26/03/2022
Jumlah Murid dan PASTI Seluruh Negara Catat Peningkatan
1. Syukur kehadrat Ilahi di atas limpah kurniaNya, PASTI terus merekodkan peningkatan dari segi jumlah premis begitu juga jumlah pelajar.
2. Sebanyak 2,497 buah PASTI dan seramai 125,065 orang anak-anak berumur 4, 5 & 6 tahun berjaya mendaftar sebagai murid PASTI bagi sesi persekolahan 2022/2023. Rekod menunjukkan pertambahan 47 buah PASTI baru dan 3,841 orang murid berbanding tahun 2021 iaitu peningkatan 3.17%.
3. Terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan masyarakat khususnya para ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak mereka di PASTI.
3. Menyuntik semangat kepada seluruh warga PASTI untuk melakukan penambahbaikan dari segala aspek khususnya pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak agar menjadi insan soleh pintar.
4. Semoga operasi PASTI sepanjang sesi persekolahan ini dapat berjalan lancar dan berjaya mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan oleh Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia.