Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik - UMPSA

Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik - UMPSA http://pksa.umpsa.edu.my
Gear up your career with a German, China and Kazakhstan dual degree programmes Bachelor of Mechatronics Engineering with Honours
2.

UMP offers
three dual degree programme collaboration with Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA), Germany:

1. Bachelor of Automotive Engineering with Honours
3. Bachelor of Electrical Engineering (Electronics) with Honours

29 Julai 2026 - Pusat Perancangan Dan Pembangunan Akademik (JHEAA). Sedang berlangsung Bengkel Mapping of Courses bersam...
29/07/2026

29 Julai 2026 - Pusat Perancangan Dan Pembangunan Akademik (JHEAA). Sedang berlangsung Bengkel Mapping of Courses bersama wakil Ketua Jabatan semua Fakulti dan Pusat Servis di Dewan Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak UMPSA Pekan.

SESI PERKONGSIAN DAN BIMBINGAN PENYEDIAAN DOKUMEN TVET CONVERSION BAGI PROGRAM DI BAWAH ETAC OLEH PROFESOR IR. DR. RUSLI...
09/07/2026

SESI PERKONGSIAN DAN BIMBINGAN PENYEDIAAN DOKUMEN TVET CONVERSION BAGI PROGRAM DI BAWAH ETAC OLEH PROFESOR IR. DR. RUSLIZAM BIN DAUD DARI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

MESYUARAT MAJLIS KERJASAMA KETUA-KETUA PUSAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IPTA MALAYSIA (MAGNETIC) KALI KE-70 BIL. 2/2026...
26/06/2026

MESYUARAT MAJLIS KERJASAMA KETUA-KETUA PUSAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IPTA MALAYSIA (MAGNETIC) KALI KE-70 BIL. 2/2026

UMPSA, 26 Jun 2026 – Mesyuarat Majlis Kerjasama Ketua-Ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran IPTA Malaysia (MAGNETIC) Kali Ke-70 Bil. 2/2026 telah berlangsung di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan menghimpunkan pengarah pusat pengajaran dan pembelajaran Universiti Awam dan Government-Linked University (GLU), wakil Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta sekretariat MAGNETIC Universiti Putra Malaysia (UPM).

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainis binti Saad selaku Pengerusi MAGNETIC 2025/2026 dan turut dihadiri YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Zulkefli bin Mansor, Timbalan Pengerusi MAGNETIC merangkap Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembangunan Kurikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Erfy bin Ismail, Menjalankan Tugas Pengarah merangkap Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kecemerlangan Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Mesyuarat memberi tumpuan kepada pengesahan status pelaksanaan lapan inisiatif strategik MAGNETIC 2026, penyelarasan tindakan susulan hasil bengkel, pembentangan perkara berbangkit serta perancangan aktiviti kolaboratif yang akan dilaksanakan oleh institusi ahli bagi memperkukuh agenda kecemerlangan akademik negara.

Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan MAGNETIC dalam memperkasakan kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi ke arah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif, mampan dan berimpak.


BENGKEL PELAKSANAAN INISIATIF MAGNETIC 2026 PERKUKUH KOLABORASI STRATEGIK IPTAUMPSA, 25 Jun 2026 – Bengkel Pelaksanaan I...
26/06/2026

BENGKEL PELAKSANAAN INISIATIF MAGNETIC 2026 PERKUKUH KOLABORASI STRATEGIK IPTA

UMPSA, 25 Jun 2026 – Bengkel Pelaksanaan Inisiatif Majlis Kerjasama Ketua-Ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran IPTA Malaysia (MAGNETIC) telah berlangsung di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) selaku tuan rumah. Bengkel ini menghimpunkan Pengarah pusat pengajaran dan pembelajaran Universiti Awam dan Govermant Link University (GLU), wakil Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta sekretariat MAGNETIC daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membincangkan pelaksanaan inisiatif strategik yang menyokong kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi.

Bengkel dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainis binti Saad selaku Pengerusi MAGNETIC 2025/2026 dan turut menyantuni Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMPSA, Prof. Ts. Dr. Kamal bin Yusoh, serta Penolong Naib Canselor (Strategik Korporat) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Che Ku Mohammad Faizal bin Che Ku Yahya. Selaku tuan rumah, Prof. Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab, Pengarah Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA) UMPSA, mengetuai penyelarasan penganjuran bengkel bersama urus setia UMPSA bagi memastikan kelancaran program dan keselesaan semua delegasi yang hadir.

