Masjid Al falah Sungai Tiang

Masjid Al falah Sungai Tiang Sejarah penubuhan Masjid Felda Sungai Tiang

Sebelum masjid yang asal di kampung ini dibina pada tahun 1960,para peneroka felda telah melalui

Sedang berlansung diperkarangan Masjid Al falah Sungai Tiang SAMBUTAN AWAL MUHARRAM DAN MOBILISASI SUKARELAWAN BELIA ANA...
27/07/2024

Sedang berlansung diperkarangan Masjid Al falah Sungai Tiang

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM DAN MOBILISASI SUKARELAWAN BELIA ANAK MALAYSIA

Ada apa lagi habaq perabih!!!

- Pemeriksaan Kesihatan Percuma
- ⁠Pemeriksaan Mata Percuma
- ⁠Pameran AADK
- ⁠Kaunter Telco Redone
- ⁠Pysio
- Jualan Usahawan

Pakat mai noh..

*Belarak Takbir Raya Pusing Sungai Tiang*Hari : Selasa ( 9/4/2024 )Masa : Selepas Solat Isyak ( 9.15 malam )Berkumpul : ...
09/04/2024

*Belarak Takbir Raya Pusing Sungai Tiang*

Hari : Selasa ( 9/4/2024 )
Masa : Selepas Solat Isyak ( 9.15 malam )
Berkumpul : Masjid Al Falah Felda Sg Tiang

*Road Takbir Raya*

Masjid
⬇️
Surau A
⬇️
Surau B ( Minuman )
Surau KEDA
⬇️
Kebun 4 Relong ( Jamuan Ringan )
Masjid ( Minuman )

Anjuran : Masjid Al Falah

Jom semua warga Sg Tiang kita pakat konvoi dengan motorsikal bagi memeriahkan lagi suasa malam raya.😊🤝

* *
Jiwa Kental , Pasti Sampai

Sedang berlansungnya Kem Pra Tahfiz ( KAHFI ) di Masjid Al Falah Felda Sungai Tiang yang akan tamat pada petang ini. Pel...
27/08/2023

Sedang berlansungnya Kem Pra Tahfiz ( KAHFI ) di Masjid Al Falah Felda Sungai Tiang yang akan tamat pada petang ini. Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi mengisi setiap slot sepanjang program ini.

Terima Kasih semua yang menghantar anak mereka bagi menjayajakan program ini😊🤝.


🌷 *PROGRAM CERAMAH PERDANA AWAL MUHARRAM 1445H PERINGKAT FELDA WILAYAH ALOR SETAR* 🌷Assalamualaikum WBTTuan/PuanDijemput...
30/07/2023

🌷 *PROGRAM CERAMAH PERDANA AWAL MUHARRAM 1445H PERINGKAT FELDA WILAYAH ALOR SETAR* 🌷

Assalamualaikum WBT

Tuan/Puan
Dijemput menghadiri ke Program Ceramah Agama Awal Muharram 1445H seperti ketetapan berikut:

☘️Tarikh *30 Julai 2023 (Ahad)*
☘️Masa *8.00 malam (Selepas Maghrib)*
☘️Tempat *Masjid al-Falah FELDA Sungai Tiang, Pendang*
☘️Penceramah *AlFadhil Ustaz PU Rahmat*

Semoga dengan kehadiran Tuan dan Puan diberkati dan mendapat Rahmat daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

🌷 *SEDANG BERLANSUNGNYA PROGRAM KESEJAHTERAAN KOMUNITI MALAYSIA MADANI* 🌷☘️Tarikh *30 Julai 2023 (Ahad)*☘️Masa *8.00 pag...
30/07/2023

🌷 *SEDANG BERLANSUNGNYA PROGRAM KESEJAHTERAAN KOMUNITI MALAYSIA MADANI* 🌷

☘️Tarikh *30 Julai 2023 (Ahad)*
☘️Masa *8.00 pagi*
☘️Tempat *Perkarangan Masjid al-Falah FELDA Sungai Tiang, Pendang*

☘️Acara
📝 *Kacau Bubur Asyura*
📝 *Mewarna*
📝 *Cabutan Bertuah*
📝 *Konvoi Ziarah Kasih*

Semoga dengan kehadiran Tuan dan Puan diberkati dan mendapat Rahmat daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟒 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇𝐈Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha🤍🖤Sedang berlansungnya ibadah korban pada ...
30/06/2023

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟒 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟑 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇𝐈

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha🤍🖤

Sedang berlansungnya ibadah korban pada hari ini dengan menumbangkan 5 ekor lembu dan akan disambung esok hari lagi 7 ekor lembu, jemput datang beramai-ramai ke Masjid Al falah Sungai Tiang bagi memeriahkan lagi suasana.

Semoga ibadah korban kita kali ini diberkati dan semoga segala ibadah yang dikerjakan diterima Allah S.W.T.


