Maahad Tahfiz Darul Uloom Al'munawarrah

Maahad Tahfiz Darul Uloom Al'munawarrah Membentuk generasi cinta Al-Quran

Maahad Tahfiz Darul Uloom Al MunawwarahKampung Punggai,Pengerang, Johor
01/06/2024

Maahad Tahfiz Darul Uloom Al Munawwarah
Kampung Punggai,Pengerang, Johor

Maahad Tahfiz Darul Uloom Al MunawwarahMasjid Lama,Kg Punggai, Pengerang
28/02/2023

Maahad Tahfiz Darul Uloom Al Munawwarah
Masjid Lama,Kg Punggai, Pengerang

07/06/2020

.
‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Batal atau tidak wudhuk sentuh mak mertua? - Ustaz Azhar Idrus
_
Semoga Bermanfaat.

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ_Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari...
24/05/2020

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
_
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami.
_
Maafkan salah silap kami dalam berdakwah. Kami manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan. Namun bukanlah satu kesempatan untuk terus melakukan kesilapan. Doakan kami agar dapat baiki apa yang kurang dari kami. Mohon maaf dari hati ke hati. Terima kasih semua atas sokongan dan semangat yang diberikan pada kami untuk terus berdakwah.
_
_
Instagram:
https://www.instagram.com/tahfiz_almunawwarah/

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ_Fadilat Al-Quran_Sayyidina Buraidah ra meri...
22/05/2020

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
_
Fadilat Al-Quran
_
Sayyidina Buraidah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa membaca al-Quran dan dengan al-Quran dia memperoleh sesuatu daripada manusia untuk dimakannya, akan muncul pada hari kiamat, mukanya cuma bertulang dan tidak berdaging." (Hadis riwayat Baihaqi)
_
Keterangan
_
Mereka yang membaca al-Quran dengan tujuan keduniaan tidak akan mendapat apa-apa bahagian pada hari kiamat kelak. Rasulullah saw telah bersabda, "Kita yang membaca al-Quran, antara kita ada orang 'Arab dan bukan 'Arab. Teruskanlah bacaanmu sebagaimana kamu melakukan sekarang ini. Tidak lama lagi akan bangun satu golongan manusia yang akan memperbetulkan sebutan huruf-huruf al-Quran sebagaimana anak panah diperbetul, iaitu mereka akan berusaha keras untuk menghiasi bacaan mereka. Mereka menghabiskan masa berjam-jam bagi memperbaiki sebutan setiap huruf. Mereka akan bersusah payah untuk memperbetul makhraj, tetapi itu semua adalah untuk tujuan keduniaan. Perbuatan mereka langsung tidak ada kena mengena dengan akhirat."
_
Hadis ini bermaksud bahawa hanya membaca dengan suara yang baik sahaja adalah sia-sia jika tidak ada keikhlasan dan tujuan hanyalah untuk mendapatkan faedah keduniaan. 'Wajah menjadi tidak berdaging' bermaksud bahawa apabila seseorang itu menjadikan sesuatu yang paling mulia (iaitu al-Quran) sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu yang paling rendah nilainya (keuntungan dunia) maka bahagian badan yang paling mulia (iaitu mukanya) akan dihilangkan kecantikan muka itu.
_
Pada suatu ketika Sayyidina 'Imran bin Husain ra melalui berhampiran seorang penceramah yang membaca al-Quran dan kemudian meminta-minta kepada manusia. Melihatkan itu beliau membaca 'إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ' dan berkata, "Saya mendengar daripada Rasulullah saw bahawa sesiapa membaca al-Quran dan ingin meminta sesuatu hendaklah dia meminta hanya kepada Allah swt. Tidak lama lagi akan datang satu kump**an manusia yang akan membaca al-Quran dan kemudian meminta-minta kepada manusia." Dinukilkan daripada para masyaikh bahawa orang yang mendapatkan sesuatu keuntungan di dunia ini dengan pengetahuan agama adalah seumpama seorang yang membersihkan kasut dengan pipinya. Tidak syak bahawa kasut itu menjadi bersih tetapi perbuatan itu adalah paling bodoh sekali. Untuk orang yang demikianlah ayat berikut daripada al-Quran yang mulia telah diturunkan,
_
"Inilah mereka yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perniagaan mereka tidak akan memberikan keuntungan, juga mereka bukanlah pengikut-pengikut yang mendapat petunjuk." (al-Baqarah: 16) _
_
Sayyidina Ubai bin Ka'ab ra berkata, "Saya telah mengajar satu surah daripada al-Quran kepada seseorang. Dia telah menghadiahkan kepada saya satu busar panah. Saya memberitahu Rasulullah saw tentang perkara itu. Baginda saw bersabda, "Kamu telah menerima satu busar panah dari neraka." Peristiwa sedemikian berlaku juga kepada Sayyidina 'Ubadah bin Somit ra yang beliau sendiri meriwayatkannya. Jawaban Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh beliau ialah, "Engkau telah menggantungkan di kedua-dua bahu engkau dengan bara dari neraka." Mengikut satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda, "Sekiranya kamu ingin satu kalung api neraka dikalungkan ke lehermu maka engkau terimalah."
_
Setelah sampai setakat ini, dengan penuh hormat saya ingin menasihatkan kepada para hafiz yang bekerja di sekolah-sekolah agama semata-mata untuk wang. Demi kerana Allah, fikirkanlah kedudukan dan tanggungjawab tuan-tuan sendiri. Orang yang memberhentikan anak-anak mereka daripada mempelajari atau menghafal al-Quran kerana terkesan dengan niat-niat buruk kamu maka bukan mereka sahaja yang akan diazab tetapi kamu juga mesti menjawab persoalan tersebut nanti dan kamu akan digolongkan dalam kalangan mereka yang menghalang al-Quran. Kamu menyangka bahawa kamulah yang menyebarkan al-Quran tetapi sebenarnya kamulah yang menghalang perkembangan al-Quran. Yakni disebabkan kelakuan kamu yang buruk serta niat-niat kamu yang tidak ikhlas orang ramai terpaksa meninggalkan pembelajaran al-Quran. Para ulama tidak membenarkan penerimaan gaji bagi pengajaran al-Quran, sebabnya supaya kita tidak menjadikan gaji itu sebagai maksud kita yang utama. Bahkan maksud utama para ustaz adalah untuk mengajar al-Quran dan menyebarkan ilmu agama. Gaji bukanlah upahan kepada tenaga yang telah dicurahkan, sebaliknya hanya satu cara untuk menampung keperluan. Cara itu telah dibenarkan hanya kerana terpaksa dan darurat.
_
Sumber: Kitab Fadilat Amal, tajuk Fadilat Al-Quran (Hadis 7, bahagian 2)
_
_

