SMK Indera Shahbandar

SMK Indera Shahbandar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INDERA SHAHBANDAR, PEKAN PAHANG (CEA5075)

OFFICIAL PAGE untuk pelajar-pelajar, guru-guru dan ibubapa bagi mengentahui jika terdapat hebahan yang memerlukan pengentahuan semua pihak yang berkepentingan

๐Ÿ† TAHNIAH SMK INDERA SHAHBANDAR! ๐Ÿ†Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada SMK Indera Shahbandar atas kejayaan melayakkan...
28/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH SMK INDERA SHAHBANDAR! ๐Ÿ†

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada SMK Indera Shahbandar atas kejayaan melayakkan diri ke peringkat akhir Inovasi Junior Innovathon! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘

Daripada 50 buah sekolah yang menyertai pertandingan, SMK Indera Shahbandar berjaya mencipta kejayaan dengan melangkah ke peringkat akhir. ๐Ÿ’ก๐Ÿš€

Kejayaan ini membuktikan kreativiti, daya inovasi serta kesungguhan murid dalam menghasilkan idea-idea yang kreatif dan bernilai.

๐Ÿ‘ Tahniah kepada murid-murid dan guru pembimbing atas usaha, komitmen dan kerja keras yang telah dicurahkan.

Semoga terus maju dan memberikan yang terbaik di peringkat akhir! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

SMK Indera Shahbandar โ€” Berani Berinovasi, Mencipta Inspirasi! ๐Ÿš€๐Ÿ’ก








๐Ÿ† TAHNIAH! SMK INDERA SHAHBANDAR CIPTA KEJAYAAN DI PAHANG STEM COMPETITION 2026 ๐Ÿ†Alhamdulillah, syabas dan tahniah diuca...
28/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH! SMK INDERA SHAHBANDAR CIPTA KEJAYAAN DI PAHANG STEM COMPETITION 2026 ๐Ÿ†

Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada warga SMK Indera Shahbandar atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan STEM Peringkat Negeri Pahang yang telah berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos 2026 bertempat di Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills), Kuantan.

๐Ÿ”ฌ๐Ÿ’ก 1. INNOVATION OF TOMORROW
Tahniah diucapkan kepada:
๐Ÿฅ‡ Adam Haqimi โ€“ 4 Al-Biruni
๐Ÿฅ‡ Airiq Iskandar โ€“ 2 Al-Biruni
๐Ÿฅ‡ Lisya Amani โ€“ 4 Al-Biruni

๐ŸŽ‰ Berjaya mendapat TOP 5!
๐Ÿ… Sijil
๐Ÿฅˆ Medal
๐Ÿ’ฐ Wang tunai RM200

๐ŸŽฎ๐Ÿ’ป 2. GAMI CODE
Tahniah diucapkan kepada:
๐ŸŽฎ Ariq Harraz โ€“ 1 Al-Biruni
๐ŸŽฎ Adam Fitri โ€“ 1 Al-Biruni

๐ŸŽ‰ Berjaya mendapat TOP 5!
๐Ÿ… Sijil
๐Ÿฅˆ Medal
๐Ÿ’ฐ Wang tunai RM200

๐Ÿ‘ Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga kepada Cikgu Ariffa Rizan Zahari, selaku guru pembimbing, atas bimbingan, komitmen dan usaha dalam membimbing murid sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus meneroka, berinovasi dan mencipta sesuatu yang hebat dalam bidang STEM. ๐Ÿš€๐Ÿ”ฌ๐Ÿ’ก

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat!
Teruskan melakar kejayaan! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ†

PPD PEKAN
Nizar Najib NN11








๐ŸŒท Selamat Jalan & Selamat Maju Jaya, Cikgu Noor Fairuz ๐ŸŒทAssalamualaikum dan salam sejahtera.Setiap pertemuan pasti ada p...
28/08/2026

๐ŸŒท Selamat Jalan & Selamat Maju Jaya, Cikgu Noor Fairuz ๐ŸŒท

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Warga SMK Indera Shahbandar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Cikgu Noor Fairuz binti Mahamood atas segala jasa, bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berada di sekolah ini. ๐Ÿค

Segala ilmu yang dicurahkan, tunjuk ajar, kerjasama serta kenangan yang tercipta akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga SMK Indera Shahbandar.

