07/06/2023
Imbas kembali aktiviti 20 Mei 2023
Mesyuarat Agong Tahunan PIBG Kali ke 32 pada tahun 2023. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Esam bin Haji Noh, Ketua Kampung, Kampung Punggai. Turut hadir sama dalam mesyuarat kali ini Encik Zamzure bin Yusop, Pegawai Affiliasi SK Punggai, Encik Norhisham bin Bohari, YDP PIBG SK Punggai serta Puan Noor Hasimah Binti Saharan, Guru Besar yg merangkap Penasihat PIBG SK Punggai.
Pelantikan baru Ahli Jawatankuasa PIBG SK Punggai bagi sesi 2023/2025 juga dibuat pada mesyuarat kali ini. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada AJK baru yang telah dilantik. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada barisan AJK 2021/2023 yang telah sama-sama menyumbang bakti sepanjang sesi lantikan. Terima kasih juga kepada semua warga SK Punggai & ibubapa yg hadir.