19/08/2026
MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN KE-69
Tarikh: 16 Ogos 2026
Masa: 8:00 - 8:30 pagi
Tempat : Dewan Utama ASP
Akademi Sains Pendang (ASP) telah melancarkan Bulan Kemerdekaan Ke-69 Tahun 2026 dalam suasana penuh semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan pada tahun ini menekankan penghayatan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam membentuk masyarakat yang harmoni, bersatu padu, saling menghormati dan bersama-sama menikmati kesejahteraan hasil kemajuan negara.
Majlis pelancaran ini menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah serta menggalakkan murid menghayati erti kemerdekaan, menghargai jasa dan pengorbanan terdahulu serta memainkan peranan sebagai generasi yang bertanggungjawab dalam membina masa depan Malaysia.
Semoga semangat Malaysia MADANI terus subur dalam diri setiap warga ASP, seiring dengan aspirasi untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan negara.