Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah

Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah Dipersilakan mantan pelajar SMKTAJ untuk bertapak di sini.

11/05/2023

SHAH ALAM: QL Resources Bhd (QL), pemegang francais induk FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 cawangan kedainya di seluruh negara sejak Mac lalu.

Mesyuarat Projek Pembangunan Bersepadu STAJ Rejuvenasi 2018 - 2026 : Kemaskini Project:31 oct 2018 jam 3 ptg bertempat P...
01/11/2018

Mesyuarat Projek Pembangunan Bersepadu STAJ Rejuvenasi 2018 - 2026 : Kemaskini Project

:31 oct 2018 jam 3 ptg bertempat Pejabat Daerah Klang

Kelewatan dalam perlaksanaan Projek tidak dapat dielakkan atas dua punca utama :-

1. Proses kelulusan merancang yang melibatkan kebenaran khas Kementerian untuk pembinaan struktur di Tanah milik Kerajaan oleh pihak ketiga.

2. Proses kelulusan kewangan yang memerlukan kelulusan merancang diluluskan terlebih dahulu.

Projek dijangka dapat dilaksanakan pada seawal July 2019 (12 bulan kelewatan dari perancangan asal July 2018)

Walau bagaimanapun, tempoh perlaksanaan akan disemak semula dari 8 tahun kepada tempoh Yang lebih awal dengan penggunaan sumber2 yang lebih intensif nanti.

MOHD RAFI BIN OTHMAN
Koordinator PPBS18-26 / Pengurus Besar Projek

PEKELILING RASMI PEMILIHAN JAWATANKUASA PUSAT ALUMNI 2018-2020Mesyuarat Agung yang telah diadakan pada Sabtu 30 Jun 2018...
02/07/2018

PEKELILING RASMI PEMILIHAN JAWATANKUASA PUSAT ALUMNI 2018-2020

Mesyuarat Agung yang telah diadakan pada Sabtu 30 Jun 2018 : 12.00 Tgh

Assalam dan Salam Menuju Malaysia Gemilang, Semoga  negara dan seluruh rakyat Malaysia di Rahmati Allah SWT dan di kurni...
12/05/2018

Assalam dan Salam Menuju Malaysia Gemilang, Semoga negara dan seluruh rakyat Malaysia di Rahmati Allah SWT dan di kurniakan limpahan kemewahan Dunia dan Akhirat darinya.

Salam Rejuvenasi Alumni STAJ, Persatuan Bekas Pelajar - Pelajar yang mewakili puluhan Ahli-Ahli nya sejak Sekolah Tengku Ampuan Jemaah ditubuhkan pada Tahun 1965 dengan nama Sekolah Lapangan Terbang Lama, Pelabuhan Klang.

Hari ini, cabaran memartabatkan Pendidikan Generasi Baru STAJ adalah agenda Utama Alumni STAJ dengan mengembling tenaga seluruh Bekas Pelajar, Guru2 , Ibubapa dan masyarakat sekitar agar bersama-sama mendokong matlamat Rejuvenasi STAJ 2018-2026.

Maksudnya agenda Alumni STAJ bukan sahaja untuk mengeratkan ukhwah Ahli-Ahlinya, tapi bersama-sama menyumbang idea, tenaga, kepakaran dan sumber2 untuk Pemerkasaan sekolah yang berjasa kepada kita semua.

Pelancaran Rejuvenasi Oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor pada 1 Mac 2018 adalah langkah bermulanya usaha.

Dalam mencari kaedah perlaksanaan terbaik Projek Rejuvenasi, kita disaji seketika dengan agenda 5 tahun negara, pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum Ke 14 dan Pembentukan Kerajaan Baru yang diberi mandat oleh belasan Jutaan rakyat yang berhak mengundi pada 9 May yang lepas.

Proses Rejuvenasi diteruskan semula dengan jalinan kerjasama dengan semua pihak khususnya Kementerian Pendidikan mahupun Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan pembentukan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Bekas Perdana Menteri Ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Barisan anggota kabinetnya. Alumni STAJ mengambil pendekatan yang terbuka untuk menjemput semua bersama terlibat dalam membantu melancarkan urusan perlaksanaan Projek sekolah kita.