Instagram:
https://www.instagram.com/tahfiz_almunawwarah/

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ_Fadilat Al-Quran_Sayyidina Abu Musa Ash'ari...
21/05/2020

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
_
Fadilat Al-Quran
_
Sayyidina Abu Musa Ash'ari ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Jagalah al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Demi Zat yang nyawaku dalam genggaman-Nya, al-Quran lebih mudah terlepas (daripada ingatan) dibanding dengan unta-unta terlepas daripada ikatan mereka." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
_
Keterangan
_
Sekiranya seseorang itu lalai dalam penjagaan binatangnya dan binatang itu melepaskan diri daripada ikatan maka binatang itu akan melarikan diri. Begitu juga, jikalau al-Quran itu tidak dijaga maka al-Quran itu tidak dapat diingati dan akan dilupai. Pada dasarnya mengahafal al-Quran ke dalam ingatan kita adalah satu mukjizat al-Quran yang jelas. Sedangkan, untuk menghafal sebuah buku yang setebal setengah atau satu pertiga daripada al-Quran, bukan sahaja susah malah hampir-hampir mustahil. Oleh itu, penghafalan al-Quran adalah hanya dengan ihsan Allah swt sebagaimana yang disebut beberapa kali oleh Allah swt dalam surah al-Qamar,
_
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ - (40)
_
"Kami menjadikan al-Quran itu mudah untuk dihafal, adakah sesiapa yang mahu menghafalnya." (al-Qomar: 40)
_
Pengarang kitab tafsir al-Jalalain menulis bahawa pertanyaan Allah swt dalam ayat ini membawa makna perintah. Lantaran itu adakah patut perkara yang telah Allah swt tegaskan berkali-kali kita anggap sebagai perkara yang sia-sia, bodoh, tidak berguna dan membuang masa sahaja? Selepas melakukan kebodohan kita ini, adakah perlu kita menanti apa-apa perkara lain lagi untuk kemusnahan kita sendiri? Sungguh menghairankan sekali, apabila Hadrat 'Uzair AS menulis kembali kitab Taurat daripada hafalannya, beliau telah digelar anak Allah, sedangkan untuk orang Islam, nikmat dan anugerah Allah swt telah dijadikan umum. Namun, penghargaan kita p**a hanya seperti yang telah disebutkan di atas. Untuk orang yang seperti itulah Allah swt berfirman,
_
وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ - (227)
_
"Dan (ingatlah) orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali." (asy-Syu'ara': 227)
_
Adalah semata-mata dengan rahmat dan kasih sayang Allah swt al-Quran itu dapat dihafal. Namun apabila al-Quran itu dilalaikan oleh orang yang menghafalnya maka dia akan dilupakan dari hafalannya itu. Terdapat amaran yang sangat keras kepada mereka yang melupakan al-Quran setelah menghafalnya. Rasulullah saw bersabda, "Dosa-dosa umatku telah ditunjukkan kepadaku. Daku tidak mendapati satu dosa yang terlebih besar daripada dosa melupakan al-Quran setelah menghafalnya." Dalam hadis yang lain Baginda saw bersabda, "Sesiapa yang melupakan al-Quran setelah menghafalnya akan muncul di mahkamah Allah swt sebagai orang yang berpenyakit kusta." Menurut satu riwayat yang lain daripada Imam Razin Rahimahullah Ta 'ala dalam kitab Jam' ul-Fawaid, ayat yang berikut adalah sebagai dalil kenyataan di atas, "Bacalah ayat ini jika kamu mahu,
_
قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا - (125)
_
"Dia akan berkata, "Ya Tuhanku, mengapa Engkau membangkitkan daku buta, sedangkan daku dulu melihat?" (Taha: 125)
_
Sumber: Kitab Fadilat Amal, tajuk Fadilat Al-Quran (Hadis 6, bahagian 2)
_
_