Perbincangan tertumpu kepada lapan inisiatif utama MAGNETIC 2026 meliputi pembangunan Indeks Kerelevanan Program, Templat Pelaporan MQF 2.0 kepada MQA, Buku Kompilasi Inovatif Pedagogi – Amalan Terbaik, Modul Latihan Pensyarah Baharu (KAPP–OBE), Webinar MAGNETIC – Pemenang AKRI dan AAN, Buku Kompilasi Alternative Assessment Best Practices, Garis Panduan Pembangunan Program EXCEL, serta Modul Latihan Compassionate Pedagogy. Perbincangan turut memfokuskan kepada penyelarasan peranan IPT peneraju, pembangunan output, penyediaan garis masa pelaksanaan dan tindakan susulan bagi memastikan setiap inisiatif dapat direalisasikan mengikut perancangan.

Bengkel ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi antara institusi, menyelaras pelaksanaan inisiatif secara kolektif serta memperkasakan budaya perkongsian amalan terbaik ke arah meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi Malaysia.


LAWATAN PENANDA ARAS FAKULTI SAINS BUMI, UMK KE UMPSA BERKAITAN PELAKSANAAN WORK-BASED LEARNING (WBL)18 Jun 2026 | UMPSA...
18/06/2026

LAWATAN PENANDA ARAS FAKULTI SAINS BUMI, UMK KE UMPSA BERKAITAN PELAKSANAAN WORK-BASED LEARNING (WBL)

18 Jun 2026 | UMPSA Pekan

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Fakulti Sains Bumi telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bagi mendapatkan perkongsian berkaitan pelaksanaan dan amalan terbaik Work-Based Learning (WBL) di universiti ini.

Delegasi UMK yang hadir terdiri daripada enam (6) orang staf akademik yang diketuai oleh Ts. Dr. Mohd Sukhairi bin Mat Rasat, pensyarah kanan Fakulti Sains Bumi, UMK.

Sesi perkongsian telah diselaraskan oleh Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA), di Bilik Mesyuarat PPPA, dan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah PPPA, Prof. Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab.

Perkongsian seterusnya telah disampaikan oleh wakil Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) iaitu Ts. Dr. Mohamad Zairi bin Baharom, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) FTKMA, bersama Ts. Dr. Mohd Yusrizal bin Mohd Yusoof, Penyelaras WBL FTKMA dan Ir. Ts. Dr. Mohamad Nur Hidayat bin Mat.

Sesi selama hampir dua jam tersebut merangkumi penerangan mengenai pengenalan dan konsep Work-Based Learning (WBL), model pelaksanaan, struktur kurikulum yang menyokong WBL serta amalan terbaik yang telah dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan pembelajaran berasaskan industri dalam kalangan pelajar.

WBL merupakan pendekatan pembelajaran yang mengintegrasikan pengalaman pembelajaran di tempat kerja dengan pembelajaran akademik secara sistematik. Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam persekitaran industri sebenar, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memenuhi keperluan industri yang sentiasa berkembang.

Sebagai sebuah universiti teknikal yang berteraskan TVET, UMPSA meletakkan pelaksanaan WBL sebagai salah satu inisiatif strategik utama dalam memperkasakan program-program TVET. Melalui pendekatan ini, UMPSA berusaha merapatkan jurang antara akademia dan industri, memperkukuh kompetensi profesional pelajar serta melahirkan graduan yang lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi universiti dalam memperkukuh ekosistem pembelajaran berasaskan industri dan menyokong agenda pembangunan modal insan negara.







SALAM MAAL HIJRAH 1448HSelamat Menyambut Awal Muharam 1448H kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun baharu ini membawa k...
17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun baharu ini membawa kejayaan yang lebih cemerlang, serta perolehi keberkatan daripada Allah SWT dalam setiap usaha dan amalan kita.

05/06/2026
Salam Aidiladha 1447H. Semoga nilai keikhlasan dan pengorbanan sentiasa mekar dalam setiap langkah kehidupan.
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H.

Semoga nilai keikhlasan dan pengorbanan sentiasa mekar dalam setiap langkah kehidupan.




SESI AUDIT MS ISO 9001:2015 19 Mei 2026 : Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik telah menjalankan Audit MS ISO 9001:2...
20/05/2026

SESI AUDIT MS ISO 9001:2015

19 Mei 2026 : Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik telah menjalankan Audit MS ISO 9001:2015 yang telah diketuai Ts. Dr. Ummu Kulthum binti Jamaluddin sebagai Ketua Audit dan dibantu oleh Ts. Dr. Nafrizuan bin Mat Yahya, CHM. Ts. Dr. Shamsul bin Zakaria serta Ts. Dr. Nur Saradatul Akmar binti Zulkifli (Pemerhati). Hadir bersama Pengarah Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik, Prof. Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab, Puan Noor Syahidah binti Sabran (Pengurus), Cik Jasmira binti Abdul Jalil (Eksekutif Kanan) serta semua staf PPPA.

20/05/2026

Address

Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6094315037

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik - UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik - UMPSA:

Shortcuts

Share