Madrasah Minhajul Qawim

Madrasah Minhajul Qawim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Madrasah Minhajul Qawim, School, Kampung Bukit Jagung, pendang, Pendang.

Di manakah tahapan kita dlm martabat ahli ilmu seperti yg ditakrifkan oleh Syeikh Baijuri :- mubtadi' (pemula) , mutawas...
29/01/2026

Di manakah tahapan kita dlm martabat ahli ilmu seperti yg ditakrifkan oleh Syeikh Baijuri :- mubtadi' (pemula) , mutawassith (pertengahan) , muntahi (penghabisan)?

Disebut di dalam hasyiah As-Syeikh Ibrahim Al-Baijuri (secara ringkasnya)

1. Mubtadi itu yaitu mereka yg belum mampu untuk menggambarkan masalah.
2. Mutawassith yaitu mereka yg berkemampuan menggambarkan masalah sedangkan tidak mampu mendirikan dalil atas masalah tersebut.
3. Muntahi yaitu mereka yg mampu atas menggambarkan masalah dan boleh mendirikan (mendatangkan) dalil atas masalah tersebut.

Ditambah lagi

4. Mujtahid Fatwa - mereka yg mampu untuk mentarjih pendapat para ulama dlm mazhab seperti An-Nawawi & Ar-Rafi'e
5. Mujtahid Mazhab - mereka yg mampu untuk istinbat (keluarkan hukum) cabang masalah drpd qawaid (qaedah-qaedah/aturan) imamnya (sohibul mazhab)
6. Mujtahid Mutlaq - mereka yg mampu istinbat segala hukum hakam bersumberkan langsung dari kitab(Al-Quran) dan Sunnah (Hadith)

Berita gembira buat para pencinta ilmu & mereka yg hendak mendalami ilmu tapi tak tahu nak mula dari mana , pihak madrasah mengalu-alukan penyertaan kalian 😊

Mungkin disebabkan permulaan ini Allah buka pintu kefahaman dalam agama khususnya Mazhab As-Syafie , dapat memahami teks kitab arab karangan para ulama silam.

Dawrah ini adalah langkah pertama kalian & seterusnya lebih memahami dgn lebih mendalami ilmu2 agama secara terperinci.

Tempat tinggal , makan , minum sahur & berbuka di tanggung sepenuhnya pihak madrasah.

15 orang terawal daftar percuma tiada sebarang pembayaran yuran 😊

Link di bawah untuk pengetahuan πŸ‘‡πŸ»

http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan
http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan

Antara tanda orang yang tidak/sedikit mengingati mati adalah orang yg panjang angan-angannya utk memiliki sesuatu yg bel...
26/01/2026

Antara tanda orang yang tidak/sedikit mengingati mati adalah orang yg panjang angan-angannya utk memiliki sesuatu yg belum dia dapat.

Sentiasa memikirkan sesuatu yg tiada & rasa boleh dapat akannya.

Sentiasa rasa tidak cukup dgn apa yg sudah dia ada di tangannya & dimiliki.

Bila sudah memiliki , rasa ingin tambah & tambah lagi sedangkan apa yg sudah ada di tangannya belum lagi habis digunakan.

Lain p**a halnya mereka yg selalu mengingati mati. Sentiasa bertambah amalnya.

Istighfar & taubat setiap harinya takut jika terlupa utk dilakukan bahkan bersegera melakukan taubat.

Inilah yg disebut oleh Al-Allamah Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathoni di dalam kitabnya Kasyful Ghummah.

"Kata setengah ulama' barangsiapa membanyakkan menyebut mati dimuliakan dgn 3 perkara :-

1. Segera mengerjakan taubat
2. Memada hatinya dgn barang yg ada padanya
3. Rajin ia mengerjakan ibadah

"Dan barang siapa lupa akan mati diseksa dgn 3 perkara :-

1. Melupakan taubat
2. Tiada redha dgn barang yg ada padanya
3. Segan (malas) mengerjakan ibadah.

Sebab itu jika kita banyak mengeluh , merungut sentiasa rasa tak cukup , perbanyakkanlah mengingati mati. Jika esok kita mati beras (rezeki) yg Allah dh bagi hari ni belum tentu habis sedangkan kita sudah mati 😊

Lebih malang lagi kita sibuk perbesarkan rumah , belum sempat rumah siap ikut nafsu kita design begian2 , mati dulu sampai sblm rumah siap 😊

Alangkah malangnya diri lupa & lalai dr mengingati mati.

