Pondok Ar Rahmaniah Guar Kepayang

Pondok Ar Rahmaniah Guar Kepayang Page rasmi pondok Ar Rahmaniah ( Pondok Tok Guru Haji Man) Guar Kepayang

17/08/2026

Live streaming of Mohammad Yusof

Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman terkenal semasa hidupnya sebagai salah seorang tuan guru yang sangat tahqiq dalam ...
12/05/2026

Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman terkenal semasa hidupnya sebagai salah seorang tuan guru yang sangat tahqiq dalam kefahaman ilmu Tawhid warisan ulama al-Asy'ari dan al-Maturidi.

Antara anak murid beliau yang mewarisi kefahaman ilmu Tawhid melalui jalur beliau dan meneruskan khidmat mengajar ialah Tuan Guru Haji Suhaimin (Pak Long Mie) dan Tuan Guru Ahmad Ridoudin.

Bantulah jawatankuasa pondok untuk suburkan pengajian ilmu agama dan amal ibadah warisan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan lebih sempurna di Surau Pondok al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Guar Kepayang, Pendang, Kedah.

Antara wasiat al-Marhum Tuan Guru, "Hal ehwal dunia sekarang sudah terbalik kuang. Kelakuan jantan jadi kelakuan betina dan betina jadi kelakuan jantan. Pada hal kelakuan yang semacam ini sangat-sangatlah ditegah pada agama kita. Dan juga pakaian-pakaian kita sendiri ditinggalkan, pakaian orang asing diambilkan. Punca-punca atau sebab-sebab yang boleh jadi begitu ialah dengan sebab jahil kita perkara-perkara agama atau pun meringan-ringan kita kepada belajar agama. Sekiranya jika kita tak pakat-pakat fikir boleh jadi hilang ilmu agama kita."

*Tolong sebarkan iklan ini. Mudah-mudahan tuan/puan mendapat ganjaran pahala berganda insya Allah.

Mafhum dari Hadis Nabi SAW, "Barangsiapa menunjuk di atas kebaikan, seperti dia mengerjakan, jika seseorang itu mengamalkan apa yang ditunjuk, maka pahala akan sampai kepada orang yang menunjuk."

Barakallahufikum

"๐Œ๐ž๐ฆ๐ž๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ซ๐š ๐ค๐ž๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ž๐ง๐š๐ง ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฆ๐ž๐ญ๐จ๐๐ž ๐ญ๐š๐ฅ๐š๐ช๐ช๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ง๐š๐."

Admin
TALAQQI

Sekdar tahadus ni'mah. Syukur alhamdulillah, papan biodata Tuan Guru Haji Abdul Rahman di pusara sudah siap dipasang. Pa...
04/03/2026

Sekdar tahadus ni'mah.

Syukur alhamdulillah, papan biodata Tuan Guru Haji Abdul Rahman di pusara sudah siap dipasang.

Papan sebelum ini sudah rosak dan diganti baru.

Terima kasih Tuan Guru Ustaz Muhadir Haji Joll -Penasihat Syariah Galeri Ilmu atas sumbangan .

Mudahan dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu.

Alhamdulillah, hari ini Ustaz Muhadir Haji Joll -Penasihat Syariah Galeri Ilmu menziarahi pusara Tuan Guru Haji Abdul Ra...
05/02/2026

Alhamdulillah, hari ini Ustaz Muhadir Haji Joll -Penasihat Syariah Galeri Ilmu menziarahi pusara Tuan Guru Haji Abdul Rahman Guar Kepayang dan pusara Almarhum Syeikh Hj Samah atau maaruf dengan pangilan Tok Bagha al-Fathani (moyang) kepada Tg Hj Abd Rahman Guar Kepayang .

Tuan Guru Ust Muhadir sudi membaca tahlil khas kepada almarhum Tuan guru.

Address

Pondok Kg Bahagia , Mukim Guar Kepayang
Pendang
06700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Ar Rahmaniah Guar Kepayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share