Alumni Universiti Sains Malaysia

Alumni Universiti Sains Malaysia

Share

USM Alumni Official Page

29/05/2026

Selamat Hari Wesak kepada semua yang meraikannya.
Ikhlas Daripada Pusat Pembangunan Alumni USM.




26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang meraikannya.
Ikhlas Daripada Pusat Pembangunan Alumni USM.




Photos from Alumni Universiti Sains Malaysia's post 22/05/2026

22 Mei 2026 – Sekitar seminar _Engineering Your Future_ dengan kerjasama Pusat pembangunan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) bagi pelajar tahun akhir yang bertempat di Bilik Kuliah, Kampus Kejuruteraan Tuanku Sirajuddin USM pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Terima kasih kepada ahli panel Ts. Mohd Azhar Bin Awang selaku Pengerusi Alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) dan Ir. Dr. Mohd Zulham Affandi Bin Mohd Zahid, _Senior Lecture School Of Civil Engineering_ USM serta semua yang hadir dan semoga kita semua dapat terus bekerjasama menjayakan program seperti ini.❤️



Photos from Alumni Universiti Sains Malaysia's post 22/05/2026

22 Mei 2026 – Sekitar seminar _Engineering Your Future_ dengan kerjasama Pusat Pembangunan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) bagi pelajar tahun akhir yang bertempat di Bilik Kuliah, Kampus Kejuruteraan Tuanku Sirajuddin USM pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Terima kasih kepada ahli panel Ts. Mohd Azhar Bin Awang selaku Pengerusi Alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) dan Ir. Dr. Mohd Zulham Affandi Bin Mohd Zahid, _Senior Lecture School Of Civil Engineering_ USM serta semua yang hadir dan semoga kita semua dapat terus bekerjasama menjayakan program ini.❤️



Photos from Alumni Universiti Sains Malaysia's post 22/05/2026

29 April 2026 – Sekitar seminar _Beyond The Scroll, Equipping the Next Generation Chemical Engineers_ dengan kerjasama Pusat Pembangunan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) yang bertempat di Auditorium, Kampus Kejuruteraan Tuanku Sirajuddin USM pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Terima kasih kepada ahli panel dan semua yang hadir dan semoga kita semua dapat terus bekerjasama menjayakan dan mendapat Impak yang positif dalam program seperti ini.❤️



14/05/2026

𝙎𝙀𝙆𝘼𝙇𝙐𝙉𝙂 𝙏𝘼𝙃𝙉𝙄𝘼𝙃: 𝙋𝙀𝙉𝙂𝙄𝙆𝙏𝙄𝙍𝘼𝙁𝘼𝙉 𝙎𝘼𝙄𝙉𝙏𝙄𝙎 𝙏𝙀𝙍𝘽𝘼𝙄𝙆 𝘿𝙐𝙉𝙄𝘼

Seluruh warga MUAFAKAT MARA Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:

𝘠𝘉𝘏𝘎. 𝘗𝘙𝘖𝘍𝘌𝘚𝘚𝘖𝘙 𝘋𝘈𝘛𝘖’ 𝘚𝘌𝘙𝘐 𝘐𝘙. 𝘋𝘙. 𝘈𝘉𝘋𝘜𝘓 𝘙𝘈𝘏𝘔𝘈𝘕 𝘉𝘐𝘕 𝘔𝘖𝘏𝘈𝘔𝘌𝘋

atas kejayaan luar biasa beliau yang telah diiktiraf sebagai Saintis Terbaik dalam Bidang Kimia:

🔶 Tempat Pertama (No. 1) di Malaysia
🔶 Tempat ke-778 di Peringkat Dunia

Pencapaian ini merupakan satu mercu tanda kecemerlangan yang amat membanggakan bagi seluruh komuniti pendidikan dan sains negara. Semoga pengiktirafan bertaraf global ini terus menjadi pemangkin semangat kepada warga pendidik dan para pelajar di bawah naungan ekosistem MARA untuk terus memburu kecemerlangan di persada antarabangsa.

Ikhlas daripada:
MUAFAKAT MARA Malaysia

06/05/2026

🚨 PENCARIAN USM FUTURE LEADER 2026 🚨

Anda mahasiswa USM yang aktif, berpotensi dalam kepimpinan dan ingin membina masa depan sebagai pemimpin muda? Inilah peluang anda! 🌟

Program USM Future Leader merupakan inisiatif Persatuan Alumni USM untuk mengenal pasti, membimbing dan menyokong mahasiswa USM yang mempunyai potensi kepimpinan tinggi serta semangat untuk menyumbang kembali kepada universiti dan masyarakat.

Program ini bukan sekadar sebuah platform pembangunan diri, malah membuka ruang kepada mahasiswa untuk memperkukuhkan kemahiran kepimpinan, komunikasi, jaringan profesional dan pembangunan akademik.

✨ Antara kelebihan program:
📚 Pembangunan insaniah dan akademik
🤝 Peluang menyertai pelbagai program kepimpinan
🎓 Bimbingan dan jaringan bersama Alumni USM

📌 Kriteria Utama:
✅ Mahasiswa USM sepenuh masa
✅ Tahun 1 atau Tahun 2
✅ PNGK minimum 3.00
✅ Dari keluarga B40 / memerlukan bantuan kewangan
✅ Aktif dalam kepimpinan, persatuan, sukarelawan, sukan atau program universiti

🗓 Tarikh Permohonan:
6 Mei 2026 – 16 Mei 2026

📲 Mohon sekarang melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScPBL58cfn2lVZCBqNEhXlPuxLVJWM_ltuPlcpYXfCwfbJbnw/viewform

“Pemimpin masa depan tidak lahir secara kebetulan, tetapi dibentuk melalui peluang dan pengalaman.” ✨

05/05/2026

Sekalung Tahniah diucapkan kepada
YBhg Dato' Sri Suriani Binti Dato' Ahmad
(Alumni USM Tahun 1993)

Atas Pelantikan sebagai

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
berkuat kuasa pada 04 Mei 2026.

Ikhlas Daripada Pusat Pembangunan Alumni USM



04/05/2026




Want your school to be the top-listed School/college in Penang Island?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pusat Pembangunan Alumni, Bangunan D02, Universiti Sains
Penang Island
11800

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00