Sekolah Kebangsaan Pelak

Call Directions Website Contact the school

Sekolah Kebangsaan Pelak SKM B, ZON PALOH HINAI

KLINIK BOLA SEPAK TOUCH BY LEGEND HARI: SABTUTARIKH: 12 SEPTEMBER 2026TEMPAT: STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTANAlhamdulillah...
13/09/2026

KLINIK BOLA SEPAK TOUCH BY LEGEND

HARI: SABTU
TARIKH: 12 SEPTEMBER 2026
TEMPAT: STADIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Klinik Bola Sepak Touch by Legend yang disertai oleh murid-murid SK Pelak pada Sabtu, 12 September 2026, bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan. 🏟️⚽

Program ini memberikan peluang kepada murid untuk menimba pengalaman, meningkatkan kemahiran asas bola sepak serta mempelajari teknik dan strategi permainan dalam suasana yang menyeronokkan dan penuh semangat. πŸ’ͺ🏻πŸ”₯

Lebih bermakna, murid berpeluang merasai pengalaman menjalani latihan di stadium, sekali gus menyemarakkan minat dan keyakinan mereka dalam bidang sukan.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi satu kenangan bermakna serta pembakar semangat kepada anak-anak SK Pelak untuk terus aktif, berdisiplin dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam sukan. 🌟

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang terlibat! πŸ‘πŸ»βš½

πŸ† Berani Bermimpi, Gigih Berusaha, Terus Melangkah!



πŸ•οΈ MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SK PELAK 2026 πŸ•οΈHARI: JUMAATTARIKH: 11 SEPTEMBER 2026TEMPAT: SK ...
13/09/2026

πŸ•οΈ MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SK PELAK 2026 πŸ•οΈ

HARI: JUMAAT
TARIKH: 11 SEPTEMBER 2026
TEMPAT: SK PELAK

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SK Pelak 2026 selama 2 hari 1 malam. πŸŒΏβ›Ί

Program ini menghimpunkan murid-murid Tahap 2 dalam pelbagai aktiviti yang menarik, mencabar dan penuh pengalaman seperti aktiviti berhalangan, ice breaking, treasure hunt, misi sandwich dan malam kebudayaan. πŸ”₯🌳

Sepanjang perkhemahan, murid berpeluang memupuk nilai kerjasama, disiplin, kepimpinan, keberanian, berdikari dan semangat setiakawan. Setiap cabaran yang dilalui menjadi pengalaman bermakna dan kenangan indah yang pastinya akan dikenang. ❀️

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah memberikan komitmen dan semangat yang luar biasa sepanjang program berlangsung. πŸ‘πŸ»βœ¨

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga kepada barisan pentadbir, guru-guru, AJK pibg dan ibu bapa serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Jasa dan komitmen yang diberikan amat dihargai. 🌷

Berkhemah hari ini, membina jati diri untuk hari esok. 🌱



PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SK PELAK 2026HARI: KHAMIS & JUMAATTARIKH: 10 & 11 SEPTEMBER 2026AKTIVITI-AKTIVITI PE...
13/09/2026

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SK PELAK 2026

HARI: KHAMIS & JUMAAT
TARIKH: 10 & 11 SEPTEMBER 2026

AKTIVITI-AKTIVITI PERKHEMAHAN

- LDK 1: ICE BREAKING
- LDK 2: TREASURE HUNT
- LDK 3: AKTIVITI BERHALANGAN
- LDK 4: MALAM KEBUDAYAAN
- LDK 5: MISI MEMBUAT SANDIWCH



πŸ“’ PEMAKLUMAN CUTI SEKOLAH PENGGAL KEDUA Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat bercuti kepada semua murid SK Pelak...
28/08/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN CUTI SEKOLAH PENGGAL KEDUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat bercuti kepada semua murid SK Pelak!