Perginya seorang insan bukan bererti terputusnya sebuah ukhwah. Semoga Cikgu Noor Fairuz terus melangkah dengan penuh semangat dan keyakinan dalam menempuh fasa baharu. Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan di mana sahaja berada. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

๐Ÿ’ Selamat maju jaya, Cikgu Noor Fairuz!
Terima kasih atas segala-galanya.
Jasamu dikenang, budimu disanjung, kenanganmu tetap di hati. โค๏ธ





๐ŸŒ™โœจ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H | SMK INDERA SHAHBANDAR โœจ๐ŸŒ™Alhamdulillah, telah berlangsung Ceramah Maulidur Rasul perin...
28/08/2026

๐ŸŒ™โœจ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H | SMK INDERA SHAHBANDAR โœจ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, telah berlangsung Ceramah Maulidur Rasul peringkat SMK Indera Shahbandar pada:

๐Ÿ“… Tarikh: 28 Ogos 2026
โฐ Masa: 8.10 pagi โ€“ 9.20 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Terbuka SMK Indera Shahbandar

Majlis telah diserikan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rosmaini bin Hj Abdul Rahman, Mudir Madrasah Ar Riduwan, Kempadang, Kuantan.

Ceramah yang disampaikan bukan sahaja menambahkan ilmu dan pengetahuan tentang sirah serta keperibadian Rasulullah SAW, malah turut mengajak seluruh warga sekolah untuk meneladani akhlak Baginda dalam kehidupan seharian. โค๏ธ

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita menzahirkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta menyemarakkan usaha untuk mengamalkan sunnah dan akhlak mulia Baginda dalam kehidupan.

๐ŸŒน โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.โ€
โ€” Surah al-Ahzab: 21

๐Ÿคฒ Semoga kita semua terus istiqamah dalam mencintai, mengenali dan mencontohi Rasulullah SAW.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู†








๐Ÿ† TAHNIAH SMK INDERA SHAHBANDAR! ๐Ÿ†Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Inovasi SMK Indera Sha...
25/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH SMK INDERA SHAHBANDAR! ๐Ÿ†

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Inovasi SMK Indera Shahbandar atas kejayaan terpilih dalam TOP 10 Carnival STEM Competition 2026 Peringkat Negeri Pahang! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘

๐Ÿ”ฌ Projek: SMART BUDDY โ€“ Early Prevention System
Kedudukan: TOP 10 Negeri Pahang

Kejayaan ini melayakkan pasukan SMK Indera Shahbandar untuk mara ke Pertandingan Bersemuka bersama 9 pasukan terbaik yang lain.

Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan para inovator muda SMK Indera Shahbandar atas usaha, kreativiti dan kesungguhan dalam menghasilkan inovasi yang membawa nama sekolah ke pentas yang lebih tinggi. ๐Ÿ’ช๐Ÿปโœจ

Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam pertandingan bersemuka nanti. Buktikan bahawa inovasi hari ini adalah solusi masa depan! ๐Ÿš€๐Ÿ’ก

SMK Indera Shahbandar โ€” Terus Melangkah, Terus Berinovasi! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›







๐Ÿ“ข *TABUNG SUMBANGAN ROBOT HUMANOID SMK INDERA SHAHBANDAR*Assalamualaikum wbt.SMK Indera Shahbandar dengan rendah hati me...
25/08/2026

๐Ÿ“ข *TABUNG SUMBANGAN ROBOT HUMANOID SMK INDERA SHAHBANDAR*

Assalamualaikum wbt.

SMK Indera Shahbandar dengan rendah hati membuka *Tabung Sumbangan Robot Humanoid* bagi membantu menyediakan robot humanoid untuk pertandingan, pembelajaran STEM, pengaturcaraan dan kecerdasan buatan (AI).

Pasukan *CODEBLOOM SMKIS* telah berjaya sebagai *pasukan terbaik Negeri Pahang* dalam *Kuiz Kelayakan Humanoid Coding Challenge*. Bagi meneruskan kejayaan ini di peringkat kebangsaan, kami mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak.

โœจ Setiap sumbangan, walau sekecil mana sekalipun, amat bermakna.

๐Ÿ“ฒ Sumbangan boleh dibuat melalui Online Transfer/QR:
*Bank Rakyat*
PIBG SMK INDERA SHAHBANDAR
No. Akaun: 1102447410

Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan diberkati Allah SWT.

Terima kasih.

23 ogos 2026- PROGRAM SOJOURN 4 STRAIGHT A'S @ INTEK, KUANTANSeramai 8 murid tingkatan 5 mengikuti program Sojourn 4 STR...
24/08/2026

23 ogos 2026- PROGRAM SOJOURN 4 STRAIGHT A'S @ INTEK, KUANTAN

Seramai 8 murid tingkatan 5 mengikuti program Sojourn 4 STRAIGHT A'S di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan,
selama 6 hari 5 malam bagi mengenal budaya, kaedah pembelajaran dan mengikuti ritma pelajar2 cemerlang.... Sebagai pembawa perubahan batch Astralis menghadapi SPM 2026.

Semoga pengalaman yang akan diperoleh dapat dikongsi bersama-sama serta membentuk budaya cemerlang di SMK Indera Shahbandar seterusnya peneraju straight A SPM 2026...