Dengan agenda explorasi bersepadu merangkumi Agenda2 Pembangunan 8 Tahun, Penubuhan Lembaga Pengelola Sekolah dan Rejuvenasi Pendidikan (Akademik, TVET, Entrepreneurship & Sukan) yang bakal menjadikan STAJ Pusat Kecemerlangan Terulung di Negeri Selangor menjelang tahun 2026. Alumni STAJ akan berkerjasama dengan sesiapa sahaja dan semua pihak untuk tujuan murni tersebut.

Untuk semua Ahli - Ahli Alumni, jom kita lupakan perbezaan pandangan politik kita semasa musim pilihanraya dan fokus semula kebersamaan dalam urusan Rejuvenasi STAJ tanpa mengira siapa pun kita.

Insya Allah Alumni STAJ, untuk Ahli-Ahli, masyarakat sekitar dan Generasi Baru STAJ.

Dari,
Ahmad Mansor Sa
Pengerusi Alumni STAJ
12 May 2018

INSURANCE KHAIRAT ALUMNI STAJ DI PERKENALKANSeramai 86 orang Ahli-Ahli Seumur Hidup dan Ahli2 Kanan Alumni akan dilindun...
03/04/2018

INSURANCE KHAIRAT ALUMNI STAJ DI PERKENALKAN
Seramai 86 orang Ahli-Ahli Seumur Hidup dan Ahli2 Kanan Alumni akan dilindungi oleh Insurance Khairat Kematian untuk Ahli, Pasangan dan 3 orang Anak.

Sila hubungi
:Pn Azlina Amran - 013 2435600
:Pn Zaharah Asman - 012 3311293

Sila kemaskinikan Data Peribadi Masing seperti nama2 tertera untuk Sijil Rasmi Khairat di keluarkan oleh Persatuan.

ASPIRASI REJUVENASI STAJ 2018 - 2026mengandungi beberapa cadangan, jawatankuasa, "taskforce" dan kerja-kerja kajian, fiz...
28/03/2018

ASPIRASI REJUVENASI STAJ 2018 - 2026
mengandungi beberapa cadangan, jawatankuasa, "taskforce" dan kerja-kerja kajian, fizikal mahupun "virtual" yang bakal melibatkan kita semua. Untuk membangunkan sesuatu yang unik dan bernilai demi Generasi akan datang.

Jom bersama-sama terlibat samada anda adalah Guru, Bekas Guru, Bekas Murid (Alumni STAJ), bekas murid dari sekolah2 berdekatan, ahli2 dan ketua2 masyarakat sekitar serta guru2 mahupun profesional yang mahu bersama-sama dalam Aspirasi Rejuvenasi STAJ 2018 - 2016.

Kita adunkan sesuatu (Imagineering) sebagai sumbangan dari kita semua tanpa mengira agama, keturunan dan pandangan politik.

SEMBAH UCAPAN PENGERUSI ALUMNI STAJ DI MAJLIS PELANCARAN REJUVENASI STAJ 2018 - 1 MAC 2018 Assalam Dan Selamat Sejahtera...
06/03/2018

SEMBAH UCAPAN PENGERUSI ALUMNI STAJ DI MAJLIS PELANCARAN REJUVENASI STAJ 2018 - 1 MAC 2018


Assalam Dan Selamat Sejahtera
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Tengku Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.

Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon di Ampun
Terlebih dahulu, patik mewakili warga Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Khususnya Ahli-Ahli Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah, Pelabuhan Klang ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga diatas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri, mencemar duli berangkat ke Majlis pelancaran Rejuvenasi STAJ 2018 ini, satu upacara dua dalam satu iaitu;-

PERLANCARAN PROJEK PEMBANGUNAN BERSEPADU STAJ 2018 - 2026
Dan
PELANCARAN PORTAL INTERAKTIF ALUMNI STAJ (

Satu Majlis yang julung-julung kali diadakan di Negeri Selangor ini atau mungkin seumpamanya di Malaysia.
Ampun Tuanku Sempah Patik Mohon Diampun, Izinkan Patik menyampaikan Ucapan Kepada barisan tetamu Yang Hadir.