Berita baik buat penggemar ilmu yg ingin merasai pengalaman mengaji kitab secara mendalam & halus , pihak madrasah menganjurkan dawrah Ramadhan tahun ini bermula 1 ramadhan sehingga 27 Ramadhan.

3 buah kitab akan dibacakan sehingga khatam baris demi baris , helaian demi helaian tanpa tebuk/tuang/skip spya tidak terlepas butiran2 emas & huraian yg terperinci dr para pengarang kitab.

Tak pernah mengaji kitab , tak pernah kenal kitab boleh mengaji ke?

Boleh. Tiada masalah. Siapa tahu ini adalah titik permulaan anda utk mula menyelami lautan ilmu para ulama terdahulu.

Link untuk pendaftaran di bawah πŸ‘‡πŸ»

Makan minum sahur berbuka disediakan sepenuhnya pihak madrasah. Tempat tinggal free. Tinggal mai mengaji shja 😊

http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan
http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan

Sudah bercucu cicit masih belum tahu hukum hakam darah haidh , istihadah dll?Tidak usah kita pergi ke kitab2 tebal besar...
23/01/2026

Sudah bercucu cicit masih belum tahu hukum hakam darah haidh , istihadah dll?

Tidak usah kita pergi ke kitab2 tebal besar sedangkan risalah/kitab kecil sebenarnya sudah ada dirungkaikan sebahagian masalah darah wanita.

Berapa ramai wanita di luar sana faham selama mana keluar darah dalam tempoh nifas 60 hari 60 malam maka sekaliannya itu ialah nifas.

Sedangkan boleh jadi darah itu jadi haidh.

Lihat sahaja di dalam hidayatus sibyan karangan Tuan Hussein Kedah berketurunan Banjar hanya 36 muka surat shja.

Katanya

" Dan demikian lagi darah yg keluar ia (darah) kemudian drpd sebanyak-banyak nifas (60 hari serta malamnya) jika menyelangi antara sebanyak-banyak nifas dan darah itu oleh (tempoh) suci jikalau tiada sampai ia (tempoh suci) 15 hari sekalipun maka iaitu darah haidh jua "

Jika kita kembali kpd kaedah asal , tempoh antara 2 darah itu adalah sekurang-kurangnya 15 hari suci tetapi di sini katakanlah 60 hari keluar darah non-stop slps bersalin , hari ke 61 slps bersalin tak keluar darah 3 hari sahaja (suci tak sampai 15 hari) lepas dari 3 hari itu keluar darah maka darah itu dihukum haidh. Bukan istihadah.

Sedangkan kaedah biasa kita dengar ialah tempoh sekurang-kurang suci itu adalah 15 hari serta malamnya.

Tetapi tidak utk masalah di atas.

Berita baik buat pencinta ilmu yg ingin merasai pengalaman mengaji kitab secara mendalam & halus , pihak madrasah menganjurkan dawrah Ramadhan tahun ini bermula 1 ramadhan sehingga 27 Ramadhan.

3 buah kitab akan dibacakan sehingga khatam baris demi baris , helaian demi helaian tanpa tebuk/tuang/skip spya tidak terlepas butiran2 emas & huraian yg terperinci dr para pengarang kitab.

Tak pernah mengaji kitab , tak pernah kenal kitab boleh mengaji ke?

Boleh. Tiada masalah. Siapa tahu ini adalah titik permulaan anda utk mula menyelami lautan ilmu para ulama terdahulu.

Link untuk pendaftaran di bawah πŸ‘‡πŸ»

Makan minum sahur berbuka disediakan sepenuhnya pihak madrasah. Tempat tinggal free. Tinggal mai mengaji shja 😊

http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan
http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan

Dipetik dr nota kaki (pengedar kitab) dr hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri ke atas Fathul Qarib."Ilmu itu terkadang dipe...
14/01/2026

Dipetik dr nota kaki (pengedar kitab) dr hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri ke atas Fathul Qarib.