Instagram:
https://www.instagram.com/tahfiz_almunawwarah/

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ_Fadilat Al-Quran_Sayyidina 'Abdullah bin 'A...
21/05/2020

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
_
Fadilat Al-Quran
_
Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas ra berkata, "Sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah saw, 'Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling afdal?" Rasulullah saw menjawab, al-haall wal-murtahil. Lelaki itu bertanya lagi, 'Ya Rasulullah, apakah itu al-haall wal-murtahil?' Rasulullah saw menjawab, "Pembaca al-Quran yang memulakan bacaannya daripada permulaan dan meneruskan bacaan itu hingga akhir dan setelah (pembacaan) berakhir dia akan berada dipermulaan kembali. Setiap kali dia berhenti dia akan menyambung semula." (Hadis riwayat Tirmizi dan Hakim)
_
Keterangan
_
Al-Hall bermaksud seseorang yang berhenti di sesuatu tempat persinggahan dan al-murtahil bermaksud seseorang yang bertolak (memulakan perjalanan). Dalam erti kata yang lain, sesudah sahaja bacaan al-Quran itu tamat, seseorang itu hendaklah memulakannya semula. Bukanlah apabila sudah khatam, untuk memulakan bacaan sekali lagi akan difikirkan kemudian. Istilah al-haall wal-murtahil dterangkan dalam riwayat kitab Kanz ul-'Ummal sebagai al-khatim ul-muftih (seseorang yang menutup dan membuka) maksudnya ialah seorang yang setelah mengkhatamkan pembacaan al-Quran, terus memulakan bacaannya semula.
_
Mungkin kebiasaan yang diamalkan di negara kita ini diambil daripada penerangan tersebut iaitu apabila seseorang mengkhatamkan al-Quran dia akan membaca semula dari awal al-Quran sehingga ٱلْمُفْلِحُونَ. Namun, sekarang ini orang ramai menganggap cara itu hanya sebagai adab sahaja dan mereka tidak lagi mengambil berat untuk menyempurnakan pembacaan mereka. Sedangkan, tuntutan sebenar tidaklah demikian, bahkan maksud sebenarnya ialah setelah tamat satu bacaan, bacaan kedua hendaklah dimulakan semula. Bacaan yang kedua pun perlu ditamatkan. Adalah ditulis dalam kitab Syarh Ihya' 'Ulum id-Din dan juga dalam kitab al-Itqan, tulisan 'Allamah Suyuti Rahimahullah Ta 'ala bahawa mengikut Imam Darimi Rahimahullah Ta 'ala apabila Rasulullah saw membaca surah قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (surah yang terakhir) Baginda saw juga akan membaca surah al-Baqarah sehingga ٱلْمُفْلِحُونَ dan selepas itu Baginda saw akan membaca doa khatam al-Quran.
_
Sumber: Kitab Fadilat Amal, tajuk Fadilat Al-Quran (Hadis 5, bahagian 2)
_
_

