MRSM Pendang Rasmi

MRSM Pendang Rasmi 'Page' Rasmi MRSM Pendang untuk maklumat pelajar dan ibu bapa. MRSM Pendang adalah MRSM yang ke 27 dibina di Negara ini.

Maktab Rendah Sains MARA Pendang (singkatan: MRSM Pendang) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di daerah Pendang, Kedah. . MRSM Pendang mempunyai 4 blok akademik dan pentadbiran, 4 blok asrama yang memuatkan bilik pelajar puteri dan bilik pelajar putera dengan kapasiti maksimum 750 orang pelajar. MRSM ini juga dilengkapi dengan 25 bilik darjah, 13 makmal sains, 2 makmal komputer

, 1 bilik bitara (makmal induk komputer), 4 bengkel Kemahiran Hidup, Dewan Selera, Dewan Serbaguna, Pusat Sumber Pembelajaran, Bilik Multimedia, 2 bilik tayangan ,bilik audio video, makmal senireka, makmal reka cipta, dewan kuliah, bilik sakit, cafeteria dan mempunyai kemudahan sukan yang lengkap. MRSM Pendang juga dilengkapi dengan kuarters untuk staf. Ia terdiri daripada 1 unit rumah Pengetua, 2 unit rumah Penolong Pengetua, 1 unit rumah ketua warden, 8 unit rumah guru dan 5 unit rumah kakitangan. Rumah-rumah warden juga dibina di hujung setiap blok asrama bagi memudahkan urusan dengan pelajar. MRSM Pendang telah mula beroperasi pada 16 April 2001, dengan pengambilan pelajar perintis seramai 476 orang yang terdiri daripada 281 pelajar tingkatan 4 dan 195 pelajar tingkatan 1, dengan bilangan tenaga pengajar perintis seramai 34 orang dan staf sokongan yang lain. Pengetua pertama MRSM Pendang ialah Tuan Haji Zakaria Bin Mohd Noor

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPMRSM 2026Pihak Pengurusan Maktab serta seluruh warga MRSM Pendang mengucapkan selamat ma...
09/08/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPMRSM 2026

Pihak Pengurusan Maktab serta seluruh warga MRSM Pendang mengucapkan selamat maju jaya kepada semua Pelajar Tingkatan 5 MRSM Pendang yang akan menduduki Peperiksaan SPMRSM 2026 bermula 10 hingga 27 Ogos 2026.

Semoga Allah mengurniakan kelapangan hati dan kesihatan sepanjang Peperiksaan SPMRSM 2026 berlangsung.


05/08/2026

Didoakan agar Nova Pheonix berjaya dalam peperiksaan SPMRSM

05/08/2026

sekian terima kasih

03/08/2026

Lagu Jabatan Matematik MRSM Pendang

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN AMALI SAINS SPMRSM 2026Pihak Pengurusan serta seluruh warga MRSM Pendang mengucapkan selamat maj...
02/08/2026

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN AMALI SAINS SPMRSM 2026

Pihak Pengurusan serta seluruh warga MRSM Pendang mengucapkan selamat maju jaya kepada semua Pelajar Tingkatan 5 MRSM Pendang yang akan menduduki Ujian Amali Sains SPMRSM 2026 bermula 03 hingga 05 Ogos 2026.

Semoga Allah mengurniakan kelapangan hati dan kesihatan sepanjang Ujian Amali Sains SPMRSM 2026 berlangsung.


Jom Masuk MRSM & Lawatan Sambil Belajar MRSM Pendang berbesar hati menerima kunjungan murid-murid Tahun 6 dan guru-guru ...
15/07/2026

Jom Masuk MRSM & Lawatan Sambil Belajar

MRSM Pendang berbesar hati menerima kunjungan murid-murid Tahun 6 dan guru-guru dari SK Kubur Panjang dalam Program "Jom Masuk MRSM" dan Lawatan Sambil Belajar.

Program ini memberi pendedahan tentang kehidupan di MRSM, syarat kemasukan serta kemudahan yang disediakan. Para peserta turut dibawa melawat sekitar maktab bagi merasai sendiri suasana pembelajaran di MRSM Pendang.

Semoga program ini memberi inspirasi kepada para murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menjadi sebahagian daripada warga MRSM pada masa hadapan.