1. Yang Amat Dihormatkan, Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani bin Haji Pateh Akhir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya (Orang Besar Daerah Klang) Dan Yang Berbahagia Datin

2. Yang Berbahagia Dato’ Mohd Rosli Bin Ramli , Pegawai Kemajuan Persekutuan Negeri Selangor mewakili Yang Berhormat Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3. Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdullah bin Khalid , Pengarah Khas Jabatan Perdana Menteri

4. Yang Dihormati, Dr Nik Mohamad Azli Nik Ariffin, Pegawai Khas Kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri

5. Yang Dihormati, Tuan Haji Mohd Salleh Bin Mohd Kassim, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.

6. Yang Berbahagia, Datuk Ir. Ruslan bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor

7. Yang Mulia Tengku Dato Hishamuddin Zaizi Bin Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Azman Shah Al Haj, President Ikhasas Group dan Isteri.

8. Dato Nazipah Jamaludin , Pengarah Kanan Fama.

9. Yang Berbahagia Dato Dr. Azman Ching, Penyelaras Pembangunan Parlimen Persekutuan Klang

10. Yang Berbahagia Tuan Azmizam Bin Zamanhuri, Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Selangor

11. Yang Berbahagia Dato Nasaruddin Bin Dato Mat Zin , Koordinator DUN N46 Persekutuan

12. Yang Berbahagia Dato Sheikh Rajesh Bin Sheikh Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Sheikh Brothers

13. Yang Berusaha, Encik Mohd Yusof bin Hashim, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Tengku Ampuan Jemaah

14. Yang Berusaha, Encik Zakaria bin Ismail, Pengetua SMK Tengku Ampuan Jemaah

Yang Berbahagia Dato’ Seri-Dato’ Seri, Dato’-Dato’, Puan Sri-Puan Sri, Datin Seri-Datin Seri, Datin-Datin, Wakil- wakil Jabatan, Ahli Jawatankuasa Pusat dan Sokongan Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah Pelabuhan Klang, Barisan Pentadbir SMK Tengku Ampuan Jemaah, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Pelancaran Rejuvenasi SMK Tengku Ampuan Jemaah 2018.

Serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Bersyukur kita ke Hadrat Allah Subhanallah huwataala, kerana dengan Limpah kurnia dan Izinnya dapat kita bersama-sama berhimpun di Dewan Bestari SMK Tengku Ampuan Jemaah ini dengan penuh makna untuk memulakan sesuatu usaha dan kerjasama dalam melestarikan pendidikan di Negara kita.

BUNGA MELUR KEMBANG SEKAKI, MARI DIBUNGKUS DENGAN KERTAS, DIDALAM TELUR LAGI DI NANTI, INIKAN P**A HAMPIR MENETAS

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada barisan Tetamu dan Dif Kehormat yang telah sudi hadir ke Majlis Pelancaran Rejuvenasi STAJ 2018 ini, di dalam kesebokan aktiviti-aktiviti harian terutamanya Majlis yang kami anjurkan ini diadakan pada hari berkerja.

Jutaan Terima Kasih, Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Majlis Rejuvenasi STAJ 2018 ini yang di ketuai oleh Timbalan Pengerusi Alumni, Sdr Mohd Izhar Bin Hazim bersama-sama barisan ahli jawatankauasanya yang terdiri daripada Bekas Pelajar SMK Tengku Ampuan Jemaah yang berpengalaman seusia 60 tahun sehinggalah yang masih belia awal 20an dari pelbagai Keturunan, agama, latar belaknag pendidikan dan ekonomi. Bersama-sama Guru-guru Sekolah Tengku Ampuan dan Ahli-Ahli komuniti sekitar.

Terma kasih juga agensi-agensi dan jabatan-jabatan Kerajaan yang terlibat dengan persiapan seperti JKR, MPK, FAMA, PPD. dan lain-lain yang telah bertungkus lumus dan berkorban masa dan tenaga dengan gigih untuk memastikan Majlis ini berjalan dengan lancer dan gemilang.