Instagram:
https://www.instagram.com/tahfiz_almunawwarah/

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ_Fadilat Al-Quran_Sayyidina Abu Hurairah ra ...
19/05/2020

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
_
Fadilat Al-Quran
_
Sayyidina Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Ada satu surah dalam al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan memberi syafaat kepada seseorang (pembacanya), sehingga dia diampunkan. Surah itu adalah surah Tabaaraka al-lazi." (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)
_
Keterangan
_
Tentang surah Tabaaraka al-lazi juga ada satu riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada dalam hati setiap orang beriman." Mengikut satu hadis lagi, seseorang yang membaca surah Tabaaraka al-lazi dan 'Alif Lam Mim Sajadah di antara solah maghrib dan 'isyak adalah seumpama seseorang yang beribadat sepanjang malam Lailat ul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang membaca kedua-dua surah ini, tujuh puluh pahala akan dituliskan untuknya dan tujuh puluh dosa akan dijauhkan daripadanya. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, dituliskan untuknya pahala yang menyamai pahala ibadat pada malam Lailat ul-Qadar. (Ini juga telah disebutkan dalam kitab Mazahir ul-Haq.)
_
Imam Tirmizi Rahimahullah Ta 'ala meriwayatkan daripada Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas ra, "Sekump**an sahabat ra telah mendirikan khemah di suatu tempat tanpa mengetahui bahawa di situ terdapat sebuah kubur. Tiba-tiba mereka mendirikan khemah itu mendengar seseorang sedang membaca surah Tabaaraka al-lazi. Mereka datang dan menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah saw. Baginda saw menerangkan bahawa surah ini akan menjaga pembacanya daripada azab Allah swt dan menjamin keselamatannya." Sayyidina Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah Alif Lam Mim Sajadah dan Tabaaraka al-lazi.
_
Hadrat Khalid bin Ma'daan Rahimahullah Ta 'ala berkata bahawa satu riwayat telah sampai kepadanya yang mengatakan bahawa ada seorang pendosa besar yang selalu membaca surah al-Sajadah. Dia tidak pernah membaca surah lain. Surah itu telah mengembangkan sayapnya ke atas orang itu dan memohon kepada Allah swt, "Wahai Tuhanku, orang ini kerap kali membaca daku." Syafaat daripada surah ini diterima oleh Allah swt maka kerana itu diperintahkan supaya setiap dosanya digantikan dengan pahala." Hadrat Khalid bin Ma'daan Rahimahullah Ta 'ala juga telah meriwayatkan bahawa, "Surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya dalam kubur dan berkata, 'Ya Allah, jika aku ini berada dalam kitab-Mu maka terimalah syafaatku, jika tidak, hapuskanlah sahaja daku daripada kitab-Mu."
_
Surah ini akan muncul dalam bentuk seekor burung, mengembangkan sayapnya ke atas mayat itu dan melindungi mayat itu daripada seksaan kubur. Hadrat Khalid bin Ma'daan Rahimahullah Ta 'ala juga berkata bahawa semua kelebihan di atas adalah juga untuk surah Tabaaraka al-lazi. Hadrat Khalid bin Ma'daan Rahimahullah Ta 'ala sendiri tidak akan pergi tidur sehinggalah beliau selesai membaca kedua-dua surah ini. Hadrat Towus Rahimahullah Ta 'ala berkata, "Kedua-dua surah ini mendatangkan enam puluh ganjaran yang melebihi setiap surah lain dalam al-Quran."
_
Seksaan dalam kubur bukanlah suatu perkara yang ringan. Setelah meninggal dunia, kubur ialah perhentian pertama yang seseorang itu mesti lalui. Apabila Sayyidina 'Usman ra berdiri di atas sebuah kubur, beliau akan menangis dengan hebatnya sehingga janggut beliau dibasahi air mata. Seseorang telah bertanya, "Tuan tidak akan menangis sebegitu rupa jika disebut tentang syurga atau neraka sebagaimana tuan menangis ketika berada di kubur. Beliau menjawab, "Saya telah mendengar daripada Rasulullah saw bahawa kuburlah tempat persinggahan pertama untuk menuju ke akhirat. Sesiapa terselamat daripada azab kubur, peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Sementara sesiapa yang tidak selamat daripada azab kubur, ujian-ujian yang akan datang lebih sukar lagi. Saya juga mendengar bahawa tidak ada satu keadaan pun yang lebih menggerunkan daripada keadaan yang ada dalam kubur."
_
"Ya Allah, peliharalah kami daripada keadaan tersebut dengan kurniaan dan anugerah-Mu."
_
Sumber: Kitab Fadilat Amal, tajuk Fadilat Al-Quran (Hadis 4, bahagian 2)
_
_

