Allah SWT. 🀲

​Buat semua riders yang telah hadir disini, selamat meneruskan perjalanan pulang dengan selamat. Jangan serik untuk singgah lagi ke Pengerang! Pintu madrasah sentiasa terbuka buat anda semua.
​ .0

Address

MADRASAH TAHFIZ DARUL ULOOM ISLAMIYYAH PENGERANG, BALAIRAYA Jalan SELAMAT BANDAR PENAWAR
Pengerang
81930

Telephone

+60177655769

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah Pengerang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah Tahfiz Darul Uloom Islamiyyah Pengerang:

Shortcuts

Share

Category