02/11/2025
✨ Semi Final ihtifal Tadika Tahfiz Negeri Pahang 2025 ✨
Alhamdulillah,PERTANDINGAN SEMI FINAL IHTIFAL ZON 4 2025 (KATEGORI HAFAZAN,BERCERITA, STORY TELLING & PIDATO ) TADIKA TAHFIZ NEGERI PAHANG telah melabuhkan tirai dengan jayanya semalam.
Tahniah kepada semua peserta kerana telah mempersembahkan yang terbaik dengan penuh keyakinan dan semangat yang jitu. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mualimah2 yang semangat mengajar para peserta dengan gigihnya tidak kira waktu dan masa. Terima kasih juga diberikan kepada ibu bapa yang sama-sama membantu anak2 dirumah dari segi hafalan sehingga prop persembahan anak2. "hasil tidak mengkhianati usaha". 🤲💪🥰
Tahniah juga kepada para pemenang yang akan mewakili Zon 4 Tadika Tahifiz Negeri Pahang ke peringkat Grand Final Ihtifal 2025 pada 22 November nanti.Semoga Zon 4 terus melangkah lebih jauh dan bergelar juara dalam Grand Final Ihtifal akan datang. InsyaAllah.