Dimaklumkan bahawa cuti sekolah penggal kedua adalah bermula:

πŸ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
hingga
πŸ“… 6 September 2026 (Ahad)

🏫 Sekolah akan dibuka semula pada:
πŸ“… 7 September 2026 (Isnin)

Manfaatkanlah masa cuti ini dengan sebaik-baiknya bersama keluarga. Luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah, menyeronokkan dan dapat menambah ilmu. πŸ“–πŸŒ±

Selamat bercuti dan selamat kembali ke sekolah!
Semoga semua warga SK Pelak sentiasa sihat, ceria dan dipermudahkan segala urusan.

Ilmu di hati, kejayaan menanti!
SK Pelak β€” Usaha Maju Jaya!



Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, warga Sekolah Kebangsaan Pelak telah bersama-sama memeriahkan Sambutan Maulidur...
28/08/2026

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, warga Sekolah Kebangsaan Pelak telah bersama-sama memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini.

Sambutan ini menjadi ruang untuk kita mengenang dan menghayati perjuangan serta akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus terpahat dalam hati setiap warga sekolah dan menjadi inspirasi untuk kita mengamalkan sifat kasih sayang, amanah, sabar dan saling menghormati dalam kehidupan seharian.

Suasana penuh ceria, kebersamaan dan ukhuwah jelas terasa sepanjang program berlangsung. Terima kasih kepada semua guru, murid dan warga sekolah yang telah memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan sambutan ini. 🌸

Semoga Maulidur Rasul yang diraikan bukan sekadar menjadi kenangan, tetapi menjadi suntikan untuk kita terus mencontohi akhlak Rasulullah SAW. πŸ•Œβœ¨

β€œRasulullah SAW Suri Teladan Sepanjang Zaman.” ❀️



KHAMIS - 27 OGOS 2026MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK PELAK 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ...
27/08/2026

KHAMIS - 27 OGOS 2026

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK PELAK 2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah yang telah memberikan kerjasama, sokongan serta komitmen dalam menjayakan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Pelak 2026.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Tanpa sokongan dan kebersamaan semua pihak, pastinya program ini tidak dapat dilaksanakan dengan begitu meriah dan bermakna. Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air terus subur dalam diri kita semua.

Bersama kita semarakkan semangat Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ



KHAMIS - 28 OGOS 2026PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SEMPENA BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK PELAK 2026
27/08/2026

KHAMIS - 28 OGOS 2026

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SEMPENA BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK PELAK 2026

RABU - 26 OGOS 2026PERTANDINGAN MEMANAH KATEGORI MURID TAHAP 2 SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026
27/08/2026

RABU - 26 OGOS 2026

PERTANDINGAN MEMANAH KATEGORI MURID TAHAP 2 SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

KHAMIS - 20 OGOS 2026- Pertandingan Mewarna Bendera Negeri (Tahap 1) - Pertandingan Bridge Building (Tahap 2)
21/08/2026

KHAMIS - 20 OGOS 2026

- Pertandingan Mewarna Bendera Negeri (Tahap 1)
- Pertandingan Bridge Building (Tahap 2)

RABU - 19 OGOS 2026PERTANDINGAN SENAMROBIK SEMPENA BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK PELAK 2026Tahniah dan syabas diucapkan ...
19/08/2026

RABU - 19 OGOS 2026

PERTANDINGAN SENAMROBIK SEMPENA BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK PELAK 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid SK Pelak yang telah memberikan komitmen, semangat dan kerjasama yang luar biasa dalam menjayakan pertandingan senamrobik pada hari ini! πŸ’ͺ🏻❀️

Terima kasih atas kesungguhan guru-guru membimbing serta semangat murid-murid yang begitu bertenaga. Semoga semangat terus mekar dalam diri kita semua. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Tahniah semua! Anda semua memang hebat! πŸ₯³πŸ‘πŸ»



Address

Pelak
Pekan
26550

Opening Hours

Monday 07:30 - 14:00
Tuesday 07:30 - 14:00
Wednesday 07:30 - 14:00
Thursday 07:00 - 14:00
Friday 07:00 - 14:00

Telephone

+6095468145

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Pelak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Pelak:

Shortcuts

Share

Category