Terima kasih warga INTEK, sudi menerima delegasi SMK Indera Shahbandar semoga jaringan dibentuk berkekalan pada masa2 akan datang...

program penerimaan murid juga
diserikan dengan majlis menandatangani sijil jaringan strategik SMKIS-INTEK sebagai rakan strategik bagi pembangunan potensi murid dan sekolah.

Terima kasih juga kepada semua penjaga dan PIBG Smk Indera Shahbandar yang menyokong penuh program yang dijalankan kali ini....

Terima kasih warga , Kuantan kerana sudi melayani dan menyantuni anak-anak SMKIS serta memberikan mereka peluang keemasan berada di dalam kelompok yang hebat.

Terima kasih...

-lead


๐Ÿ† TAHNIAH ATLET PENDIDIKAN KHAS SMK INDERA SHAHBANDAR! ๐Ÿ†Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSP 2026 tela...
21/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH ATLET PENDIDIKAN KHAS SMK INDERA SHAHBANDAR! ๐Ÿ†

Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSP 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan! ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ

Seramai 3 orang atlet telah mewakili sekolah dalam kejohanan tersebut. Hasil daripada keringat, kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang tinggi, kita berjaya membawa pulang 3 pingat! ๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‡๐Ÿฅ‰

๐Ÿฅ‡ 2 PINGAT EMAS
Disumbangkan oleh Nor Juliana Rania dalam acara:
๐Ÿ† Rejam Lembing Perempuan B15
๐Ÿ† Lontar Peluru Perempuan B15

๐Ÿฅ‰ 1 PINGAT GANGSA
Disumbangkan oleh Mohd Amirul Fikri dalam acara:
๐Ÿƒ 80M Kategori Kerdil

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet atas pencapaian yang membanggakan ini. ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha yang gigih, semangat tidak mudah mengalah dan keyakinan diri mampu menghasilkan kejayaan yang luar biasa. โค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ

Terima kasih juga kepada guru-guru, jurulatih dan semua pihak yang telah memberikan sokongan serta bimbingan kepada para atlet.

Teruskan melangkah, teruskan berjuang! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ†
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

๐ŸŽŠ TAHNIAH ATLET PKHAS SMK INDERA SHAHBANDAR! ๐ŸŽŠ






19 ogos 2026- MAJLIS PENUTUPAN SOJOURN 4 SMKIS-LEAD  Pekan Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah PekanSetelah 4 hari 3 ma...
20/08/2026

19 ogos 2026- MAJLIS PENUTUPAN SOJOURN 4 SMKIS-LEAD Pekan Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan

Setelah 4 hari 3 malam, 8 murid menuntut dan mempelajari budaya cemerlang di SBP Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan (SHAH PEKAN), majlis penutupan diadakan dengan perkongsian daripada murid budaya cemerlang yang terdapat di SHAH PEKAN.
Program penutupan juga diserikan dengan majlis menandatangani sijil jaringan strategik SMKIS-SHAH sebagai rakan strategik bagi pembangunan potensi murid dan sekolah.

Terima kasih warga SHAH PEKAN kerana sudi melayani dan menyantuni anak-anak SMKIS serta memberikan mereka peluang keemasan berada di dalam kelompok yang hebat.

Semoga jaringan SMKIS-SHAH yang dibina akan terus berlaku seterusnya melahirkan pelajar cemerlang SMKIS pada masa akan datang...

Terima kasih...

-lead


๐Ÿ“šโœจ PROGRAM AINS NILAM SMK INDERA SHAHBANDAR โœจ๐Ÿ“šAlhamdulillah, telah berlangsung Program AINS NILAM SMK Indera Shahbandar ...
20/08/2026

๐Ÿ“šโœจ PROGRAM AINS NILAM SMK INDERA SHAHBANDAR โœจ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, telah berlangsung Program AINS NILAM SMK Indera Shahbandar yang bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan murid.

Menariknya, melalui program ini, murid diberi peluang untuk membaca di hadapan warga sekolah sebagai satu platform untuk menggilap bakat, keyakinan diri serta potensi dalam kemahiran membaca dan pengucapan awam. ๐ŸŽค๐Ÿ“–

Program sebegini bukan sahaja memupuk minat membaca, malah membantu murid tampil lebih berani, yakin dan berkomunikasi dengan baik di hadapan khalayak.

Semoga usaha ini dapat melahirkan lebih ramai murid yang berilmu, berkeyakinan dan berketerampilan. ๐ŸŒŸ

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang berani tampil ke hadapan! ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

โ€œMembaca Membina Minda, Berani Membina Jati Diri.โ€ ๐Ÿ“šโœจ







Address

SMK INDERA SHAHBANDAR
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:00

Telephone

+6094251261

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Indera Shahbandar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share