Tidak Selayaknya Sebagai Orang Tua mendoakan Keburukan Kepada Anaknya
قال رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ ، وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَوْلَادِكُمْ ، وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُمْ ، لَا تُوَافِقُوا مِنَ اللهِ سَاعَةً يُسْأَلُ فِيهَا عَطَاءٌ ، فَيَسْتَجِيبُ لَكُمْ
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “Janganlah kalian mendoakan keburukan pada diri kalian, jangan mendoakan keburukan pada anak-anak kalian, jangan mendoakan keburukan pada harta-harta kalian, janganlah kalian menepati saat dikabulkannya doa dari Allah lalu Ia akan mengabulkan untuk kalian” (HR. Muslim 5328)
Mutiara ilmu Al-Quran dan Sunnah
Mutiara ilmu Al-Quran dan Sunnah ditubuhkan pada tahun 2016 yang berpengkalan di Malaysia
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maa'idah:16)
24/08/2023
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Maa'idah:8)
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar. (Al-Maa'idah:9)
Kaya Tidak Semestinya Sayang.
‘Uqbah bin ‘Amir R.A meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda:
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ
Maksudnya: “Apabila kamu melihat Allah S.W.T memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan maksiat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa perkara itu adalah istidraj* dari Allah S.W.T.”
[HR Ahmad]
*Pemberian yang diberi untuk menambahkan lagi kesombongan dan keangkuhan.
Semoga Allah selamatkan kita dari "istidraj"
Jadilah hamba Allah s.w.t yang sentisa bersyukur
Kredit Dr Abu Anas Madani
Lima pesanan Nabi ﷺ kepada Abu Hurairah untuk kita sama-sama amalkan.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda :
مَنْ يَأْخُذُ عَنِّي هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أَوْ يُعَلِّمُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِنَّ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقُلْتُ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَأَخَذَ بِيَدِي فَعَدَّ خَمْسًا وَقَالَ اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللَّهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَلَا تُكْثِرْ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ
“Siapa yang mahu mengambil kalimat-kalimat itu dariku lalu mengamalkannya atau mengajarkan kepada orang yang akan mengamalkannya?”
Abu Hurairah menjawab: “Saya, wahai Rasulullah.”
Baginda mengambil tanganku lalu menyebut lima perkara :
1) Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram, nescaya kamu menjadi orang yang paling baik ibadahnya.
2) Redhalah terhadap pemberian (rezeki) Allah kepadamu, nescaya kamu akan menjadi orang yang paling kaya.
3) Buat baiklah terhadap jiranmu, nescaya kamu menjadi orang mukmin.
4) Cintailah untuk orang lain sesuatu yang kamu cintai untuk dirimu sendiri, nescaya kau menjadi orang muslim.
5) Jangan banyak ketawa kerana banyaknya ketawa itu mematikan hati.
Hadis riwayat al-Tirmizi no. 2305, dinilai hasan oleh al-Albani
Jika kita meneliti zikir-zikir yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis, nescaya kita akan mendapati bahawa ianya mudah untuk diamalkan oleh setiap peringkat manusia.
Daripada Jabir radhiyallahu 'anhu, Nabi ﷺ bersabda :
مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ غُرِسَتْ لَهُ نَخْلَةٌ فِي الْجَنَّةِ
"Sesiapa mengucapkan Subhanallahil 'Azhimi wa bihamdih (Mahasuci Allah yang Maha Agung, dan segala puji bagi-Nya), maka ditanamkan untuknya sebuah pohon kurma di syurga."
Hadis riwayat al-Tirmizi no. 3464. Beliau berkata hadis ini hasan gharib sahih
*Sebarkan amalan sunnah.
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa':170)
Memurnikan tauhid dari noda kesyirikan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Penang Island
11900