Instagram:
https://www.instagram.com/tahfiz_almunawwarah/

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ_Fadilat Al-Quran_Sayyidina 'Abdullah bin Ma...
18/05/2020

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
_
Fadilat Al-Quran
_
Sayyidina 'Abdullah bin Mas'ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa membaca surah al-Waaqi'ah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya." 'Abdullah bin Mas'ud ra selalu menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam." (Hadis riwayat Baihaqi)
_
Keterangan
_
Kelebihan-kelebihan surah al-Waaqi'ah juga diberitakan dalam beberapa hadis. Ada satu riwayat menyatakan bahawa sesiapa membaca surah al-Hadid, al- Waaqi'ah dan ar-Rahman, akan digolongkan sebagai penghuni Jannat ul-Firdaus. Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa, "Surah al-Waaqi'ah ialah surah al-Ghina. Bacalah surah itu dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu." Riwayat yang lain menyebut, "Ajarkanlah kepada isteri-isterimu." Diberitakan bahawa Sayyidatina 'Aisyah ra juga telah menekankan kepentingan pembacaan surah ini. Walau bagaimanapun, satu keadaan yang cukup rendah sekiranya kita membaca surah itu hanya untuk mendapat beberapa keping wang. Sebaliknya, jika kita membaca surah ini dengan niat untuk memenuhi kekayaan hati (kepuasan rohani) dan untuk maksud akhirat maka dengan sendirinya keuntungan-keuntungan dunia pun akan datang kepada kita.
_
Sumber: Kitab Fadilat Amal, tajuk Fadilat Al-Quran (Hadis 3, bahagian 2)
_
_

Instagram:
https://www.instagram.com/tahfiz_almunawwarah/

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍFadilat Al-QuranHadrat 'Ata' bin Abi Rabah R...
17/05/2020

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Fadilat Al-Quran

Hadrat 'Ata' bin Abi Rabah Rahimahullah Ta 'ala berkata, "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan ditunaikan." (Hadis riwayat Darimi)
_
Keterangan
_
Kelebihan-kelebihan surah Yaasin juga banyak disebutkan dalam hadis-hadis. Adalah diriwayatkan dalam sebuah hadis, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi al-Quran ialah surah Yaasin. Sesiapa membaca surah Yaasin, Allah swt akan menuliskan pahala baginya seumpama dia membaca seluruh al-Quran sebanyak sepuluh kali."
_
Menurut sebuah hadis yang lain, Allah swt membacakan surah Taha dan surah Yaasin seribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Apabila para malaikat mendengarkan keadaan ini, mereka berkata, "Bertuahlah umat yang akan diturunkan al-Quran ke atas mereka, bertuahlah hati-hati yang akan memikul al-Quran (yakni yang akan menghafalnya) dan bertuahlah lidah-lidah yang akan membaca al-Quran."
_
Diriwayatkan dalam satu hadis, "Sesiapa yang membaca surah Yaasin semata-mata kerana Allah swt, segala dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu bacalah surah ini untuk orang yang telah mati."
_
Mengikut sebuah hadis, dalam kitab Taurat, surah Yaasin dinamakan Mun 'imah (pemberi nikmat) kerana surah itu membawa kebaikan kepada pembaca surah itu dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat, ia juga menghindarkan penderitaan di dunia dan di akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dalam kehidupan akhirat.
_
Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang yang beriman dan merendahkan darjat orang kafir. Menurut satu riwayat, Rasulullah saw bersabda, “Hatiku menghendaki supaya surah Yaasin berada dalam setiap hati umatku." Mengikut sebuah hadis yang lain, jika seorang itu membaca surah Yaasin pada setiap malam dan kemudiannya mati maka dia akan mati sebagai syahid.
_
Diriwayatkan daripada hadis yang lain, "Sesiapa yang membaca surah Yaasin maka dosanya akan diampunkan, sesiapa sahaja yang membaca surah ini semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, sesiapa membaca surah ini ketika sesat jalan, akan menjumpai semula jalannya, sesiapa membaca surah ini kerana kehilangan binatang tunggangannya akan menjumpai semula binatangnya itu, dan apabila seseorang itu membaca surah ini kerana bimbangkan makanan tidak cukup maka makanan itu akan mencukupi. Sekiranya seseorang itu membaca surah Yaasin kepada orang yang sedang dalam keadaan nazak maka kesakitan ketika nazaknya akan diringankan. Jika seseorang itu membaca surah ini ke atas wanita yang menghadapi kesukaran semasa melahirkan anak maka akan dimudahkan kelahiran bayinya."
_
Hadrat Muqri Rahimahullah Ta 'ala berkata, "Sekiranya surah Yaasin dibaca oleh seseorang yang takutkan pemerintah atau musuh maka ketakutan itu akan hilang." Menurut satu hadis yang lain, jika seseorang membaca surah Yaasin dan surah as-Soffaat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah swt sesuatu maka doanya akan diterima. (Kebanyakan bahan yang dinukilkan di sini dipetik daripada kitab Mazahir ul-Haq, tetapi sesetengah ulama hadis telah mempersoalkan kesahihan sesetengah daripada riwayat-riwayat tersebut.)

