03/08/2026
Pelancaran Pendigitalan Tahfiz ke Arah Pendidikan yang Lebih Cemerlang!!
Alhamdulillah, pada 3 Ogos 2026 (Isnin) telah berlangsung Majlis Pelancaran Rasmi Aplikasi e-Tasmik SMAMATA, Dashboard Program 1 Juta Selawat serta Telegram Bot e-Tasmik di Dewan SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Abidin (SMAMATA).
Majlis yang telah disempurnakan oleh Ustaz Anas bin Zainol Abidin, Pengetua SMAMATA ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh agenda pendigitalan pengurusan tahfiz di sekolah. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan pemantauan bacaan dan pencapaian hafazan murid secara sistematik, malah turut memperkenalkan Dashboard Program 1 Juta Selawat serta Telegram Bot e-Tasmik sebagai medium penyampaian maklumat dan notifikasi yang lebih pantas dan berkesan.
Semoga pelaksanaan sistem ini dapat meningkatkan kecekapan pemantauan, mengukuhkan budaya celik digital dalam kalangan warga sekolah serta menyokong usaha melahirkan generasi huffaz yang berkualiti, berdisiplin dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana, guru-guru, kakitangan serta seluruh warga SMAMATA yang telah menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan menjadi asbab kepada kecemerlangan pendidikan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
“Pendigitalan Tahfiz • Pemantauan Pintar • Melahirkan Huffaz Berkualiti.”