Hadhanah Child Care Centre

Hadhanah Child Care Centre Pusat Jagaan Kanak-kanak

08/05/2026

Hadhanah Child Care Centre | 08 Mei 2026 | Dapur Hadhanah

🍽️ Special Menu Dari Dapur Hadhanah 🍽️

Menu makan tengah hari anak-anak hari ini adalah Nasi Minyak & Ayam Masak Rose 😋

Hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang serta mengutamakan kebersihan, keseimbangan nutrisi dan keselamatan makanan untuk anak-anak.

Semoga anak-anak menikmati hidangan hari ini dengan penuh keceriaan ✨

05/05/2026

Hadhanah Child Care Centre | 05 Mei 2026 | Bilik Bayi

Aktiviti : mengenal warna

Objektif :
1.Bayi dapat mengenal warna merah dan hijau
2.Bayi dpt melihat bunga dan daun hidup
3.Dapat meningkatkan deria penglihatan dan fokus bayi

30/04/2026

Hadhanah Child Care Centre | 30 April 2026 | Dapur Hadhanah

Homemade dari Dapur Hadhanah 🍽️

Hari ini adik-adik disajikan dengan menu tomyam ayam yang menyelerakan.

Tomyam ayam ini dimasak dengan bahan-bahan segar dan penuh kasih sayang oleh Kak Nurul dan Kak Noni 🤍

Kami amat menitikberatkan kebersihan, kualiti bahan serta keselamatan makanan supaya anak-anak dapat menikmati hidangan yang segar dan terjamin.

Terima kasih atas kepercayaan ibu bapa ✨

PERINGATAN KESIHATAN - HFMD Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) masih perlu diberi perhatian oleh semua pihak, kh...
29/04/2026

PERINGATAN KESIHATAN - HFMD

Kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) masih perlu diberi perhatian oleh semua pihak, khususnya ibu bapa, penjaga serta pengusaha pusat jagaan kanak-kanak.

Kesedaran awal dan tindakan pantas amat penting bagi membendung penularan wabak ini. Kerjasama semua pihak dalam memastikan kebersihan, pemantauan gejala serta kepatuhan kepada langkah pencegahan dapat membantu melindungi kanak-kanak dan komuniti sekeliling.

Sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, segera dapatkan pemeriksaan dan elakkan mereka hadir ke taska, tadika atau sekolah sehingga benar-benar pulih.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Bersama kita lindungi anak-anak daripada HFMD.

Sumber : Unit Kesihatan Awam, Pusat Sejahtera, USM

28/04/2026

Hadhanah Child Care Centre | 28 April 2026 | Adik Pintar

Aktiviti: Cari nombor yang betul

1. Mengenal nombor 1 hingga 5 dengan betul.
2. Memadankan nombor dengan kuantiti objek yang betul.
3. Menguatkan kemahiran motor halus melalui aktiviti membulatkan jawapan.

22/04/2026

Hadhanah Child Care Centre | 22 April 2026 | Dapur Hadhanah

Homemade dari Dapur Hadhanah 🍽️

Hari ini adik-adik disajikan dengan menu petang kuih karipap
Karipap ini dibuat sepenuhnya dari awal (from scratch) dengan penuh kasih sayang oleh Kak Nurul dan Kak Noni 🤍

Kami amat menitikberatkan kebersihan, kualiti bahan serta keselamatan makanan supaya anak-anak dapat menikmati hidangan yang segar dan terjamin.

Terima kasih atas kepercayaan ibu bapa ✨

21/04/2026

Hadhanah Child Care Centre | 21 April 2026 | Bilik Adik Cerdik

Aktiviti : Menggunting mengikut garisan

Objektif :
- Membantu mengawal pergerakan tangan dan jari.
- Meningkatkan fokus dan tumpuan semasa melakukan aktiviti.
- Mengembangkan kemahiran motor halus melalui pergerakan jari dan tangan.
- Melatih supaya berhati-hati dan sabar semasa melakukan aktiviti.

14/04/2026

Hadhanah Child Care Centre | 14 April 2026 | Bilik Adik Bijak

Aktiviti : Motor Halus

1. Memegang pencil warna
2. Mengenal warna
3. Mengenal bentuk

Address

H30 Lorong Cahaya Gemilang, Universiti Sains Malaysia Minden Gelugor Pulau Pinang
Penang
11800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hadhanah Child Care Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category