Sumber: Kitab Fadilat Amal, tajuk Fadilat Al-Quran (Hadis 2, bahagian 2)

Instagram:
https://www.instagram.com/tahfiz_almunawwarah/

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍFadilat Al-QuranHadrat 'Abd ul-Malik bin 'Um...
17/05/2020

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Fadilat Al-Quran

Hadrat 'Abd ul-Malik bin 'Umar Rahimahullah Ta 'ala meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulullah saw bersabda, "Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit." (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)
_
Keterangan
_
Kelebihan-kelebihan surah al-Fatihah terdapat dalam banyak hadis. Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa seorang sahabat sedang mengerjakan solah sunat. Rasulullah saw telah memanggilnya. Oleh kerana beliau sedang bersolah maka beliau tidak menyahut. Setelah menyempurnakan solah, beliau pun pergi menemui Rasulullah saw maka Baginda saw bertanya, “Kenapa kamu tidak menjawab panggilanku?" Beliau telah memberi alasan bahawa pada ketika itu beliau sedang bersolah. Rasulullah saw bertanya, "Adakah kamu tidak membaca ayat al-Quran?":
_
"Wahai orang yang beriman sahutlah panggilan Allah swt dan Rasul-Nya apabila mereka memanggil." (al-Anfal: 24)
_
Seterusnya Rasulullah saw bersabda, "Saya ingin memberitahu kamu satu surah yang paling afdal dalam al-Quran. Surah itu adalah surah al-Hamd (al- Fatihah) yang mempunyai tujuh ayat. Ayat-ayat ini adalah Sab' Maśani dan mewakili keseluruhan al-Quran yang agung." Telah diriwayatkan oleh sesetengah ahli sufi bahawa segala yang terkandung dalam kitab-kitab Allah swt yang terdahulu terdapat dalam al-Quran dan segala isi kandungan al-Quran terdapat dalam surah al-Fatihah dan apa-apa yang terkandung dalam surah al-Fatihah terdapat dalam Bismillah dan apa-apa yang yang terdapat dalam Bismillah adalah terdapat pada huruf pertama iaitu 'ب' (ba). Diterangkan dalam tafsiran bahawa huruf 'ب' (ba) di sini bertugas sebagai penemu, iaitu huruf 'ب' (ba) memutuskan hubungan seseorang hamba dengan segala perkara lain dan menemukannya dengan Allah swt. Sebahagian ulama menambah lagi keterangan ini dengan pendapat bahawa apa-apa yang terdapat dalam huruf 'ب' (ba) terkandung dalam titik pada 'ب' (ba) itu, yakni titik wahdaniyah. Dalam istilah tasawwuf, titik wahdaniyah membawa makna sesuatu yang tidak boleh dibahagi-bahagikan lagi.
_
Sesetengah ulama telah dinukilkan berkata bahawa dalam ayat,
_
"Akan Dikau kami sembah dan akan Dikau kami meminta pertolongan," terkandung segala hajat dunia mahupun agama. Rasulullah saw diberitakan telah bersabda dalam satu hadis, "Demi Zat yang nyawaku dalam genggaman-Nya, tidak ada satu surah pun yang seumpama ini pernah diturunkan sama ada dalam Taurat, Injil, Zabur atau bahagian yang lain dalam al-Quran."
_
Para masyaikh mengatakan bahawa membaca surah al-Fatihah dengan penuh kepercayaan dan keyakinan akan menyembuhkan segala penyakit, sama ada penyakit rohani atau jasmani, penyakit zahir atau penyakit batin. Al-Fatihah yang ditulis dan dijadikan sebagai tangkal dan juga menjilat al-Fatihah yang ditulis adalah berfaedah bagi mengubati penyakit. Terdapat dalam kitab 'sihah' (kitab-kitab hadis yang sahih) bahawa para sahabat ra pernah membaca surah al-Fatihah dan menghembuskan ke atas orang yang dipatuk ular atau disengat kala jengking, orang yang terkena sawan dan orang gila dan Rasulullah saw sendiri mengharuskan perbuatan ini.
_
Dalam satu riwayat diberitakan bahawa Rasulullah saw pernah membaca surah ini lalu menghembuskan kepada Sayyidina Sa'ib bin Yazid ra dan Baginda saw membaca dan menyapu dengan air liurnya pada tempat sakit itu. Menurut hadis yang lain dikatakan bahawa sesiapa yang berbaring dengan niat untuk tidur dan membaca surah al-Fatihah serta surah al-Ikhlas kemudian menghembus ke atas dirinya sendiri maka dia akan dijauhkan daripada segala bahaya melainkan maut.
_