Hadirin yang di hormati Sekelian,
Kurang dari 5 tahun sejak penubuhan Alumni STAJ pada tahun 2013, evolusi Alumni STAJ meniti kecemerlangan satu persatu yang terhasil dari cetusan idea serta cadangan ahli-ahli nya. Bermula dengan program “Back To School” yang berjaya menghimpunkan seramai 500 orang ahli-ahlinya di dewan Bestari ini pada May 2014 dan diikuti dengan Pelancaran Sambutan Jubli Emas STAJ 2017 pada 24 Januari 2017.Alumni STAJ berdiri megah dengan penjenamaannya yang tersendiri.

Pelbagai program-program di laksanakan sepanjang 2017 lalu termasuk program Kelestarian Alam Sekitar – Bersih Bakau di Pulau Ketam bersama DYTM Raja Muda Selangor sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 22 April 2017. Sebuah program yang julung-julung kalinya di adakan oleh Alumni untuk mendidik masyarakat agar perihatin kepada pemuliharaan alam sekitar selain memupuk persefahaman pelbagai keturunan di Pulau Ketam yang majoritinya didiami oleh Masyarakat Tiong Hwa sementara kehadiran sukarelawan dari kalangan Alumni Melayu dan India. Program ini juga berjaya mempromosikan Pulau Ketam sebagai segmen Pelancongan Agro terdekat kepada masyarakat persekitaran Negeri Selangor sendiri.

Selepas itu ikuti dengan Hari Guru Khas bersama Sepahtu & Sinar FM pada 17 May 2017, Sambutan Hari Raya Perdana 14 Julai 2017 dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang memupuk ukhwah dan persefahaman dikalangan Ahli-Ahli Alumni STAJ yang terdiri dari pelbagai umur, keturunan dan latar belakang ekonomi dan pendidikan tanpa mengira pandangan politik masing-masing.

Semangat untuk menyumbang kepada kebajikan sekolah yang ditinggalkan bertahun-tahun semakin hari diperkasakan dengan slogan “Alumni Cemerlang, Sekolah Gemilang dan Masyarakat Terbilang”. Di perjelaskan di semua media saluran , bahawa Alumni bukan untuk “reunioun” semata-mata, tetapi berganding bahu dan usaha untuk menyumbang kearah Pembangunan Sekolah demi manafaat kepada warga sekolah dan generasi baru hari ini. Semangat baru ini di perkukuhkan lagi dengan sokongan penuh Dato Setia Diraja Dato Abdul Ghani Pateh Akhir, Orang Besar Daerah Klang, selaku Penaung kepada Majlis Rejuvenasi STAJ 2018. Alumni sentiasa bersama menyokong hasrat semua yang mahu membangunkan pendidikan generasi baru melalui perubahan paradigm yang selari dengan Dasar Pendidikan kebangsaan 2013 – 2025.

Hadirin yang dihormati sekelian,

Dalam mengakhiri sambutan Jubli Emas STAJ 2017, Alumni STAJ sekali lagi bersepakat untuk mencipta satu usaha sama yang lebih konstruktif kepada sekolah yang dicintai. Dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru-guru serta Pentadbir Sekolah Tengku Ampuan Jemaah, Guru-guru Sekolah dan ahli-ahli masyarakat sekitar, Satu Majlis dirancang untuk Tahun 2018 sebagai kesinambungan kecemerlangan 2017 yang juga merupakan satu permulaan kepada gelombang yang lebih besar dari Ukhwah Alumni STAJ.
Majlis Rejuvenasi STAJ 2018 di cadangkan.

Konsep Rejuvenasi yang mengandungi elemen-element “peremajaan”, “pembaharuan”, penambahbaikan dan “pemerkasaan’ kepada sebuah institusi yang telah berusia 50 tahun untuk dijadikan sebuah Kompleks Kecemerlangan – Center Of Excellent dalam era Pasca 2020.

