Tabika Perpaduan Kampung Lampam

Call Directions Website Contact the school

Tabika Perpaduan Kampung Lampam Satu institusi Pendidikan Awal Kanak - kanak di bawah PPNIN Daerah Pendang

Tahniah dan Terima kasih kepada semua murid-murid dan Ibu bapa Tabika Perpaduan Kampung Lampam yang terlibat sebagai pes...
11/07/2026

Tahniah dan Terima kasih kepada semua murid-murid dan Ibu bapa Tabika Perpaduan Kampung Lampam yang terlibat sebagai peserta pertandingan mewarna bagi Program Kemampanan Komuniti Bandar Kobah Explorail Pendang dan Tahniah diucapkan kepada Nadthawud di atas pencapaian mendapat tempat ke 3 bagi Pertandingan Mewarna🌟✨


01/07/2026
01/07/2026

Pertandingan Mewarna🐡
Tabika Perpaduan Kampung Lampam
Aktiviti AKAR 2026βœ…


01/07/2026

π‰πŽπŒ π’π„π‘π“π€πˆ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ‘π„π€π“πˆπ… π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ π‘π„πŠπ€ (π€πŠπ€π‘) πŸπŸŽπŸπŸ”!

Kreativiti mampu menjadi medium terbaik untuk menyemai nilai murni dan membentuk generasi yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.

Sempena Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026, murid-murid Tabika Perpaduan di seluruh negara akan menyertai Pertandingan Melukis dan Mewarna bertemakan:

β€œSaya Sayang Orangutan”

Melalui karya seni, anak-anak akan didedahkan kepada kepentingan memelihara orang utan sebagai khazanah negara, di samping memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar dan semangat tanggungjawab sejak usia muda.

πŸ“… Tarikh Pelaksanaan
1 Julai 2026

Pertandingan ini akan dilaksanakan secara serentak di 1,781 Tabika Perpaduan di seluruh Malaysia, melibatkan penyertaan lebih 34,000 murid dalam satu gerakan nasional yang menyemai kreativiti, kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar serta nilai perpaduan.

*Hadiah Menarik Menanti Pemenang*
Wang tunai dalam bentuk simpanan SSPN
Piala
Sijil penghargaan

Program ini merupakan inisiatif Yayasan KRU dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi memperkasa bakat kreatif kanak-kanak, memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dan menyemai nilai perpaduan sejak peringkat awal pendidikan.

Mari bersama-sama memberikan sokongan kepada anak-anak Tabika Perpaduan dalam menzahirkan kreativiti mereka. Semoga setiap hasil karya menjadi inspirasi untuk membentuk generasi yang lebih kreatif, berdaya saing, mencintai alam sekitar dan menghargai kepelbagaian.

β€œMenggapai ke langit, Mengakar ke bumi”





24/06/2026

"Si comel bertopeng kucing!

🀩Murid-murid seronok berkarya dan menampilkan kreativiti masing-masing." 🐱🎨✨


Address

D/A Pusat Rukun Tetangga Kg. Lampam, Mukim Rambai
Pendang
06760

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabika Perpaduan Kampung Lampam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tabika Perpaduan Kampung Lampam:

Shortcuts

Share