11/03/2026
ุฅููููุง ูููููฐูู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
ุงูููููฐููู
ูู ุงุบูููุฑู ูููู ููุงุฑูุญูู
ููู ููุนูุงูููู ููุงุนููู ุนูููููุ ููุฃูููุฑูู
ู ููุฒูููููุ ููููุณููุนู ู
ูุฏูุฎูููููุ ููุงุบูุณููููู ุจูุงููู
ูุงุกู ููุงูุซููููุฌู ููุงููุจูุฑูุฏูุ ููููููููู ู
ููู ุงููุฎูุทูุงููุง ููู
ูุง ูููููููู ุงูุซููููุจู ุงููุฃูุจูููุถู ู
ููู ุงูุฏููููุณูุ ููุฃูุจูุฏููููู ุฏูุงุฑูุง ุฎูููุฑูุง ู
ููู ุฏูุงุฑูููุ ููุฃูููููุง ุฎูููุฑูุง ู
ููู ุฃูููููููุ ููุฒูููุฌูุง ุฎูููุฑูุง ู
ููู ุฒูููุฌูููุ ููุฃูุฏูุฎููููู ุงููุฌููููุฉูุ ููุฃูุนูุฐููู ู
ููู ุนูุฐูุงุจู ุงููููุจูุฑู ููููุชูููุชูููุ ููู
ููู ุนูุฐูุงุจู ุงููููุงุฑู.
Bumi Fathani khususnya Narathiwat diselubungi suasana duka yang mendalam. Dalam keheningan waktu dan kesayuan hati para murid serta masyarakat, datang khabar yang begitu memilukan โ khabar tentang pemergian seorang alim yang sepanjang hidupnya dihabiskan untuk menabur ilmu dan mendidik umat. Seolah-olah gugur lagi sebutir bintang dari langit keilmuan di bumi Melayu Patani.
Dengan penuh rasa hiba dan dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Guru Baba Haji Abdul Latif bin Abdul Rashid telah kembali ke rahmatullah pada 21 Mac 2026, setelah lebih sembilan dekad mengabdikan dirinya kepada ilmu, dakwah dan pendidikan masyarakat. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi dunia pengajian pondok di wilayah Narathiwat khususnya, serta bagi masyarakat Islam di selatan Thailand secara keseluruhannya.
Sesungguhnya, kewafatan seorang ulama bukan sekadar perginya seorang insan biasa, bahkan ia adalah hilangnya sebuah khazanah ilmu dan hikmah yang selama ini menjadi tempat rujukan dan bimbingan masyarakat. Ulama seperti beliau hidupnya dihabiskan untuk mengajar, menasihati, membimbing serta memimpin manusia ke jalan Allah. Apabila mereka kembali ke rahmatullah, terasa seakan-akan semakin berkurang cahaya ilmu yang menerangi umat.
Al-Faqir berkesempatan bertemu beliau sekali pada bulan Januari yang lalu selepas secara kebetulan berjumpa dengan orang kampung di Masjid Telok Manok. Beliau membawa kami berjalan kaki ke rumah Allahyarham dan alhamdulillah itulah kali pertama dan terakhir bertemu beliau. Dengan wafatnya Tuan Guru Haji Abdul Latif, maka telah padamlah semua cahaya pelita pelita agama didikan wali Allah Tok Bermin di bumi Fathani. Ya Allah
Al-Marhum Tuan Guru Baba Haji Abdul Latif bin Abdul Rashid dilahirkan pada 22 Oktober 1933 di Kampung Telok Manok, Daerah Bachok, Wilayah Narathiwat, Thailand. Sejak kecil lagi beliau dibesarkan dalam suasana kehidupan masyarakat Melayu Islam yang kuat berpegang kepada agama serta amat menitikberatkan pendidikan pondok sebagai asas pembentukan peribadi dan akhlak.
Nama penuh beliau ialah Tuan Guru Haji Abdul Latif bin Abdul Rashid bin Aizuddin bin Mohamad Zabidi bin Abdul Rahman bin Syeikh Wan Husin as-Senawi bin Sayyid Ali Nurul Alam. Salasilah keturunan beliau disebut-sebut bersambung kepada keturunan Arab Yaman dan dinisbahkan sampai kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, Wallฤhu aโlam.
Seperti kebanyakan masyarakat Melayu Islam di selatan Thailand pada ketika itu, beliau tidak dihantar ke sekolah rendah Siam kerana kebimbangan terhadap asimilasi budaya dan agama. Justeru, pendidikan awal beliau tertumpu sepenuhnya kepada sistem pengajian pondok tradisional yang menjadi benteng ilmu dan identiti umat Islam di wilayah tersebut.
Pengajian awal beliau bermula di Kampung Duku, sebelum beliau meneruskan pengajian di Pondok Bermin, Patani bersama seorang ulama besar iaitu Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Wan Idris, yang lebih dikenali sebagai Tok Bermin al-Fathani. Di pondok tersebut beliau menuntut ilmu hampir sepuluh tahun, mendalami pelbagai bidang ilmu agama seperti fiqh, tauhid, tasawuf, tafsir dan ilmu alat.
