15/03/2021
*"40 tahun tu lama sangat la. Aku kalau boleh nak ada 200K sebelum aku bersara."*
Sebenarnya kau tak perlu tunggu 40 tahun pun. Orang yang bijak buat tempoh 40 tahun supaya dapat sijil ASB yang besar dengan komitmen bulanan yang rendah. Bila sijil besar, lagi banyak dividen yang kita dapat. Lagi cepatlah duit akan berkembang.
*"So berapa tahun untuk aku kumpul 200K?"*
Sebenarnya dalam tempoh 13 tahun pun boleh capai matlamat kau tu. Kalau sijil ASB 200K, tempoh 40 tahun bulanan cuma RM780. Dah siap-siap termasuk dengan takaful untuk 5 tahun.
Kau simpan setiap bulan RM780. Dividen tiap-tiap tahun kau jangan usik. Biar je dividen tu berkembang dalam ASB. Maknanya kau buat Teknik Compounding lah.
*Hasil selepas 13 tahun:*
Compounding Dividen 5%: RM177,130
Selepas 13 tahun, baki hutang kau anggaran ada lebih kurang RM162,250. Bila kau terminate, sijil ASB RM200,000 tu akan selesaikan baki hutang kau. Jadi kau akan dapat balik prinsipal yang kau dah bayar selama 13 tahun tu.
Prinsipal: 200,000 - 162,250 = RM37,250
Jadi anggaran hasil simpanan selepas 13 tahun;
RM177,130 + RM37,250 = RM214,380✓ 💰💰💰
*"Berapa total aku kena bayar selama 13 tahun tu?"*
Selama 13 tahun, modal yang kau dah keluarkan = 780 x 12 x 13 = RM121,680. Kau simpan RM121K, hasilnya RM214K. Lebih kurang RM93K untung.
*"Ok jugak tu. 13 tahun tak lama sangat. Aku ingat kena tunggu 40 tahun baru dapat kumpul 200K."*
Ya. Buat ASBF ni memang salah satu cara yang cepat untuk kumpul duit. Kalau kau simpan RM780 setiap bulan dalam akaun bank biasa, kau perlukan;
214,380 / 780 = 275 bulan untuk kumpul hasil yang sama.
275 bulan tu lebih kurang 23 tahun. Jadi dengan ASBF kau dah jimat 10 tahun.
*"Umur aku sekarang 30 tahun. Target pencen nanti umur 55. Kalau aku simpan sampai umur 55 tahun berapa aku dapat?*
Maknanya kau nak simpan sampai tempoh 25 tahun.
Compounding dividen 5%: RM477,270
Prinsipal: 200,000- 108,380 = RM91,620
Jumlah Simpanan: RM568,890✓
Kau simpan 780 x 12 x 25 = RM234,000.
Jadi kau untung RM334,890.
*"Ok la tu. Dah hampir setengah juta. Kalau combine dengan KWSP nanti insyaallah cukuplah 1 Juta duit pencen aku."*
Ya betul tu bro. Apa-apa pun yang penting kena bertindak. Fast action, fast result. Ada orang tu buat kajian sampai 10 tahun pun masih belum buat keputusan. Fikir saja 10 tahun. Itu belum tanya bini lagi. Kalau tanya bini rasanya kena tambah lagi 5 tahun baru boleh buat keputusan.
Pengiraan di atas adalah contoh untuk sijil 200K. Bagi sijil jumlah lain, boleh guna nisbah saja. Contoh;
▪️Sijil 100K - bulanan RM390, boleh bahagi 2 hasil di atas.
▪️Sijil 50K - bulanan RM195, boleh bahagi 4 hasil di atas.
*_Kiraan berdasarkan dividen ASB 5% dan kadar keuntungan bank 3.5%. Hasil sebenar mungkin berbeza._*