Satu usaha dan kerjasama di bawah konsep “Dasar Perkongsian Pintar” Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sebuah NGO – Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah, Pelabuhan Klang. Projek julung2 kali di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan 2013 – 2025 yang melibatkan infrastruktur, tidak seperti kebiasaan yang lain hanya melibatkan infomasi Teknologi.

Ini semua di lihat di kaca mata Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu perkembangan dan indikator yang positif ke arah memantapkan pendidikan Negara dan menjadikannya ia kerjasama pintar (smart partnership) dalam pendidikan, ICT, Pengurusan mahupun Pembangunan sebagai satu pencapaian bersama Rakyat Malaysia dalam menuju Negara Maju dan Berpendapatan Tinggi.

Dipihak NGO seperti Alumni STAJ, ianaya adalah satu cabaran untuk lebih komited dan konsisten dalam melaksanakan usahasama dan kerja-kerja kabak=jikan sekolah yang bersifat lebih konstruktif dan Teknikal.

Insya Allah melalui Evolusi Alumni STAJ, akan lebih ramai bekas pelajar dari pelbagai lapisan umar dan kepakaran tampil bersama-sama dalam usaha murni sebegini. Semoga semua usaha-usaha ini di permudahkan melalui jalinan kerjasama semua pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, pentadbir Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Jabatan Pelajaran Selangor dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia demi pembangunan generasi anak bangsa menuju Transformasi Negara 2050.

Hadiran yang dihormati sekelian,

Selain pembangunan Fizikal, pembangunan pendidikan juga memerlukan sokongan kandungannya juga, Seperti yang yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 -2025, Sarana iaitu suatu alat untuk digunakan untuk meningkatkan kerjasama oleh ibubapa dan komuniti dalam membangunkan, memantapkan dan memperkasakan pembelajaran dan kokurikulum pelajar-pelajar sekolah.

Atas maksud untuk menyokong Sarana Sekolah, Alumni STAJ melancarkan Portal Intraktif Alumni untuk menarik lebih ramai pakar-pakar dari kalangan bekas Pelajar untuk menyumbangkan kembali kepakaran mereka kepada sekolah. Selain menjadi pengkalan Data untuk mengumpulkan semua Bekas pelajar yang berjumlah puluhan ribu orang, Portal ini mampu memproses data dan informasi untuk mencadangkan nama-nama bekas pelajar yang berminat untuk menyumbang kembali kepakaran mereka kepada sekolah asal mereka ini untuk empat teras utama pendidikan iaitu Akedemik, Kokurikulum, Kemahiran dan Enterprenurship (Keusahawanan).

Insya Allah Portal Intraktif Alumni STAJ ini mampu menjadi jalinan terbesar menyatukan keseluruhan Alumni bukan sahaja bekas pelajar STAJ tatapi merangkuni Alumni-alumni sekolah lain berdekatan untuk sama-sama menyumbang kemahiran dan kepakaran masing-masing demi memperkasakan generasi baru khususnya di sekolah ini untuk mempu berdaya saing di dalam era liberisasi dan Revolusi Industri ke Empat.(RE4)

Hadirin yang di hormari sekelian,

Demikianlah dua agenda utama kita pada hari ini yang bakal mencipta sejarah dan julung-julung kalinya di bangunkan oleh Alumni di sebuah sekolah harian biasa di Malaysia. Agenda yang dicipta oleh kalangan Alumni yang berevolusi dari aktiviti-aktiviti biasa reunion kepada agenda anak bangsa yang besar lagi konstruktif.

Ini lah yang alumni STAJ jenamakan sebagai “Rejuvenasi”

Semua inisiatif “Rejuvenasi” ini terasa lebih bernilai kepada Alumni, apabila DYMM Tengku Norashikin, Tengku permaisuri Selangor berkenan untuk menlancarkan kedua-dua agenda utama kita pada hari yang bersejarah ini.

Hasrat kami alumni, untuk perkenan DYMM tuanku permaisuri untuk menaungi usaha-usaha sebegini dan seterusnya bakal mentransformasikan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah ini menjadi sekolah gemilang atau sebuah Pusat Kecemerlangan (Center Of Excellence) di adalam kelasnya yang tersendiri.