13/07/2026

Sorotan aktiviti Kem Intelek Karisma MRSM Pendang Tingkatan 4

Tarikh : 9 - 11 Julai 2026
Tempat : UniKL MSI, Kulim

KEM INTELEK KARISMA TINGKATAN 4 MRSM PENDANG 2026Alhamdulillah, Kem Intelek Karisma Tingkatan 4 MRSM Pendang 2026 telah ...
12/07/2026

KEM INTELEK KARISMA TINGKATAN 4 MRSM PENDANG 2026

Alhamdulillah, Kem Intelek Karisma Tingkatan 4 MRSM Pendang 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 9 hingga 11 Julai 2026 bertempat di UniKL Malaysian Spanish Institute (MSI), Kulim, Kedah, dengan penglibatan pelajar-pelajar Tingkatan 4 MRSM Pendang.

Program ini bertujuan memperkukuh pembangunan sahsiah, meningkatkan kecerdasan intelek, memupuk nilai kepimpinan serta mengembangkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti dan pengisian yang mencabar minda, membina keyakinan diri, menggalakkan kerjasama berpasukan serta menyemai semangat kepimpinan dan jati diri.

Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh sepanjang program ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, sahsiah dan kepimpinan. Semoga para pelajar terus melangkah ke hadapan sebagai warga MRSM yang berilmu, berintegriti, berdaya saing dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

12/07/2026

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž ๐—–๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฆ๐—–๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐——๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”

Setinggi-tinggi ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› dan ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ diucapkan kepada ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐€โ€™๐ณ๐ข๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐๐ข๐ณ๐š๐ซ ๐›๐ข๐ง ๐‘๐ฎ๐ฌ๐๐ข, guru penasihat PSSCM MRSM Pendang serta empat orang pelajar MRSM Pendang di atas kejayaan memenangi pingat Gangsa di dalam ๐Ÿฏ๐—ฟ๐—ฑ ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ก๐—ฒ๐˜…๐˜-๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป & ๐—ง๐—ฒ๐—ฐ๐—ต๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐˜† ๐—˜๐˜…๐—ฝ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป (๐—ถ-๐—ก๐—˜๐—ซ๐—ง๐—˜๐—–๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ) yang diadakan secara atas talian melalui projek yang bertajuk:

๐—ฉ๐—ถ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—–๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ: ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ด๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—–๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

Empat orang penyelidik cilik PSSCM yang terlibat adalah:
1. Nuruddin Fitri bin Mohd Iqbal
2. Putri Syaurah Sajida binti Megat Shahrul Amri
3. Nurfaiqa Irdina binti Mohammad Nizan
4. Muhammad Adam Syawal bin Shuhaidee

Secara ringkasnya, VirtuCekak merupakan platform pembelajaran mudah alih interaktif Seni Silat Cekak Malaysia berasaskan Android. Ianya dibangunkan untuk menyediakan akses pengajaran dan pembelajaran Seni Silat Cekak Malaysia secara digital, merangkumi video buah-buah pelajaran, sejarah, falsafah, serta modul kesedaran anti buli dan nombor kecemasan untuk dihubungi.

Melalui integrasi bahan pembelajaran multimedia, pembelajaran reflektif dan pendidikan nilai dalam satu platform, VirtuCekak membolehkan pengguna mengakses kandungan tanpa mengira masa dan lokasi, di samping menggalakkan pembelajaran aktif, refleksi kendiri, pembentukan sahsiah positif serta pemeliharaan warisan bangsa Melayu.

Pencapaian cemerlang ini membuktikan ilmu silat bukan sekadar sebuah ilmu mempertahankan diri, malah ia juga dapat meningkatkan kemahiran inovasi dan berfikiran kritis dalam kalangan pelajar terutamanya di MRSM. Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan lagi taraf ilmu Silat Cekak di persada dunia.

๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ-๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—”๐—ฆ๐—Ÿ๐—œ

๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ž, ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐——๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง

๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—”๐—ž๐—”๐——๐—˜๐— ๐—œ๐—ž

Address

Jalan Jenun, Ayer Puteh
Pendang
06700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047583858

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Pendang Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to MRSM Pendang Rasmi:

Shortcuts

Share

Category