"Ilmu itu terkadang diperoleh atas jalan kasb (usaha seperti kebanyakan penuntut ilmu dgn rajin & mujahadah dlm menuntut ilmu) atau dgn jalan limpahan dr Tuhan iaitu ilmu laduni (tanpa usaha)"

Bagi mereka yg tidak percaya & sangsi pada cara bolehnya terhasil ilmu dgn jalanan ilmu laduni boleh scroll terus ke bawah 😊

"Disebut dalam karya agung imam ghazali ihya' Ulumuddin : dan adalah abu yazid dan lainnya berkata : tiadalah org alim itu yg menghafaz drpd kitab , apabila dia lupa apa yg dihafaz jadilah dia jahil , hanyasanya alim itu orang yg dapat ilmunya itu drpd Tuhannya dprd mana2 waktu yg dikehendaki tnpa perlu dihafaz dan tanpa belajar/pengajian. Dan inilah alim rabbani yg sebenar dan kpdnya mengisyarat dgn firman Allah و ΨΉΩ„Ω…Ω†Ψ§Ω‡ Ω…Ω† Ω„Ψ―Ω†Ψ§ ΨΉΩ„Ω…Ψ§ (dan kami ajarkan akannya dr sisi kami akan suatu ilmu) serta bahawa tiap2 ilmu itu dr sisinya akan tetapi sesetengah ilmu itu dgn perantaraan belajar dgn makhluk (manusia) maka itu tidak dinamakan ilmu laduni"

Pada pandangan lemah admin , tidak dinafikan sesetengah manusia Allah kurniakan limpahan ilmu walaupun tanpa usaha atas banyak faktor.

Doa dr para leluhur orang terdahulu nenek moyang mendoakan zuriat keturunan jadi org yg soleh & alim.

Tetapi kita sebagai manusia biasa awam , berharap itu tidak salah tetapi jangan lupa untuk berpijak pada bumi yg nyata.

Mengharap syurga tanpa beramal dgn ikhlas? Mengharap diharamkan dr api neraka tanpa menjaga batas syariat? Mengharap anak tanpa perkahwinan?

Kita masih pada tahap manusia kebiasaan. Usaha adalah jalanan kita untuk menghasilkan sesuatu yg dimaksudkan.

Tidak dinafikan juga ada yg mengaji 5 tahun 10 tahun , mengaji kitab bersungguh-sungguh tetapi tidak juga berhasil ilmu & kefahaman. Itu semua adalah iradah Allah.

Ada org mengaji 1 tahun 2 tahun dah boleh baca kitab arab , 5 tahun belajar sudah faham ibarat kutub ulama yg besar2. Semua itu adalah limpahan kurnia & rahmat drpd Allah atas mereka yg dikehendaki 😊

Kerja kita sebagai hamba apa? Teruskan buat kerja hamba , usaha , usaha & usaha. Setiap usaha yg kita berhempas p**as akan dibalas oleh Allah tanpa disia-siakan. Tak jadi alim pun takpalah. Asalkan terus mengaji 😊

Berbaki 34 hari shja lagi kita akan menuju Ramadhan. Dawrah Ramadhan anjuran Madrasah Minhajul Qawim dipimpin oleh mudir TG Ustaz Azhar.

3 kitab akan dibaca sehingga khatam bermula 1 Ramadhan hingga 27 Ramadhan. Bonus jika khatam awal Mudir akan baca kitab faraid atau falaq.

Berdasarkan pengalaman dawrah sblm2 ni 3 kitab akan habis 4-5 hari awal.

Makan minum sahur berbuka & tempat tinggal disediakan. Tinggal mai mengaji ja. Link pendaftaran di bawah πŸ‘‡πŸ»

http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan
http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan

Seberapa telitikah para ulama silam dalam menghukumi & merangka sesuatu hukum?Kita lihat pada permasalah solat di dalam ...
13/01/2026

Seberapa telitikah para ulama silam dalam menghukumi & merangka sesuatu hukum?

Kita lihat pada permasalah solat di dalam masjid/surau atau pada ruang tempat yang luas.

Antara keadaan yg admin perasan pada masyarakat kita umumnya , mereka rajin solat sunat itu bagus tetapi apabila hendak melakukan solat sunat , para jemaah gemar & s**a pergi ke bahagian belakang masjid dan solat di saf paling belakang.