Hadirin yang dihormati sekelian,

Sebelum mengakhiri ucapan di akhiri, dengan penih keikhlasan sekali lagi ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepaxda seluruh tetamu yang telah sudi ke Majlis Pelancaran Rejuvenasi STAJ 2018 ini. Sokongan Dato’-Dato , Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan amat besar ertinya kepada Alumni STAJ dalam Agenda 8 tahun akan datang ini.

AMPUN TUANKU,
P**AU KETAM KAMPUNG CINA SINGGAH MENITI KEPALA T**I, BUKAN EMAS KUASA DUNIA BUDI ALUMNI YANG DI BERI

BANYAK UBI PERKARA UBI
UBI KELEDEK DITANAM ORANG BANYAK BUDI PERKARA BUDI BUDI ALUMNI DIKENANG ORANG

PATIK JUGA SEKALI LAGI INGIN MERAFAK SEMBAH, MENJUNJUNG KASIH YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PERMAISURI SELANGOR. TENGKU SEMOGA ALLAH KURNIAKAN RAHMAT DAN KEBERKATAN KEPADA TENGKU PERMAISURI.
PATIK SUDAHI DENGAN LAFAZ WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH.

AHMAD MANSOR SA BIN ABU HASSAN
Pengerusi
Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah.

PORTAL INTERAKTIF ALUMNI STAJ DILANCARKAN DENGAN RASMINYA
03/03/2018

PORTAL INTERAKTIF ALUMNI STAJ DILANCARKAN DENGAN RASMINYA

Portal Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah, Pelabuhan Klang yang ditubuhkan oleh alumni untuk mengumpul data dan maklumat berkenaan alumni yang boleh dimanfaatkan.

6 FAKTASEKOLAH PERTAMA YANG AKAN DILAWATI OLEH DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR (PADA 1 MAC 2018) SELEPAS TUANKU BAGINDA ...
18/02/2018

6 FAKTA

SEKOLAH PERTAMA YANG AKAN DILAWATI OLEH DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR (PADA 1 MAC 2018) SELEPAS TUANKU BAGINDA DITABALKAN.

KERJASAMA PERTAMA YANG DIJALANKAN OLEH “ALUMNI DAN PIBG” UNTUK MEMBANGUNKAN SEKOLAH DAN INFRASTRUKTUR (“MAJOR DEVELOPMENT) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HARIAN BIASA YANG BERNILAI RM45 JUTA DALAM TEMPOH 8 TAHUN ATAS USAHA ALUMNI SEKOLAH SENDIRI.

PROJEK PEMBANGUNAN BERSEPADU SELAMA 8 TAHUN YANG PERTAMA BAKAL DI JALANKAN DI NEGERI SELANGOR ATAU MUNGKIN DI MALAYSIA DI KOMPLEK SEKOLAH YANG SEDIA ADA – UJAR PENGARAH PELAJARAN SELANGOR (1 FEB 2018)

PELANCARAN SERENTAK PERTAMA , PROJEK PEMBANGUNAN DAN PORTAL (UNTUK MENGISI PEMBANGUNAN) FIZIKAL YANG DIRANCANG SELAMA 8 TAHUN.

PROJEK DAN PORTAL YANG PERTAMA DI BANGUNKAN SENDIRI OLEH KALANGAN AHLI-AHLI ALUMNI STAJ (SEKOLAH HARIAN UTAMA DI NEGERI SELANGOR)

MAJLIS REJUVENASI PERTAMA YANG DIADAKAN UNTUK KELESTARIAN SEKOLAH YANG DIANJURKAN OLEH NGO – ALUMNI STAJ , DISOKONG DAN DIBANTU PENUH OLEH SEMUA PIHAK TERMASUK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN & KESEJAHTERAAN BANDAR DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

SEWAAN BOOTH PAMERAN DAN JUALAN SEMPENA HARI JUVENASI STAJ 2018 1/3/2018 - TEMPAT TERHAD!!!!
09/02/2018

SEWAAN BOOTH PAMERAN DAN JUALAN SEMPENA HARI JUVENASI STAJ 2018
1/3/2018 - TEMPAT TERHAD!!!!

