MRSM Balik Pulau

MRSM Balik Pulau Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau (singkatan: MRSM Balik Pulau atau MRSM BP)

Sekitar Perhimpunan Rasmi Maktab yang telah berlangsung dengan jayanya. Dalam majlis yang sama turut diadakan penyampaia...
17/03/2026

Sekitar Perhimpunan Rasmi Maktab yang telah berlangsung dengan jayanya. Dalam majlis yang sama turut diadakan penyampaian sumbangan Hari Raya kepada pelajar yang terpilih sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan warga maktab.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat menceriakan persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba. Pihak maktab juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga maktab dan umat Islam 🎊🎉

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Bubur Lambuk hari ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama guru dan staf MRSM Bal...
16/03/2026

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Bubur Lambuk hari ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama guru dan staf MRSM Balik Pulau.

Suasana penyediaan dan memasak bubur lambuk yang dilakukan bersama-sama jelas menggambarkan semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan warga maktab.

Semoga usaha ini membawa keberkatan dan menyemarakkan lagi kemeriahan Ramadan. 🌙✨

13/02/2026
🌸 Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Semester 2, 2025 🌸📅 13 Februari 2025 (Jumaat)🕗 8.00 pagi🎨 Tema: Matcha Strawberry...
13/02/2026

🌸 Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Semester 2, 2025 🌸
📅 13 Februari 2025 (Jumaat)
🕗 8.00 pagi
🎨 Tema: Matcha Strawberry

Alhamdulillah, Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Semester 2, 2025 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini diadakan bagi menghargai usaha dan pencapaian cemerlang para pelajar sepanjang semester yang lalu.

🏆 Penerima Anugerah APP
✨ Zyrwah ’12 – 98 orang
✨ Avisenna ’11 – 92 orang
✨ Mansoura ’10 – 113 orang
✨ Radiant ’09 – 51 orang

📊 Kedudukan MRSM Semalaysia
🥇 Zyrwah ’12 – 10/54
🥉 Avisenna ’11 – 3/54
🥉 Mansoura ’10 – 3/54
🥈 Radiant ’09 – 2/56

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan selaras dengan aspirasi Nurturing Future Global Leaders.

Terima kasih juga kepada semua guru dan warga maktab yang sentiasa komited dalam membimbing anak-anak pelajar ke arah kejayaan.



🌙 Ramadan makin hampir…Jom sama-sama kita hadiri Ceramah & Peluncuran Ihya’ Ramadan 1447H📅 Khamis | 12 Februari 2026⏰ 3....
10/02/2026

🌙 Ramadan makin hampir…
Jom sama-sama kita hadiri Ceramah & Peluncuran Ihya’ Ramadan 1447H

📅 Khamis | 12 Februari 2026
⏰ 3.30 – 4.30 petang
📍 DSG MRSMBP

✨ Semua guru & staf dijemput hadir (dikira hari berkursus).
Jumpa nanti, insya-Allah 🤍

Radiant’09: Menggapai 1.3125Vision without ex*****on is hallucination.~Thomas Edison Visi yang jelas perlu disusuli tind...
10/02/2026

Radiant’09: Menggapai 1.3125

Vision without ex*****on is hallucination.~Thomas Edison
Visi yang jelas perlu disusuli tindakan yang berfokus.

Pelancaran Radiant’09 menzahirkan komitmen bersama apabila Ketua Mentor Subjek menyerahkan GP sasaran setiap subjek, disusuli simbolik pulut kuning sebagai tanda doa, restu dan harapan guru buat anak-anak didik tercinta.

Dengan iringan doa dan sokongan Mansoura’10, Avisenna’11, Zyrwah’12, Zenith’13 serta seluruh warga MRSM Balik Pulau, semoga Radiant’09 terus cekal melangkah, berdisiplin melaksana dan istiqamah berusaha dalam menggapai sasaran 1.3125.

Kami percaya pada kalian.
Kami sentiasa berdoa untuk kejayaan kalian. 🌟

Hari Runding Cara Akademik 2026 Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir hari ini. Komitmen d...
30/01/2026

Hari Runding Cara Akademik 2026

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir hari ini. Komitmen dan keprihatinan anda dalam berbincang demi masa depan anak-anak amat kami hargai. 🤝

Semoga segala perkongsian tadi menjadi pembakar semangat untuk pelajar terus cemerlang!







Pihak MRSM Balik Pulau dengan sukacitanya menjemputibu bapa dan penjaga untuk menghadiri Runding Cara Akademik (RCA) Sem...
29/01/2026

Pihak MRSM Balik Pulau dengan sukacitanya menjemput
ibu bapa dan penjaga untuk menghadiri Runding Cara Akademik (RCA) Semester 2/2025.

Program ini bertujuan untuk membincangkan prestasi serta perkembangan akademik pelajar, di samping memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak.

🗓 30 Januari 2026 (Jumaat)
📍 PSP MRSM Balik Pulau

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amat dialu-alukan dan dihargai.







23/01/2026

Memacu Inovasi Melalui Design Thinking MYGIFT@4

Inovasi bukan sekadar trend, tetapi kemahiran kritikal bagi menjamin masa depan generasi madani. Menyedari kepentingan ini, subjek Design Thinking telah diperkenalkan secara khusus oleh pihak MARA di bawah program MYGIFT buat pelajar Tingkatan 4.

Hanya dalam tempoh 4 jam menggunakan modul khas daripada Bahagian Pendidikan Menengah MARA, para pelajar telah membuktikan kreativiti mereka dengan:
✅ Menghasilkan prototaip Low Fidelity yang kreatif.
✅ Melengkapkan Lean Canvas untuk struktur perniagaan mampan.
✅ Melaksanakan sesi 3-minute pitching yang penuh berkeyakinan.

Tahniah diucapkan kepada semua inovator muda MRSM! Masa depan yang gemilang bermula di sini.











Langkah Sederap ke Arah Kecemerlangan! 🚀Selesai sudah Majlis Perasmian Penutupan Program MARA Youth Gifted and Talented ...
23/01/2026

Langkah Sederap ke Arah Kecemerlangan! 🚀

Selesai sudah Majlis Perasmian Penutupan Program MARA Youth Gifted and Talented (MyGift) buat pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM Balik Pulau!

Program ini bukan sekadar taklimat biasa, tapi persediaan 'tempur' untuk anak-anak kita menguasai kemahiran asas subjek sebelum sesi pembelajaran bermula. Diharap program ini dapat memberi setiap pelajar:

✅ Mempunyai amalan belajar yang berkesan.
✅ Siap siaga mental dan akademik dengan sistem MRSM.
✅ Menjadi modal insan yang berkualiti dan berdaya saing.

Semoga ilmu yang ditimba menjadi pemacu kejayaan sepanjang di maktab. 💪✨








POV : Apa kata ibu ayah..
16/01/2026

POV : Apa kata ibu ayah..

Check out BWP MRSM Balik Pulau 25/26’s video.

Address

Penang Island
11000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Balik Pulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category