SRI Islah Pendang

Call Directions Website Contact the school

SRI Islah Pendang Ke arah melahirkan generasi berilmu, beramal, berakhlak dan sedia berkhidmat kerana Allah

15/07/2026

Permohonan Kemasukan Sesi 2027 di SRI Islah Pendang bagi murid Tahun 1 (6 dan 7 tahun) dan murid PRA (5 & 6 tahun) MASIH dibuka.
Imbas QR Code untuk link pendaftaran atau terus ke link https://app.smap.my/reg/15163406 . Sebarang pertanyaan boleh hubungi +604-7593087 (pejabat).

Alhamdulillah selesai sudah Peperiksaan SPI 2026 hari ini. Doakan kejayaan anak-anak SRI Islah Pendang SPI 2026. Terima ...
13/07/2026

Alhamdulillah selesai sudah Peperiksaan SPI 2026 hari ini. Doakan kejayaan anak-anak SRI Islah Pendang SPI 2026. Terima kasih buat semua guru yang membantu sepanjang peperiksaan dan sebelum peperiksaan. Solat sunat selepas habis Peperiksaan SPI.

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا."Ya Allah, tiada s...
07/07/2026

اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا.

"Ya Allah, tiada sesuatu yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikan mudah. Engkau juga mampu menjadikan segala yang sukar itu mudah apabila Engkau menghendakinya."

Ya Allah, kurniakanlah kepada anak-anak kami kefahaman yang baik, ingatan yang kuat, hati yang tenang dan fikiran yang cerdas ketika menjawab peperiksaan. Permudahkan segala urusan mereka, ilhamkan jawapan yang tepat, serta anugerahkanlah keputusan yang cemerlang dan diberkati. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah, berilmu, beriman serta berakhlak mulia.

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan yang terbaik kepada semua calon SPI Tahun 6 SRI Islah Pendang . Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal. Kami semua mendoakan kejayaan kalian. Semoga berjaya!

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Merafak Sembah Serta Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sal...
04/07/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah Serta Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman Dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman Bersempena Dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-84 Pada 5 Julai 2026 Bersamaan 19 Muharram 1448H.

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.

Sembah takzim dari warga SRI Islah Pendang

Majlis Baccan Yasin dan Solat Hajat bagi Peperiksaan Sijil Islam (SPI) 2026.Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha ...
04/07/2026

Majlis Baccan Yasin dan Solat Hajat bagi Peperiksaan Sijil Islam (SPI) 2026.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, permudahkanlah urusan anak-anak SRI Islah Pendang kami yang akan menghadapi peperiksaan. Kurniakanlah kepada mereka ketenangan hati, kecerdasan fikiran, kekuatan mengingat segala ilmu yang telah dipelajari serta ilham untuk menjawab setiap soalan dengan tepat. Jauhkanlah mereka daripada rasa gelisah, takut dan putus asa. Limpahkanlah kejayaan yang cemerlang serta jadikanlah ilmu yang dipelajari bermanfaat di dunia dan di akhirat. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

Semoga kalian semua dipermudahkan urusan, diberikan keputusan yang membanggakan serta menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia dan berjaya pada masa hadapan. Selamat menduduki peperiksaan. Berikan yang terbaik!

Majlis Sambutan Maah Hijrah 1448H Peringkat SRI Islah Pendang "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati".Pelbagai aktiviti menar...
04/07/2026

Majlis Sambutan Maah Hijrah 1448H Peringkat SRI Islah Pendang "MADANI Dihayati, Ummah Diberkati".

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti Ceramah Maal Hijrah, Kuiz Spontan, Mewarna Pra dan Tahap 1 serta Rekacipta Replika masjid bagi Tahap 2.

Tahniah kepada semua pemenang.

Tokoh Maal Hijrah Lelaki: Muhammad Ammar Zahin
Tokoh Maal Hijrah Perempuan: Siti Nur Najihatus Solehah.
Tokoh Pra: Faiz Hamdy
Tokoh Pra: Adneen Adawiyah

Kejohanan Memanah Terbuka Kedah Siri 1. Dua orang murid SRI Islah Pendang yang mewakili ASAC As-Syafie Archery Club Pend...
01/07/2026

Kejohanan Memanah Terbuka Kedah Siri 1.
Dua orang murid SRI Islah Pendang yang mewakili ASAC As-Syafie Archery Club Pendang telah menjadi terbaik 10.

Tahniah diucapkan kepada:
Muhammad Aqil - no 6 individu lelaki (L12)
Ayra - no 7 individu perempuan (P10)

Majlis Iftifal Ilmi Sekolah-Sekolah Rendah Islam  (MISSRI) Tahun 2026 peringkat Negeri. Tahniah diucapkan kepada :Nur Al...
01/07/2026

Majlis Iftifal Ilmi Sekolah-Sekolah Rendah Islam (MISSRI) Tahun 2026 peringkat Negeri.

Tahniah diucapkan kepada :

Nur Alyssa ~tempat ke-3 Jawi(P)
Muhammad Ariq Fayyard ~ tempat ke-3 Jawi (L).

Syabas kepada semua yang mewakili SRI Islah Pendang samada di peringkat Zon mahupun Negeri.

Terima kasih kepada semua guru-guru yang melatih dan membantu anak-anak sehingga berjaya mewakili sekolah.

Tahniah dan syabas kepada semua atlet olahraga yang telah berjaya menyertai Kejohanan MSSD Pendang. Penyertaan anda buka...
25/06/2026

Tahniah dan syabas kepada semua atlet olahraga yang telah berjaya menyertai Kejohanan MSSD Pendang. Penyertaan anda bukan sahaja menunjukkan semangat juang yang tinggi, malah membuktikan keberanian, disiplin dan kesungguhan dalam membawa nama SRI Islah Pendang . Anda semua adalah kebanggaan sekolah!

Dan semestinya Tahniah kepada:

💐Ammar Zahin - Pingat Perak🥈 dalam acara 🏃200m (L12).
💐 Muhammad Ziyad - No 6 Lontar Peluru (L12)
💐Syafia Dayana - No 7 Lompat Jauh (P10)

Tidak dilupakan kepada GPK Ko-Kurikulum, Pengurus, Jurulatih dan semua guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Address

Pendang
06700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRI Islah Pendang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRI Islah Pendang:

Shortcuts

Share