Menurut riwayat yang lain, surah al-Fatihah menyamai pahala membaca dua pertiga daripada al-Quran. Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah saw bersabda, "Daku telah diberi empat perkara daripada khazanah 'Arasy yang istimewa. Sebelum ini tiada sesiapa pun yang menerima apa-apa daripada khazanah tersebut. Pertama, surah al-Fatihah, kedua, ayat al-Kursi, ketiga, ayat-ayat akhir daripada surah al-Baqarah dan keempat, surah al-Kausar." Hadrat Hasan Basri Rahimahullah Ta 'ala meriwayatkan satu sabdaan Rasulullah saw yang berbunyi, "Seorang yang membaca surah al-Fatihah adalah seumpama seorang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran yang mulia."
_
Adalah diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Iblis meraung-raung sambil melumur seluruh kepalanya dengan debu apabila berlaku empat peristiwa: pertama apabila dia dilaknat, kedua apabila dia dicampak keluar dari syurga ke dunia, ketiga apabila Nabi Muhammad saw dianugerahkan dengan kenabian dan keempat apabila surah al-Fatihah diturunkan.
_
Diberitakan daripada Hadrat Sya'bi Rahimahullah Ta 'ala, bahawa pada satu ketika seorang datang kepadanya dan mengadu tentang buah pinggangnya yang sakit. Hadrat Sya'bi Rahimahullah Ta 'ala menasihatinya supaya membaca Asas ul-Quran dan menghembuskan pada tempat yang sakit. Apabila ditanya apakah makna Asas ul-Quran? Hadrat Sya'bi Rahimahullah Ta 'ala menjawab, "Surah al-Fatihah." Ditulis bahawa antara amalan para masyaikh yang mujarab ialah surah al-Fatihah dan surah ini juga sebagai Ism ul-A 'zam yang sepatutnya dibaca untuk memohon apa-apa hajat. Terdapat dua cara pembacaan surah al-Fatihah. Pertama, membaca surah al-Fatihah di antara solah sunat dan solah fardu subuh sebanyak empat puluh satu kali selama empat puluh hari. Huruf 'م' 'mim' dalam 'بسم اللّٰه' 'Bismillah' hendaklah dibaca bersambung dengan 'ل' 'lam' dalam 'الحمد للّٰه' 'al-hamdu lillah'. Segala hajat insya Allah akan tertunai. Sekiranya menghadapi apa-apa penyakit atau terkena sihir hendaklah membaca surah ini dan dihembuskan ke dalam air lalu diminum.
_
Cara kedua ialah dengan membaca surah ini sebanyak tujuh puluh kali di antara solah sunat dan fardu subuh pada hari Ahad yang pertama pada permulaan bulan Islam. Pembacaan cara ini tidak perlu disambungkan 'م' 'mim' Bismillah dengan 'ل' 'lam' Alhamdulillah. Selepas itu perlu dibaca pada waktu yang sama dengan bilangan bacaan dikurangkan sebanyak sepuluh kali pada setiap hari sehingga hari yang ke tujuh. Sekiranya hajat seseorang telah tertunai pada bulan pertama maka bertuahlah orang itu. Sekiranya tidak maka hendaklah diulangi dengan melakukan amalan yang sama pada bulan kedua dan ketiga.
_
Surah ini boleh juga ditulis pada pinggan tembikar dengan menggunakan air mawar yang dicampur kasturi atau za'faran (koma-koma), kemudian tulisan itu dilarutkan dengan air lalu diminum oleh pesakit selama empat puluh hari. Ini adalah cara pengubatan yang mujarab kepada seseorang pesakit yang telah lama menderita sesuatu penyakit. Membaca surah ini sebanyak tujuh kali dan menghembus kepada pesakit juga merupakan salah satu cara pengubatan bagi sakit gigi, pening kepala dan sakit perut. (Semua perkara ini secara ringkasnya dipetik daripada kitab Mazahir ul-Haq.)
_
Dalam kitab Sahih Muslim terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas ra bahawa pada suatu ketika Rasulullah saw sedang duduk bersama kami. Baginda saw bersabda, "Di langit telah dibukakan satu pintu yang belum pernah dibuka sebelum ini. Dari pintu itu turun satu malaikat yang belum pernah diturunkan sebelum ini. Malaikat itu berkata kepadaku, "Terimalah satu berita gembira mengenai dua nur yang belum pernah diberikan kepada sesiapapun sebelum ini, pertama ialah surah al-Fatihah dan kedua ialah tiga ayat terakhir daripada surah al-Baqarah." Kedua-dua ini disebut sebagai nur kerana pada hari kiamat kedua-dua ini akan berada di hadapan pembaca ayat-ayat itu (menerangi jalan mereka.)"

