Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah KEAA180 Secondary School

17/08/2026
Perkara: Latihan Kebakaran (Fire Drill)Tarikh: 12 Ogos 2026Tempat: Padang SMK Tanah Merah (SMKTM)Terima kasih kepada Bom...
13/08/2026

Perkara: Latihan Kebakaran (Fire Drill)

Tarikh: 12 Ogos 2026

Tempat: Padang SMK Tanah Merah (SMKTM)

Terima kasih kepada Bomba, Semua guru, staf, dan murid yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang latihan ini dijalankan.

PENYERAHAN AP PUAN SOPIAH KE SMK TOKAI๐Ÿ“… 16 Ogos 2026Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Puan Sopiah...
13/08/2026

PENYERAHAN AP PUAN SOPIAH KE SMK TOKAI
๐Ÿ“… 16 Ogos 2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Puan Sopiah atas segala jasa, bakti, komitmen dan kerja buat yang telah dicurahkan sepanjang 12 tahun berkhidmat di SMK Tanah Merah.

Semoga perpindahan ke SMK Tokai membawa lembaran baharu yang penuh dengan kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan.

Terima kasih atas segala kenangan dan sumbangan Puan. Jasa Puan sentiasa dikenang. ๐ŸŒท

๐Ÿ’ Selamat bertugas di tempat baharu, Puan Sopiah!
SMK Tanah Merah sentiasa merindui dan mengenang jasa Puan. โค๏ธ

Pelancaran Bulan Kemerdekaan SMK Tanah Merah 2026Malaysia MADANI : Kesejahteraan DinikmatiTarikh:16 Ogos 2026 (Ahad)Masa...
13/08/2026

Pelancaran Bulan Kemerdekaan SMK Tanah Merah 2026
Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmati
Tarikh:16 Ogos 2026 (Ahad)
Masa:7:40 pagi โ€“ 8:40 pagi
Tempat:Dewan Seri Delima, SMK Tanah Merah
Dirasmikan Oleh:Puan Yusnita binti Yusop (Pengetua SMK Tanah Merah)

Semua warga sekolah dijemput hadir bagi menjayakan majlis ini.

๐Ÿ“ข MAKLUMAN KEPADA WARGA SMK TANAH MERAHAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Majlis Peluncuran Program ...
09/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN KEPADA WARGA SMK TANAH MERAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Majlis Peluncuran Program SAFE (School Anti-Bullying Framework for Empowerment) akan diadakan sebagai satu usaha memperkukuh budaya sekolah selamat, sejahtera dan bebas buli.

Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

๐Ÿ“… Hari: Isnin
๐Ÿ“† Tarikh: 10 Ogos 2026
โฐ Masa: 12.00 tengah hari โ€“ 1.00 petang
๐Ÿš๏ธTempat : Dewan Seri Delima
๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Perasmi : Timbalan Ketua Polis Daerah Pendang

Sehubungan itu, kerjasama semua warga sekolah amat dihargai bagi memastikan pelaksanaan majlis berjalan lancar dan mesej Hentikan Buli, Sebarkan Kebaikan dapat dihayati bersama.

โ€œBersama Membina Sekolah Selamat, Sejahtera dan Bebas Buli.โ€

SMK TANAH MERAH
TOGETHER TOWARDS SUCCESS

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. ๐ŸŒธSMK Tanah Merah berjaya meraih Tempat Ke-3 dalam Pertandingan Bridge Buildin...
28/07/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. ๐ŸŒธ

SMK Tanah Merah berjaya meraih Tempat Ke-3 dalam Pertandingan Bridge Building sempena Karnival STEM Pendang. ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid, guru pembimbing serta warga sekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakan penyertaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

โœจ

22/07/2026

Program Jom Gosok Gigi

๐Ÿ“… Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
๐Ÿ•ค Masa: 9.30 pagi โ€“ 10.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: SMK Tanah Merah
๐Ÿค Anjuran: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

๐Ÿฆท Semua murid PPKI dikehendaki membawa:
โœ… Berus gigi
โœ… Cawan plastik
โœ… Ubat gigi

Program ini bertujuan memupuk amalan menjaga kebersihan mulut serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan gigi sejak usia muda.

Kerjasama ibu bapa/penjaga memastikan murid membawa kelengkapan yang diperlukan amatlah dihargai.

๐Ÿฆท Jom Gosok Gigi! Gigi Bersih, Senyum Ceria! ๐Ÿ˜

๐Ÿ“ข MAKLUMAN UJIAN UTQH SPM 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Ujian Tilawah dan Hafazan al-Quran ...
20/07/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN UJIAN UTQH SPM 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Ujian Tilawah dan Hafazan al-Quran (UTQH) SPM 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 20 โ€“ 22 Julai 2026

Semoga semua calon UTQH SPM 2026 diberikan kesihatan yang baik, ketenangan hati, ingatan yang kuat serta dipermudahkan segala urusan sepanjang peperiksaan.

"Berusaha dan bertawakallah kepada Allah."

Selamat menduduki peperiksaan dan semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Ikhlas daripada:
Puan Yusnita Binti Yusop
Pengetua SMK Tanah Merah
serta seluruh warga SMK Tanah Merah.

Majlis Penghargaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Kelab Kerjaya SMK Tanah MerahAlhamdulillah, pada 16 Julai 2026 (Kha...
19/07/2026

Majlis Penghargaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Kelab Kerjaya SMK Tanah Merah

Alhamdulillah, pada 16 Julai 2026 (Khamis) telah berlangsung Majlis Penghargaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Kelab Kerjaya SMK Tanah Merah bertempat di Hotel Sri Malaysia, Alor Setar, Kedah dari 3.00 hingga 5.00 petang.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Yusnita Binti Yusop, Pengetua SMK Tanah Merah, sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli PRS dan Kelab Kerjaya atas komitmen, dedikasi serta sumbangan mereka dalam menjayakan pelbagai program sekolah.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima penghargaan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang, berbakti dan menjadi contoh terbaik kepada seluruh warga sekolah.

Address

Jalan Tanah Merah Pendang
Pendang
06700

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 15:30
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+6047596505

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah:

Shortcuts

Share

Category