Permataku Kids Kindergarten

Permataku Kids Kindergarten Pemantapan momentum sahsiah dan akademik dalam melahirkan insan berciri IMTIYAZ dengan berketerangkuman nilai holistik.In Sha Allah.

24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H🥰

Alhamdullilah.HIMPUNAN CITA-CITA sempena Astro's Home of Kids 2026 yang telah berlangsung pada 23 Ogos 2026 (Ahad) di Qu...
23/08/2026

Alhamdullilah.HIMPUNAN CITA-CITA sempena Astro's Home of Kids 2026 yang telah berlangsung pada 23 Ogos 2026 (Ahad) di Queensbay Mall,Pulau Pinang.

Program anjuran Pa&Ma serta Astro Ceria ini membuka peluang kepada murid murid Permataku Kids Kindergarten berada di atas pentas di depan khalayak awam dengan berpakaian cita cita memperlihatkan keyakinan diri serta keberanian pengucapan awam anak anak ini.🥰

Setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada semua anak Permataku Kids Kindergarten di atas penglibatan mereka dalam program yang berprestij ini.ANDA SEMUA SEMEMANGNYA HEBAT.In Shaa Allah.💪🏻

Setinggi tinggi terima kasih kepada para ibu bapa di atas usaha dan kesungguhan untuk sama sama merealisasikan program Himpunan Cita Cita.Setinggi tinggi terima kasih kepada Pa&Ma dan Astro Ceria atas peluang yang diberikan. Barakallahfiikum.🥰

Alhamdullilah.BioGustic Designarium Maths telah diadakan di Permataku Kids Kindergarten dengan penuh ketelitian dan sele...
20/08/2026

Alhamdullilah.BioGustic Designarium Maths telah diadakan di Permataku Kids Kindergarten dengan penuh ketelitian dan selengkapnya.

Program berimpak Matematik ini dibawa khusus dan teliti di bawah NATIS-L 5.0 dengan elemen autentik dijadikan nilai untuk mengukuhkan komponen Matematik.Setiap murid membawa pulang hasil ekosistem mini ini.

Pelaksanaan program ini telah berjaya meningkatkan penguasaan multi kompetensi termasuk cara mempersembahkan data secara pengucapan awam oleh murid.Terdapat para Ibu bapa yang menyatakan proses mentelaah hasil masih diteruskan di rumah sebagai rutin harian.In Shaa Allah.Barakallahfiikum.🥰







*Tiada elemen AI dalam penulisan dan foto foto yang diterbitkan.In Shaa Allah.

Bahagian 2.0Alhamdulillah, dengan penuh barakah dan rahmat daripada Allah SWT, telah berlangsung Program Merentas Desa 2...
02/08/2026

Bahagian 2.0
Alhamdulillah, dengan penuh barakah dan rahmat daripada Allah SWT, telah berlangsung Program Merentas Desa 2.0 di Permataku Kids Kindergarten. 🥰🥰🥰

Anak-anak berpeluang menikmati suasana Kampung Sg Nibong bersama rakan-rakan.Sepanjang program berlangsung, mereka turut memerhati pelbagai elemen alam semula jadi yang dijadikan topik perbualan santai sambil merentas desa.😅😅

Wajah anak anak ini penuh dengan keterujaan sepanjang menyelusuri Program Merentas Desa 2.0. Pengalaman pembelajaran autentik ini bukan sahaja memberikan kegembiraan,malah menjadi sebuah kenangan yang amat bermakna buat anak-anak Permataku Kids Kindergarten.

Semoga setiap langkah kecil mereka terus dipenuhi ilmu,akhlak,adab dan rasa syukur terhadap keindahan ciptaan Allah SWT. Barakallahfiikum.







Bahagian 1.0Alhamdulillah, dengan penuh barakah dan rahmat daripada Allah SWT, telah berlangsung Program Merentas Desa 1...
30/07/2026

Bahagian 1.0
Alhamdulillah, dengan penuh barakah dan rahmat daripada Allah SWT, telah berlangsung Program Merentas Desa 1.0 di Permataku Kids Kindergarten. 🥰🥰🥰

Anak-anak berpeluang menikmati suasana Kampung Dodol bersama rakan-rakan.Sepanjang program berlangsung, mereka turut memerhati pelbagai elemen alam semula jadi seperti ayam, kucing, pokok betik, pokok pisang, pokok cempedak, pokok mangga dan banyak lagi.

Wajah anak anak ini penuh dengan keterujaan sepanjang menyelusuri Program Merentas Desa 1.0. Pengalaman pembelajaran autentik ini bukan sahaja memberikan kegembiraan,malah menjadi sebuah kenangan yang amat bermakna buat anak-anak Permataku Kids Kindergarten.

Semoga setiap langkah kecil mereka terus dipenuhi ilmu,akhlak,adab dan rasa syukur terhadap keindahan ciptaan Allah SWT. Barakallahfiikum.