Hal ini pada pandangan admin , agak menyukarkan kpd jemaah lain yg ada hajat / sesuatu urusan yg perlu diutamakan untuk melalui , melintas kpd 1 laluan shja utk pergi ke tmpt tersebut.

Admin sendiri ketika mengaji di Kelantan , lihat tok2 guru bila solat sunat mereka akan pergi saf paling hadapan sekali untuk solat sunat.

Paling tidak pun para guru akan solat sunat di belakang tiang.

Apakah ini bertepatan kehendak syara'?

Kita lihat perbahasan ini di dalam kitab sabilal muhtadin karangan Allamah Syeikh Arsyad Al-banjari pada bab sutrah.

"DISUNATKAN bagi orang yg bersembahyang MENGHADAP JIDAR(dinding) atau tiang atau barang sebagainya maka jika tiada diperolehnya akan salah 1 drpd yg tersebut itu maka menghadap kpd tongkat yg didirikannya atau mata benda atau barang sebagainya maka hendaklah ia menghadap musolla (bentang sejadah) yg dihamparkannya akan dia"

Kesimp**an yg admin ingin sampaikan , rajin solat sunat itu bagus tetapi beramallah dgn ilmu tanpa menyusahkan orang lain yg ada hajat/keperluan/emergency. Pertama-tama sekali syeikh arsyad dah sebut hadap jidar(dinding) , dinding sudah tentu ada pada saf pertama.

Berita baik buat penggemar ilmu yg ingin merasai pengalaman mengaji kitab secara mendalam & halus , pihak madrasah menganjurkan dawrah Ramadhan tahun ini bermula 1 ramadhan sehingga 27 Ramadhan.

3 buah kitab akan dibacakan sehingga khatam baris demi baris , helaian demi helaian tanpa tebuk/tuang/skip spya tidak terlepas butiran2 emas & huraian yg terperinci dr para pengarang kitab.

Tak pernah mengaji kitab , tak pernah kenal kitab boleh mengaji ke?

Boleh. Tiada masalah. Siapa tahu ini adalah titik permulaan anda utk mula menyelami lautan ilmu para ulama terdahulu.

Link untuk pendaftaran di bawah πŸ‘‡πŸ»

Makan minum sahur berbuka disediakan sepenuhnya pihak madrasah. Tempat tinggal free. Tinggal mai mengaji shja 😊

http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan
http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan

Ilmu yang mungkin tidak dijumpai & diajar di universiti secara terperinci.Kita sedia maklum pembelajaran di universiti a...
11/01/2026

Ilmu yang mungkin tidak dijumpai & diajar di universiti secara terperinci.

Kita sedia maklum pembelajaran di universiti adalah berdasarkan silibus & tidak belajar dari baris ke baris , helaian demi helaian.

Pembelajaran di universiti adalah bersilibus atau bahasa kmpg panggil tebuk-tebuk , tuang-tuang.

Lain bagi aliran pengajian turath seperti pondok atau pengajian tradisional selain pondok/madrasah.

Inilah keistimewaan pengajian turath sehingga selalunya masalah-masalah terpencil dalam pelbagai cabang ilmu , pengajian baris ke baris , helaian demi helaian tanpa teringgal walau sebaris pun pengajian yg masih mengekalkan pembacaan/mengajar dr kulit ke kulit ini selalu jumpa masaail & fawaed yg rare.

Pada pandangan admin yg dhoif ini , kami warga pondok tidak sesekali memandang rendah pada golongan yg mengaji di universiti , ada kelebihan & kekurangannya.

Tetapi jika antum ingin lebih terperinci dalam mencari butiran2 halus yg ulama simpan & kongsikan dalam karangan kitab mereka tidak mesti tidak untuk mendapatkan butiran "emas" berharga tersebut perlu meneliti baris demi baris , helaian demi helaian , p**i demi p**i.

Pasti akan jumpa permasalahan/fawaed rare yg tidak antum jumpa di kuliah2 universiti.