Selepas kewafatan gurunya itu, beliau berpindah ke Pondok Kampung Kota untuk meneruskan pengajian bersama Tuan Guru Haji Wan Muhammad Wan Chik, yang masyhur dengan panggilan Pak Cik Serpal. Di pondok ini beliau menetap dan menuntut ilmu selama lebih dua puluh tahun, suatu tempoh yang sangat panjang dalam perjalanan seorang penuntut ilmu. Tempoh yang panjang ini membentuk dirinya menjadi seorang ulama yang tekun, sabar, tawaduk serta mendalam ilmunya.
Sepanjang perjalanan menuntut ilmu, beliau sempat berguru dengan ramai ulama tersohor di Patani dan sekitarnya, antaranya:
1. Tuan Guru Haji Abdul Wahab dari Pondok Pengkalan Enam
2. Tuan Guru Haji Ismail dari Pondok Pauh
3. Tuan Guru Haji Abdul Hamid
4. Tuan Guru Haji Cik Lah
5. Tuan Guru Haji Abdullah Pial
6. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bangkok
7. Tuan Guru Baba Haji Abdul Qadir dari Pondok Bendang Rahmah
8. Tuan Guru Haji Abdullah Sedawa
9. Tuan Guru Haji Mat Terengganu
10. Tok Ayah Leh
11. Tuan Guru Haji Mat Teras serta beberapa orang guru lain
Kepelbagaian guru yang beliau temui sepanjang pengajian menjadikan keilmuan beliau semakin luas dan mendalam, sekaligus membentuk pendekatan dakwah yang berhikmah serta penuh kebijaksanaan.
Dalam kehidupan berkeluarga, beliau berkahwin dengan Zainab binti Haji Mohamad Wan Chik, iaitu anak kepada gurunya sendiri Pak Cik Serpal. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan. Anak lelaki beliau iaitu Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman bin Abdul Latif turut mengikuti jejak langkah ayahandanya sebagai seorang pendidik agama dan kini berkhidmat sebagai Tuan Guru di Pondok Pauh, Teluban.
Tuan Guru Baba Haji Abdul Latif dikenali sebagai seorang yang sangat waraโ, faqih serta dekat dengan masyarakat. Kehidupan beliau dipenuhi dengan ibadah, pengajian dan khidmat kepada masyarakat. Pada waktu malam, beliau sering menghabiskan masa dengan membaca kitab, mengajar para pelajar serta memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.
Antara amalan yang sangat dilazimi oleh beliau ialah membaca zikir dan selawat Tok Wan Ali Kutan, khususnya selepas solat Maghrib dan Subuh, serta mentelaah kitab sebelum dan selepas kuliah pengajian. Kehidupan beliau benar-benar mencerminkan seorang alim yang hidupnya tenggelam dalam lautan ilmu dan ibadah.
Dalam bidang dakwah dan pendidikan, beliau aktif mengajar kitab-kitab turath di beberapa tempat di sekitar kampungnya seperti di Kampung Belikau, Jelong dan kawasan sekitarnya. Di samping itu, beliau terus mengajar di pondok sendiri dengan penuh kesabaran, membimbing para pelajar dengan keikhlasan dan kasih sayang.
Walaupun beliau tidak meninggalkan karya bertulis dalam bentuk kitab atau risalah, namun jasa beliau dalam mendidik generasi penuntut ilmu serta membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada agama merupakan warisan yang jauh lebih berharga. Ramai anak murid yang telah lahir daripada didikan beliau, dan mereka inilah yang akan meneruskan kesinambungan ilmu yang pernah diajarkannya.
Beliau sering melazimi bacaan selawat ini:
โุงูููู
ุตููู ุนูู ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขู ู
ุญู
ุฏ ูู ุงูุฃูููู ูุงูุขุฎุฑูู
ููู ุงูู
ูุฃ ุงูุฃุนูู ุฅูู ููู
ุงูุฏูู
Kini, setelah lebih sembilan puluh tahun melalui kehidupan yang dipenuhi ilmu, ibadah dan khidmat kepada umat, Tuan Guru Baba Haji Abdul Latif telah kembali ke pangkuan Ilahi. Namun jasa, pengorbanan dan keilmuan beliau akan terus dikenang oleh para murid, masyarakat serta dunia pengajian pondok di Patani.
ุงูููู
ุงุฌุนู ูุจุฑู ุฑูุถุฉู ู
ู ุฑูุงุถ ุงูุฌูุฉ
ุงูููู
ุงุฑูุน ุฏุฑุฌุชู ูู ุนูููู
ุงูููู
ุฌุงุฒู ุนูุง ุฎูุฑ ู
ุง ุฌุงุฒูุช ุจู ุนุจุฏูุง ู
ู ุนุจุงุฏู ุงูุตุงูุญูู
Semoga Allah SWT melapangkan kuburnya, menjadikannya taman daripada taman-taman syurga, mengangkat darjatnya bersama para ulama, para siddiqin dan orang-orang soleh. Mudah-mudahan segala ilmu yang pernah diajarkan serta amal kebajikan yang dilakukan menjadi pahala yang terus mengalir buat beliau di alam barzakh.
Al-Fatihah buat ruh almarhum Tuan Guru Baba Haji Abdul Latif bin Abdul Rashid.