09/01/2025
📌 Dakwaan kertas soalan peperiksaan Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 bocor adalah TIDAK BENAR.
📌 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil tindakan pantas bagi menyiasat dakwaan tersebut dan mendapati ia tidak berasas. Tangkap layar yang ditularkan hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.
📌 Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layar yang ditularkan.
📌 Kerahsiaan kertas peperiksaan awam adalah terpelihara dan kepentingan serta keadilan kepada semua calon SPM 2024 adalah terjamin.
📌 Semua calon peperiksaan SPM 2024 dinasihatkan untuk kekal tenang dan fokus dalam menghadapi peperiksaan.
01/01/2025
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON SPM 2024. SEMOGA SEMUA CALON SENTIASA TENANG, DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN DIKURNIAKAN KEJAYAAN
01/12/2024
Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2024
Semoga Maju Jaya
01/12/2024
MARI KENALI HADIS 40 IMAM NAWAWI
Siri 19: Takwa dan Akhlak Mulia
Hadis ke 18 daripada himpunan Hadis 40 Imam Nawawi ini menjelaskan tentang tiga perkara utama, iaitu:
i. Sentiasa bertakwa kepada Allah SWT walau di mana sahaja berada.
ii. Bersegera melakukan kebaikan setelah melakukan kesilapan.
iii. Bergaul dengan akhlak yang baik.
Orang yang bertakwa ialah takut kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Takwa boleh menjadi benteng seseorang daripada menerima azab Allah SWT. Dengan bertakwa kepada Allah SWT, hasrat seseorang untuk berjaya dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara akan dipermudahkan.
01/12/2024
Permohonan Matrikulasi Sesi 2025/2026
INFO KPM: Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi sesi 2025/2026 mulai 1 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025.
Untuk maklumat lanjut sila imbas Kod QR yang disediakan.
24/10/2024
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan pada tahun 2025 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM800 juta.
Inisiatif BAP memberi manfaat kepada 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Inisiatif ini dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan baharu pada tahun hadapan.