Ini adalah pengalaman admin sendiri yg mana admin dahulu juga belajar di universiti dlm Malaysia juga 😊

Berita baik buat kalian yg ingin mendalami & merasai bagaimana betapa manisnya belajar kitab huruf demi huruf, baris demi baris , helaian demi helaian tanpa tertinggal 1 baris pun , pihak Madrasah Minhajul Qawim menganjurkan dawrah Ramadhan.

In Shaa Allah antum akan jumpa banyak butiran2 berharga dr dada para ulama sehingga sehalus-halus masalah yg tidak dijumpai di universiti.

3 buah kita akan dibaca sepenuhnya & dipimpin oleh mudir TG Ustaz Azhar , lepasan pondok Pasir Tumboh sehingga khatam bermula 1 Ramadhan sehingga 27 Ramadhan.

Makan minum sahur berbuka sepenuhnya disponsor oleh pihak madrasah & masyarakat. Tempat tinggal juga disediakan. Tinggal mai mengaji , merasai & mendalami dunia pengajian kitab turath.

Untuk sebarang pertanyaan & ingin turut serta boleh terus tekan link di bawah untuk pendaftaran.

Sebarkan luaskan pada sahabat2 universiti & wall fb antum πŸ‘‡πŸ»

http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan
http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan

Dawrah Ramadhan tahun2 sebelum ini baba Ya pasti akan dijemput sekali utk pembacaan kutub faraid sesi slps asar.Namun ki...
08/01/2026

Dawrah Ramadhan tahun2 sebelum ini baba Ya pasti akan dijemput sekali utk pembacaan kutub faraid sesi slps asar.

Namun kini Baba Ya kembali ke Rahmatillah sejak pkp tahun 2021.

Seolah-olah sudah ada isyarat lembut bahawa Al-Marhum sudah tidak lama berada di dunia.

Baba Ya bersungguh-sungguh baca kutub faraid kpd peserta dawrah setiap tahun sehingga khatam banyak kutub faraid.

Kini hanya tinggal kenangan. Selagi ada usaha para ustaz yg ingin menabur bakti buat ummat dlm menyampaikan syariat melalui pembacaan kitab sayugianya kita ambil faidah tuan/puan.

Dawrah Ramadhan kali ini & sebelum2 ini dipimpin oleh mudir TG Ustaz Azhar dgn 3 pembacaan kitab sehingga tamat.

Hanya terhad kpd 30 orang shja. Skrg dah ada bbrpa peserta sudah berdaftar.

Makan minum sahur & berbuka semua pihak madrasah sponsor. Tempat tinggal juga disediakan sepenuhnya.

Tinggal mai mengaji 27 hari shja dlm bulan Ramadhan. Hari ke 28 boleh balik kmpg sambut raya. Ayuh kosongkan 27 hari ramadhan utk lebih mendalami kitab2 ulama silam kita sebelum hilang ditelan dek zaman 😊

Utk daftar boleh klik link di bawah πŸ‘‡πŸ»

http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan

Sepanjang admin menuntut ilmu di Kedah dan Kelantan , saya lihat masjid2 di sana setiap subuh hari jumaat akan baca sura...
05/01/2026

Sepanjang admin menuntut ilmu di Kedah dan Kelantan , saya lihat masjid2 di sana setiap subuh hari jumaat akan baca surah sajdah & insan sempurna awal sehingga habis tanpa dipendekkan.

Saya berfikir , di kedah & kelantan tiada orang tuakah yg jd makmum , tidakah yg uzur berkejaran utk hntr anak sekolah & pergi kerja , tiadakah hadap jam dll alasan yg cuba dibuat alasan utk menyuruh imam baca sajdah & insan pendek. Sama shja. Boleh je baca sempurna sajdah & insan subuh jumaat.

Di kedah & kelantan boleh je ikut imam yg baca sempurna sajdah & insan.

Ada yg pertikaikan dgn berbagai alasan.

Dalam sabilal muhtadin ada disebut berkenaan masalah ini.

"SUNAT MENGEKALI atas membawa kedua-dua surah (sajdah & insan) itu pada tiap-tiap subuh jumaat yang LUAS WAKTUNYA dan jika TIADA REDHA SEKALIAN MAKMUM dengannya sekalipun"

Saya fikir , kasihan juga kpd mereka yg menginginkan pahala sempurna sunnah bacaan sempurna sajdah & insan. Sampai bila org yg haloba pada kebaikan terpaksa beralah dgn mereka yg banyak alasan utk memendekkan bacaan sajdah insan subuh Jumaat?

