Pusat Pendidikan Darul Furqan

Pusat Pendidikan Darul Furqan Pusat Pendidikan Darul Furqan – Membentuk generasi celik Al-Quran, mantap ilmu, dan indah akhlaknya menuju kejayaan dunia & akhirat.📚

25/05/2026

Kelebihan Hari Arafah

🕋 Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia di sisi Allah SWT.
Pada hari ini, Allah banyak membebaskan hamba-Nya daripada api neraka dan mengampunkan dosa-dosa mereka.

✨ Antara amalan yang sangat digalakkan ialah berpuasa bagi yang tidak mengerjakan haji.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Puasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”
— Hadis Riwayat Muslim

🤲 Perbanyakkan doa, zikir, istighfar dan amal soleh pada hari yang penuh keberkatan ini.

Ikhlas daripada
Pusat Pendidikan Darul Furqan

12/05/2026

🌸 Kelebihan Sedekah

1️⃣ Harta tidak berkurang – Allah gantikan dengan rezeki dan keberkatan.
2️⃣ Menghapus dosa – Sedekah memadam kesalahan kecil dengan izin Allah.
3️⃣ Pelindung di akhirat – Menjadi naungan pada hari kiamat.
4️⃣ Melembutkan hati – Didik jiwa jadi pemurah dan ikhlas.
5️⃣ Membuka pintu rezeki – Allah mudahkan urusan orang yang s**a memberi.

Sedekah adalah amalan kecil yang membawa ganjaran besar. Jangan tunggu kaya untuk bersedekah — bersedekahlah walaupun sedikit, kerana yang dinilai Allah adalah keikhlasan dan pengorbanan hati.

Rutin hari Jumaat yang mulia di Pusat Pendidikan Darul Furqan dipenuhi dengan suasana yang penuh keberkatan dan ketenang...
08/05/2026

Rutin hari Jumaat yang mulia di Pusat Pendidikan Darul Furqan dipenuhi dengan suasana yang penuh keberkatan dan ketenangan. Seperti kebiasaannya, pengajian kitab diadakan bersama para pengajar dan pelajar-pelajar PPDF. Majlis ilmu ini menjadi medan untuk menambah kefahaman agama, memperbaiki amalan serta mengeratkan ukhuwah sesama warga pusat pendidikan.

Suasana pada pagi Jumaat begitu tenang dan harmoni. Para pelajar duduk bersaf, mendengar dengan penuh adab dan khusyuk setiap huraian yang disampaikan oleh pengajar. Setiap kalimah ilmu yang dipelajari diharap menjadi cahaya yang menerangi kehidupan, bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga rutin pengajian ini terus istiqamah dilaksanakan dan menjadi asbab turunnya rahmat serta keberkatan Allah SWT kepada seluruh warga Pusat Pendidikan Darul Furqan.

🌙 Rutin Malam Jumaat di Pusat Pendidikan Darul FurqanAlhamdulillah, menjadi amalan rutin pada setiap malam Jumaat di Pus...
02/05/2026

🌙 Rutin Malam Jumaat di Pusat Pendidikan Darul Furqan

Alhamdulillah, menjadi amalan rutin pada setiap malam Jumaat di Pusat Pendidikan Darul Furqan, para pelajar akan bersama-sama melaksanakan bacaan Surah Yasin dan tahlil.

Program ini bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap Al-Quran, membina jiwa yang tenang serta menyemai nilai kesatuan dan doa bersama dalam kalangan pelajar. Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi asbab keberkatan ilmu, ketenangan hati dan ganjaran pahala yang berpanjangan.

✨ Untuk makluman, pembinaan dewan makan dan bilik serbaguna kini hampir siap. Justeru, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada para dermawan bagi membantu melengkapkan kemudahan tersebut demi keselesaan dan manfaat para pelajar.

Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berterusan pahalanya. 🤍

24/04/2026

Didiklah mereka dengan sabar,
bimbinglah dengan Al-Quran,
hiasilah dengan adab dan akhlak.

Kerana setiap usaha kecil kita hari ini,
mungkin menjadi asbab Allah kurniakan keberkatan yang besar esok hari.

Semoga setiap langkah mendidik
menjadi jalan menuju reda Ilahi. 🤍




23/04/2026

Setiap huruf yang dibaca mungkin kecil pada pandangan manusia,
tetapi besar nilainya di sisi Allah.

Didiklah anak dengan Al-Quran,
kerana suatu hari nanti,
mereka mungkin menjadi sebab kita tersenyum di akhirat.

Semoga setiap usaha mendidik hari ini
menjadi saham pahala yang berpanjangan. 🤍



Kunjungan Rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah ke Pusat Pendidikan Darul FurqanAlhamdulillah, pihak Lembaga Zakat Negeri Ked...
21/04/2026

Kunjungan Rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah ke Pusat Pendidikan Darul Furqan

Alhamdulillah, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah telah hadir ke Pusat Pendidikan Darul Furqan bagi urusan berkaitan pelantikan sebagai Ejen Kutipan Zakat.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti dan tanggungjawab dalam membantu memudahkan urusan zakat masyarakat setempat.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. 🤲✨

Assalamualaikum wbt 🤍Kami dengan s**acitanya menjemput semua untuk follow akaun TikTok rasmi Pusat Pendidikan Darul Furq...
20/04/2026

Assalamualaikum wbt 🤍

Kami dengan s**acitanya menjemput semua untuk follow akaun TikTok rasmi Pusat Pendidikan Darul Furqan yang baharu 🎉

Di platform ini, kami akan kongsikan pelbagai aktiviti menarik pelajar, suasana pembelajaran harian, hafazan Al-Quran serta perkembangan terkini proses pembinaan pusat pendidikan ini dari semasa ke semasa.

InsyaAllah, segala usaha ini adalah untuk membina generasi yang mahir dalam hafazan Al-Quran dan hadith, serta memiliki adab dan akhlak yang mulia.

Jom sama-sama support dan follow untuk terus dapatkan update terkini 🤍✨
Semoga setiap sokongan dan doa kalian menjadi asbab keberkatan perjalanan kami.

Check out pusatpendidikandarulfurqan’s post.

PERJUMPAAN WARGA PPDFBERSAMA PEGAWAI POLIS ALOR SETAR✨ Sesi Pemantauan & Pengenalan ✨Bersama Lembaga TadbirPusat Pendidi...
15/04/2026

PERJUMPAAN WARGA PPDF
BERSAMA PEGAWAI POLIS ALOR SETAR

✨ Sesi Pemantauan & Pengenalan ✨
Bersama Lembaga Tadbir
Pusat Pendidikan Darul Furqan (PPDF)

📅 Tarikh: 14 April 2026 (Selasa)

🤝 Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara pihak PPDF dan pihak berkuasa demi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan harmoni.

01/02/2026

🌙 Malam Nisfu Sya’ban 🌙
Isnin | 2 Februari 2026
Bersamaan 14 Sya’ban 1447H

Rebutlah malam yang penuh keberkatan ini dengan doa, zikir dan amalan soleh, semoga kita tergolong dalam hamba-hamba yang diampunkan.

Address

Kampung Kubang Kuar Dalam Pendang
Pendang
06700

Telephone

+60195701652

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pendidikan Darul Furqan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Pendidikan Darul Furqan:

Shortcuts

Share

Category