Alhamdulillah.Dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT, Permataku Kids Kindergarten kini membuka pengambilan murid b...
28/07/2026

Alhamdulillah.Dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah SWT, Permataku Kids Kindergarten kini membuka pengambilan murid baharu bagi Sidang Akademik 2027 untuk anak-anak yang dikasihi lagi disayangi berusia 4 tahun hingga 6 tahun.

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dalam membina generasi yang berakhlak,beradab, berilmu dan berdaya memimpin.In Shaa Allah.Barakallahfiikum.🥰🥰🥰







“Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” - Surah Al-Baqarah ayat 168Alhamdulillah.The Halal Story,...
21/07/2026

“Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” - Surah Al-Baqarah ayat 168

Alhamdulillah.The Halal Story,sebuah program berimpak tinggi yang memfokuskan kepada pendidikan halal sebagai asas pembentukan insan berakhlak, berilmu dan bertamadun telah diadakan.

Melalui The Halal Story, murid-murid didedahkan sejak awal bahawa halal bukan sekadar logo, tetapi satu cara hidup yang merangkumi aspek pemilihan makanan, penyediaan, kebersihan, keselamatan dan keberkatan.Pendedahan ini disampaikan secara autentik melalui konsep Halal Kitchen, menjadikan pembelajaran lebih bermakna, menyeronokkan dan kontekstual.

In Shaa Allah,Permataku Kids Kindergarten akan terus mengorak langkah memperkukuh pendidikan halal secara lebih menyeluruh melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang autentik dan berimpak.Semoga usaha kecil ini menjadi asbab melahirkan generasi yang memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai halal dalam kehidupan.Barakallafiikum🥰




Alhamdullilah.Bersyukur ke hadrat illahi atas limpah kurnia Allah SWT dianugerahkan Anugerah Guru Inovatif Individu Pras...
16/07/2026

Alhamdullilah.Bersyukur ke hadrat illahi atas limpah kurnia Allah SWT dianugerahkan Anugerah Guru Inovatif Individu Prasekolah Swasta Peringkat Negeri Pulau Pinang dalam Majlis Apresiasi Pendidikan Negeri Pulau Pinang 2026 yang berlangsung di Bertam Resort.

Doakan semoga Permataku Kids Kindergarten terus beristiqamah dalam membina generasi pewaris negara yang berakhlak,beradab,berilmu dan memimpin. Barakallahfiikum.🤲🏻🥰🥰🌹

Alhamdulillah, Lawatan Sambil Belajar ke Countryside Penang, Balik Pulau, telah berlangsung dengan jayanya. Program beri...
06/07/2026

Alhamdulillah, Lawatan Sambil Belajar ke Countryside Penang, Balik Pulau, telah berlangsung dengan jayanya. Program berimpak ini memberi peluang kepada anak-anak Permataku Kids Kindergarten meneroka pengetahuan mengenai kuda dengan lebih dekat.Program ini bukan sahaja memberi keberanian kepada anak-anak untuk menunggang kuda, malah meningkatkan keyakinan diri, kemahiran berkuda adalah sunnah Rasullulah SAW dan kemahiran berkomunikasi serta memperkayakan pengetahuan mereka mengenai kuda, penjagaan, pemakanan dan fungsi kuda dalam kehidupan manusia.

Melalui pengalaman pembelajaran secara kontekstual ini, murid murid dapat memahami situasi sebenar, sekali gus menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna, menyeronokkan dan mudah difahami.

Program ini memberi ruang kepada murid untuk menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT melalui pemerhatian terhadap keunikan dan keistimewaan kuda sebagai salah satu makhluk ciptaan-Nya.Barakallahfiikum.🌹





Bandar Matematik - Hakikat Pendidikan SebenarAlhamdullilah.”Tomorrow’s Leaders Through Math 3.0” adalah sebuah program b...
02/07/2026

Bandar Matematik - Hakikat Pendidikan Sebenar
Alhamdullilah.”Tomorrow’s Leaders Through Math 3.0” adalah sebuah program berimpak pengetahuan Matematik direka khas untuk murid murid Permataku Kids Kindergarten.

Walaupun komponen ini diberikan pendedahan secara istiqamah di dalam kelas,ia masih memerlukan murid murid lebih terbuka memahami akan kepentingan komponen ini apabila ia diraikan secara kolektif dengan pembinaan sebuah suasana Bandar Matematik- “Maths City” secara menyeluruh dan diadakan khas bagi murid murid 6IB di Hall 1 - Hall 3 Penang Digital Library.

Pemahaman mereka dicipta cara bahawa Matematik bukan sekadar nombor.Semoga pewaris negara ini terus mengukuh nilai akhlaq dan akademik.In Shaa Allah.Barakallah.






Address

Penang Island

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Friday 07:00 - 18:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permataku Kids Kindergarten posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Permataku Kids Kindergarten:

Shortcuts

Share

Category