SK Pengerang

SK Pengerang SK PENGERANG TS25 8.0 Official
Jalan Tanjung Pengelih,81600,Pengerang,Johor Darul Ta'zim.

Bantuan Bilik Guru oleh Kerajaan Johor. Terima kasih YAB Menteri Besar Johor ats sumbangan yang diberikan.
28/04/2026

Bantuan Bilik Guru oleh Kerajaan Johor. Terima kasih YAB Menteri Besar Johor ats sumbangan yang diberikan.

15/04/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🌹

Dengan rasa hormat dan hiba, dimaklumkan bahawa perkhidmatan Cikgu Mohd Razi bin Marikin sebagai Guru Besar SK Pengerang telah berakhir pada 15 April 2026.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat.

Terima kasih, cikgu… jasamu akan sentiasa dikenang 🤍

Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Alhamdulillah.Mesyuarat Agung PIBG SK Pengerang Kali Ke-52 menjadi detik yang pen...
11/04/2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah.

Mesyuarat Agung PIBG SK Pengerang Kali Ke-52 menjadi detik yang penuh makna, bersejarah dan akan menjadi kenangan buat kita semua. Mesyuarat kali ini juga telah dihadiri oleh wakil dari PPD Kota Tinggi bagi memberikan taklimat pengoperasian SK Pengerang kepada ibu bapa. Bersama-sama dengan mesyuarat pada hari ini, pihak sekolah juga telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya.

Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 52 ini merupakan yang terakhir sebelum sekolah ini melabuhkan tirainya secara rasmi bermula 1 Jun 2026. Segala jasa, pengorbanan dan kebersamaan antara warga sekolah serta ibu bapa akan sentiasa terpahat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang tenaga, idea dan sokongan sepanjang perjalanan SK Pengerang. Semoga segala kenangan indah yang tercipta menjadi inspirasi untuk masa hadapan.

1958-2026 🫡🌷

Selamat Datang ke SKP!Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Pengerang dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran guru baharu...
08/04/2026

Selamat Datang ke SKP!

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Pengerang dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran guru baharu, Cikgu Nor Hidatul Akma binti Ismail (Guru Pendidikan Khas Gred DG9).

Semoga kehadiran cikgu dapat memperkukuhkan lagi kecemerlangan sekolah serta memberi inspirasi kepada anak-anak didik. Selamat menjalankan tugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SK Pengerang 🤝

Ikhlas daripada,
Warga SK Pengerang 💙

Selamat maju jaya buat Cikgu Sahibul Amin, Cikgu Heamah dan Ustaz Muaz. Terima kasih atas segala jasa dan budi yang dicu...
08/04/2026

Selamat maju jaya buat Cikgu Sahibul Amin, Cikgu Heamah dan Ustaz Muaz. Terima kasih atas segala jasa dan budi yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di SK Pengerang.

Padi menguning di bendang sawah,
Dipetik orang di hujung hari,
Meskipun jauh membawa arah,
Kenangan indah tetap di hati.

19/03/2026
19/03/2026
🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙Maaf Zahir & Batin buat seluruh warga sekolah yang dikasihi.Semoga Aidilfitri kali ini...
19/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨🌙

Maaf Zahir & Batin buat seluruh warga sekolah yang dikasihi.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua. Dalam kegembiraan menyambut Syawal, marilah kita saling bermaafan dan menghargai setiap kenangan yang telah kita lalui bersama.

Selamat Hari Raya, hati-hati di jalan raya. 💚

Ikhlas daripada,
Guru Besar & seluruh warga sekolah


Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SK Pengerang yang telah berjaya memperolehi Sijil Antarabangsa Gemini ...
06/03/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SK Pengerang yang telah berjaya memperolehi Sijil Antarabangsa Gemini Certified Educator & Sijil Antarabangsa Google Certified Educator Level 1 & Level 2.

Pengiktirafan ini bukan sekadar sijil profesional, malah merupakan penanda aras keupayaan warga SK Pengerang untuk menguasai literasi kecerdasan buatan, pemikiran berasaskan data dan kompetensi digital yang selari dengan visi dan misi Dasar Pendidikan Digital. Kejayaan ini memperlihatkan kesediaan warga SK Pengerang untuk mengintegrasikan teknologi generatif dalam PdP serta memperkukuh ekosistem pembelajaran abad ke-21 secara lebih mampan dan berimpak.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Pengerang dalam memperkukuh amalan pedagogi digital dan meneruskan agenda transformasi pendidikan.



05/03/2026

TAHNIAH, 500 BUAH SEKOLAH NEGERI JOHOR ATAS PENCAPAIAN 100% SIJIL ANTARABANGSA GEMINI CERTIFIED EDUCATOR!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga pendidikan dari 500 sekolah seluruh negeri Johor yang telah berjaya memperolehi Sijil Antarabangsa Gemini Certified Educator!

Pengiktirafan ini bukan sekadar sijil profesional, malah merupakan penanda aras keupayaan warga pendidikan negeri Johor untuk menguasai literasi kecerdasan buatan (AI), pemikiran berasaskan data dan kompetensi digital yang selari dengan visi dan misi Dasar Pendidikan Digital. Kejayaan ini memperlihatkan kesediaan warga pendidikan negeri Johor untuk mengintegrasikan teknologi generatif dalam PdP serta memperkukuh ekosistem pembelajaran abad ke-21 secara lebih mampan dan berimpak.

Layari laman rasmi pensijilan Google di
https://educertifications.google/

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua sekolah dan guru negeri Johor dalam memperkukuh amalan pedagogi digital dan meneruskan agenda transformasi pendidikan.











Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

Address

Jalan Tanjung Pengelih
Pengerang
81600

Telephone

+6078252428

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Pengerang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Pengerang:

Shortcuts

Share