22/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU SKeCTSa 2026
TARIKH : 21/5/2026
MASA : 7.40 Pagi - 10.10 Pagi
TEMPAT : Dewan Sri Gemilang
Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru SKeCTSa telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang sentiasa mendidik dengan penuh dedikasi.
Terima kasih kepada semua guru, murid serta warga sekolah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat kasih sayang, hormat dan penghargaan terhadap insan bergelar guru.
“Guru Bitara, Nadi Negara”