Jangan Lupa Kuliah Perdana malam ni.Pakat2 mai na😊
15/12/2022

Jangan Lupa Kuliah Perdana malam ni.Pakat2 mai na😊

15/07/2020
05/06/2020

Insya Allah Kuliah Maghrib PKPB
5 Jun malam ni..
Kitab Matla Al-Badrain
Bab solat

MENGECAPI MALAM YANG LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN.Setelah kita mengetahui bahawasanya Lailatul Qadr berlaku di dalam bulan...
13/05/2020

MENGECAPI MALAM YANG LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN.

Setelah kita mengetahui bahawasanya Lailatul Qadr berlaku di dalam bulan Ramadhan, maka pada hari apakah ia berlaku di dalam bulan tersebut ?
Menjawab persoalan ini, berikut saya kongsikan hadith-hadith yang berkaitan:

1.Daripada Abdullah Ibn Umar R.anhuma beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
تَحَيَّنُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ
Maksudnya: Carilah lailatul qadr itu pada 10 malam yang terakhir (bulan Ramadhan).
[HR. Muslim]

2. Daripada Ummul Mukminin A’isyah R.anha beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Maksudnya: Carilah kalian lailatul qadr itu pada malam-malam ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.
[HR Al-Bukhari]

Berdasarkan kedua-dua riwayat yang sahih di atas, dapatlah kita faham dan ketahui bahawasanya lailatul qadr itu berlaku pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan dan ia kemungkinan berlaku pada salah satu malam dari malam-malam yang ganjil dalam sepuluh hari terakhir tersebut iaitu malam 21, 23, 25, 27, serta 29 Ramadhan.

Cadangan dari kami: Sentiasa beribadat lah pada 10 Malam Akhir, dan tingkatkan lebih pada malam ganjil.

Antara tatacara Nabi beribadah:

1. Membaca Al-Quran
2. Solat Sunat Tarawih
3. Istighfar

Semoga terus kuat dan bersemangat hingga akhirnya.

******
Credit to fb: zon kuliah

Soalan: Apakah status hadith ini?الصَّلاةُ عِمادُ الدِّينِMaksudnya: “Solat merupakan tiang agama”. Jawapan :Alhamdulill...
29/12/2019

Soalan: Apakah status hadith ini?

الصَّلاةُ عِمادُ الدِّينِ

Maksudnya: “Solat merupakan tiang agama”.



Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, hadith tersebut amat masyhur dalam kalangan masyarakat kita dan sebahagian besarnya mengetahui bahkan menghafal makna hadith di atas. Ini kerana, hadith tersebut sering diungkapkan oleh para ustaz atau penceramah apabila mereka membicarakan berkaitan isu solat.

Untuk itu, Irsyad al-Hadith pada kali ini akan cuba untuk menerangkan dan mengupas berkaitan hadith di atas dari sudut kesahihannya. Sebelum kami nyatakan hukum berkaitan hadith, s**a bagi kami untuk menyatakan sumber bagi hadith ini terlebih dahulu:

Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya apakah perkara yang paling dis**ai oleh Allah SWT di dalam Islam? Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّينِ

Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”. [Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab]

Di sini, kami nyatakan pendapat para ulama’ berkaitan hukum hadith di atas:



Hukum Hadith

Antara ulama’ yang menyatakan hukum berkaitan hadith ini:

Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai dhaif. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 2/64]
Imam al-Sakhawi menyatakan bahawa hadith ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang dhaif. [Lihat: al-Mughni, 1/174]
Imam al-Sakhawi menilai sanad hadith ini adalah dhaif. Beliau juga menukilkan bahawa: Imam Ibn Solah mengatakan hadith ini tidak diketahui di dalam Musykil al-Wasith dan Imam al-Nawawi menghukum hadith ini sebagai munkar dan bathil. [Lihat: Maqasid al-Hasanah, 427]
Imam Mulla Ali al-Qari menyatakan hadith dikatakan tiada asal baginya atau asalnya adalah palsu. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah 236-237]
Setelah melihat kepada beberapa pandangan ulama berkaitan hadith di atas, maka kami cenderung kepada hadith tersebut adalah dhaif dari sudut sanadnya kerana Imam al-Hakim menyatakan ‘Ikrimah tidak mendengar hadith daripada ‘Umar RA. Walaupun begitu, hadith ini mempunyai sokongan daripada hadith sahih yang lain iaitu:

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ

Maksudnya: “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan ke muncaknya adalah berjihad.” [Riwayat al-Tirmizi (2616)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]



Penutup

Kesimpulannya, hadith tersebut adalah dhaif dari sudut riwayatnya. Akan tetapi, makna hadith tersebut adalah sahih berdasarkan hadith riwayat al-Tirmizi dan juga hadith-hadith sahih yang menceritakan berkaitan kelebihan dan kepentingan solat. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang menjaga solat serta diterima segala amalan yang kita lakukan terutamanya di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan ini. Amin.

Wallahua’lam


rujukan>>>https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3466-irsyad-al-hadith-siri-ke-379-solat-merupakan-tiang-agama

Address

Felda Sungai Tiang
Pendang
06750

Telephone

06750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Al falah Sungai Tiang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category