03/03/2026
*Program Guru Penyayang "Sumbangan Pelajar Asnaf KVBL Tahun 2026"*
Sempena Program Ihya' Ramadhan 1447H/2026M,
Pihak MAKDIK dan UPK KVBL akan mengadakan Majlis Sumbangan Hari Raya Pelajar Asnaf bagi meringankan beban dan berkongsi kegembiraan menyambut Syawal yang bakal tiba.
Pensyarah & warga kolej serta warga maya yang ingin menyumbang boleh menyerahkan wang kepada Ustazah Mastura & Pn.Asma' ataupun melalui Maybank Surau Ar Rahman KVBL (157241104321).Rujukan 'sumbangan hari raya asnaf'
Tabung bergerak diedarkan setiap hari Jumaat selepas bacaan Yasin dan waktu solat Zohor.
Sumbangan tuan puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
'ramadhanKVBL2026