Nak cepat2 habis solat besar sangatkah urusan dunia tu?

Utk penyertaan dawrah Ramadhan, boleh hubungi melalui wasep link di bawah πŸ‘‡πŸ»

Tempat tinggal , makan & minum percuma. Kitab disediakan.

Tinggal mai mengaji sahaja.

http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan

45 hari lagi menuju Ramadhan.Boleh kita buat persiapan awal untuk jadikan Ramadhan masa untuk menimba ilmu sepanjang Ram...
04/01/2026

45 hari lagi menuju Ramadhan.

Boleh kita buat persiapan awal untuk jadikan Ramadhan masa untuk menimba ilmu sepanjang Ramadhan slps 11 bulan berhempas p**as cari rezeki 😊

Berita baik buat pencinta ilmu. Dawrah Ramadhan dianjurkan Madrasah Minhajul Qawim dipimpin oleh TG Ustaz Azhar Mudir Madrasah.

Kitab akan dibaca dr awal helaian demi helaian sehingga khatam selama 27 hari. Berdasarkan pengalaman spnjg buat dawrah semua kitab Alhamdulillah khatam sepenuhnya tanpa tersisa 😊

Tempat tinggal , makan minum sahur semua sudah disediakan. Percuma!

Tinggal mai mengaji shja.

Zaman skrg dah jarang org baca kitab2 kuning. Jika bukan kita siapa lagi penerusnya? Kita lah penerusnya.

Tekan link di bawah utk turut serta dawrah sepanjang Ramadhan ini. Jangan lupa share posting ini pada orang ramai.

http://www.wasap.my/60132719498/saya+berminat+join+dawrah+Ramadhan

Petang ini para pelajar bergotong royong membersihkan 1 pondok warga emas untuk kemas**an terbaru. In Shaa Allah pada 14...
05/08/2025

Petang ini para pelajar bergotong royong membersihkan 1 pondok warga emas untuk kemas**an terbaru.

In Shaa Allah pada 14hb kami akan menerima seorang lagi warga pondok madrasah kami warga emas.

Untuk pondok warga emas berbaki 2 buah rumah sahaja lagi.

*Terkini berbaki 23 orang sahaja lagi kekosongan untuk menjadi sebahagian dari keluarga/pelajar madrasah kami

Sebarang pertanyaan boleh wasap admin 0132719498 atau klik terus link di bawah πŸ‘‡πŸ»

https://bit.ly/40w584a

Ramai anak muda mengeluh , nak beli rumah harga melambong tinggi sampai tak terjangkau gaji bulanan.Bahkan ada yang tak ...
27/07/2025

Ramai anak muda mengeluh , nak beli rumah harga melambong tinggi sampai tak terjangkau gaji bulanan.

Bahkan ada yang tak mampu beli rumah hingga ke usia tua , kalau sewa pun mahal tak cukup hujung bulan dah habis duit.

Sebenarnya ada jalan keluar yang ramai tak perasan & mungkin ramai yang tak sanggup hanya 1 sebab sahaja. Di bawah admin akan kongsikan sebabnya.

Jawapannya, di pondok-pondok madrasah serata Malaysia.

S**a untuk admin berkongsi , sebenarnya duduk di pondok terkadang tak perlu berbayar. Rumah/pondok kelamin(pasangan yang sudah berkahwin) sudah disediakan. Tinggal duduk sahaja.

Ada yang berbayar pon kebanyakan tak sampai rm50 pon sebulan. Ada yang hanya sekadar rm5 - rm15 sahaja.

Ada yang duduk percuma , cuma syaratnya 1 sahaja. Duduk di pondok WAJIB mengikuti pengajian berkitab di madrasah. Itu sahaja.

Inilah keuntungan duduk pondok. Tak perlu bayar mahal-mahal untuk duduk menginap. Rumah/pondok sudah siap untuk diduduki, bahkan ada yang FREE seumur hidup tanpa perlu bayar apa-apa.

Cumanya perlu ikuti pengajian berkitab sahaja. Sudahlah dapat duduk free/bayar tak sampai rm50 bulan-bulan.