Sumber: Kitab Fadilat Amal, tajuk Fadilat Al-Quran (Hadis 1, bahagian 2)

Instagram:
https://www.instagram.com/tahfiz_almunawwarah/

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍFadilat Al-QuranSayyidina 'Ali ra berkata ba...
15/05/2020

‎اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Fadilat Al-Quran

Sayyidina 'Ali ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa membaca al-Quran lalu menghafalkannya dan menghalalkan apa-apa yang halal dalamnya dan mengharamkan apa-apa yang haram dalamnya akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah swt dan Allah swt akan menerima syafaatnya yang diberi kepada sepuluh orang daripada ahli rumahnya yang kesemua mereka telah wajib memasuki neraka." (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)

Keterangan

Sememangnya setiap orang mukmin insya Allah akan memasuki syurga, walaupun setelah menanggung segala azab akibat daripada amalan-amalannya yang buruk. Namun, kelebihan untuk para hafiz ini adalah mereka akan terus dimasukkan ke dalam syurga. Sepuluh orang yang akan menerima syafaat daripada seseorang hafiz adalah daripada orang Islam yang fasik dan fajir yang banyak berbuat dosa besar. Ini adalah kerana sememangnya tiada sebarang syafaat untuk orang kafir. Allah swt berfirman,

"Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah swt dengan sesuatu yang lain maka sesungguhnya Allah swt mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiada sebarang penolong bagi orang yang berlaku zalim." (al-Maa'idah: 72)

Di tempat yang lain Allah swt berfirman,

"Tidaklah dibenarkan bagi Nabi saw dan orang yang beriman meminta ampun bagi orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang musyrik itu adalah ahli neraka." (at-Taubah: 113)

Terdapat juga ayat-ayat lain yang semakna dengan ayat di atas. Ayat-ayat al-Quran dengan jelas mengatakan bahawa tiada keampunan untuk orang musyrikin. Oleh kerana itu, syafaat daripada para hafiz adalah khas untuk orang Islam yang pasti akan memasuki neraka kerana perbuatan-perbuatan maksiat mereka.

Mereka yang inginkan keselamatan daripada neraka tetapi mereka sendiri tidak hafiz dan tidak dapat mengingati al-Quran, patutlah sekurang-kurangnya menjadikan salah seorang daripada keluarga terdekat mereka seorang hafiz. Melalui keberkatan hafiz tersebut, mereka juga akan terpelihara daripada balasan seksaan akibat amalan-amalan mereka yang buruk.

Betapa besar nikmat Allah swt ke atas seseorang yang bapanya, bapa saudara dan datuknya, sama ada sebelah bapa atau ibu, semuanya hafiz al-Quran.'¹

'Ya Allah, tambah dan tambahkanlah lagi nikmat-Mu.'

¹Keadaan ini terjadi kepada pengarang ini sendiri.

Sumber: Kitab Fadilat Amal, tajuk Fadilat Al-Quran (Hadis ke 13)

Instagram:
https://www.instagram.com/tahfiz_almunawwarah/

Address

Maahad Tahfiz Darul Uloom Al Munawwarah, Masjid Lama, Kg Punggai
Pengerang
81620

Telephone

+601129005796

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Darul Uloom Al'munawarrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Darul Uloom Al'munawarrah:

Shortcuts

Share