PENDAFTARAN ALUMNI ADALAH PERCUMA , MANA ADA BAYARAN......DAFTAR SEKARANG.Ramai yang keliru agaknya dan bersangka, penda...
04/02/2018

PENDAFTARAN ALUMNI ADALAH PERCUMA , MANA ADA BAYARAN......DAFTAR SEKARANG.

Ramai yang keliru agaknya dan bersangka, pendaftaran Alumni STAJ perlukan bayaran. Tidak!!!!... Ia adalah percuma!!

Pendaftaran adalah percuma untuk membolehkan no. keahlian dikeluarkan dan maklumat-maklumat serta berita-berita penting tentang STAJ dapat di salurkan kepada semua bekas Pelajar.
Itu sahaja.

Namun bagi ahli-ahli yang bercadang untuk aktif, mereka perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM30 sahaja. Ada pelbagai kelebihan-kelebihan sebagai "Ahli Aktif"di berikan.

Sebagai contoh, untuk jemputan VIP ke Majlis Santapan Beradap pada 1 Mac 2018 nanti, semua ahli yang "aktif"(yang telah membayar Yuran Tahunan) layak menerima diskaun 50% dari harga RM100 seorang.

Bermakna dengan harya membayar RM30 yuran tahunan, seorang ahli berdaftar boleh berjimat RM50 untuk jamuan tersebut. Dan banyak lagi nanti untuk majlis, program dan produk2 akan datang yang bakal di hasilkan bersama oleh Alumni STAJ.

Hanya dafter one-line atau whatapp kepada SU dan Penolong SU.

ALUMNI'S PERMANENT MEMBERS (KEAHLIAN SEUMUR HIDUP ALUMNI)Ramai yang bertanya bagaimana seseorang boleh menjadi Ahli Seum...
02/02/2018

ALUMNI'S PERMANENT MEMBERS (KEAHLIAN SEUMUR HIDUP ALUMNI)

Ramai yang bertanya bagaimana seseorang boleh menjadi Ahli Seumur Hidup Alumni STAJ?,

Jawapannya ;-

Sebelum 1 Januari 2018 -
Seseorang bekas pelajar STAJ boleh memohon terus menjadi Ahli Seumur Hidup (Alumni's Permanent Members) dengan hanya memohon terus kepada Setiausaha dan membayar yuran seumur hidup sebanyak RM250 dan Yuran Pendaftaran RM20(Bagi pendaftaran baru)
Kelulusan secara terus.

Selepas 1 Januari 2018
- Permohonan untuk menjadi Ahli Seumur Hidup tidak lagi secara terus. Bekas Pelajar perlu menjadi Ahli Kanan (Alumni's Senior Member) selama tiga tahun sebelum layak memohon menjadi Ahli Seumur Hidup. Bayaran sebanyak RM500 selepas diluluskan (Tanpa bayaran lain) dan permohonan tidak dijamin diluluskan sepenuhnya - tertakluk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Alumni. Pertimbangan termasuk mengambil kira quota dan nisbah semasa jumlah keseluruhan Ahli berbanding Keahlian Seumur Hidup.

Juga di buka kepada Ahli Bersekutu (Bukan Bekas STAJ - Khususnya kalangan bekas Guru-guru STAJ) untuk memohon setelah aktif selama 6 tahun sebagai "ahli bersekutu".

Keahlian seumur hidup sehingga kini,
Seramai 20 orang yang berstatus Keahlian Seumur hidup mewakili pelbagai batch, keturunan dan latar belakang, seperti lampiran . Panduan dan proses menjadi Ahli Seumur Hidup juga di lakarkan di dalam lampiran.

Harapan semua Menuju Rejuvenasi,
Alumni mengorak langkah kehadapan.

Address

Jalan Pandamaran
Pelabohan Klang
42000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Persatuan Alumni SMK Tengku Ampuan Jemaah:

Shortcuts

Share

Category