Ada pengajian berkitab p**a tu. Nikmat apakah lagi yang lebih besar selain dapat berdamping dengan karangan kitab ulama silam?

Admin percaya ramai di luar sana , rasa sesak bekerja , cari duit tapi terdetik jauh di sudut hati , sampai bila nak lalui situasi serabut macam ni?

Mungkin status ini jawapan & sudah tiba masanya untuk mula kembali kpd Allah setelah sekian lama lalai meninggalkan tuhan 😊

Dimulai dengan tekad untuk berubah & boleh ikuti pengajian berkitab para alim ulama terdahulu di madrasah kami.

Kami menerima tuan/puan atau untuk hantar anak-anak ke Madrasah kami Minhajul Qawim dr pelbagai lapisan masyarakat. Syaratnya keinginan untuk belajar berkitab.

Berbaki 24 sahaja lagi kekosongan untuk kemas**an pelajar.

Sebarang pertanyaan untuk pendaftaran kemas**an madrasah Minhajul Qawim boleh rujuk & wasep link di bawah πŸ‘‡πŸ»

https://bit.ly/40w584a atau wasep di talian +60132719498

SOLAT SETIAP HARI TETAPI TIDAK SAH KERANA JAHIL HUKUM???Ilmu yang jarang & mungkin langsung tidak diajarkan di sekolah-s...
21/07/2025

SOLAT SETIAP HARI TETAPI TIDAK SAH KERANA JAHIL HUKUM???

Ilmu yang jarang & mungkin langsung tidak diajarkan di sekolah-sekolah & universiti secara terperinci melainkan di luar kuliah.

Disebut di dalam risalah pedoman sembahyang jemaah oleh Al-Marhum TG Haji Abdul Rahman (datuk kepada mantan M***i WP Dr Luqman)

Dimaafkan bagi yang mufawiq tetapi tidak dapat sempurnakan fatihah padahal ia sudah dapat masanya itu beberapa sebab.

1. Makmum lambat membaca kerana lemah kejadiannya bukan sebab was-was.

2. Makmum yang syak sebelum ruku' dan kemudian drpd ruku' imamnya , adakah ia sudah baca Fatihah atau belum , maka wajib ia baca sempurna Fatihah

3. Makmum yang lupa drpd baca fatihah hingga ruku' imamnya dan belum lagi ia ruku' maka teringat bahawasanya ia belum lagi baca Fatihah

4. Makmum yang muwafiq yang membimbang ia dgn membaca doa iftitah dan taawwuz maka ruku' imamnya dahulu drpd dapat ia sempurnakan fatihah.

5. Makmum yang sengaja tidak baca fatihah sebab menanti diam imam lepas imam baca fatihah kerana menuntut sunat ia membaca kemudian drpd fatihah imam tiba-tiba tiada berdiri imam bagi saktah diam (berhenti sekejapan) itu hanya selesai fatihahnya terus ruku' imamnya atau baca surah yang pendek tidak sempat makmum membaca fatihah habis.

Maka kelima-lima masalah ini WAJIB MAKMUM MEMBACA FATIHAH SEMPURNA dan diuzur ketinggalan dgn imam hingga 3 rukun yang panjang-panjang, ittifaq tiada khilaf antara ulama' mutakhirrin.

Jika tuan puan ingin mendalami pengajian berkitab berpandukan kitab kuning@turath para alim ulama secara bertalaqqi, pondok adalah satu tempat untuk belajar secara terperinci & mendalam.

Madrasah Minhajul Qawim sedia menerima & dengan luas tangan menyambut kehadiran tuan puan untuk memondok di madrasah kami. Atau tuan puan ingin menghantar anak-anak/ ahli keluarga boleh hubungi kami melalui wasep link di bawah ini.

Tempat tinggal tidak perlu fikir , tinggal mai mengaji sahaja. Tempat tinggal sudah disediakan

Klik di sini untuk jadi sebahagian dr ahli pondok Madrasah kami 😊 tiada had umur untuk masuk ke madrasah kami. Klik link di bawah ini πŸ‘‡πŸ»

https://bit.ly/40w584a

Address

Kampung Bukit Jagung, Pendang
Pendang

Telephone

+60195474984

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Minhajul Qawim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category