26/10/2021
TOKOH SAMBUTAN MAULIDUL RASUL NEGERI PAHANG 1443 / 2021 SEBAGAI PERINTIS PEMBINAAN PASTI AL-HUSNA, PEKAN (1989-KINI)
Dilahirkan dalam tahun 1943 di Kampung Penadah Pekan Pahang, dari keluarga petani yang miskin tapi mempunyai cita-cita besar untuk melihat Islam berdiri tegak di bumi tercinta ini. Di samping kerja kampung, Ayahndanya juga merupakan seorang jurumudi perahu yang membawa penduduk kampong untuk keluar ke Bandar Pekan melalui sungai Hitam.
Beliau memulakan persekolahan nya di Kulliah Sultan Abu Bakar pada tahun 1952 dalam usia 10 tahun. Kedudukan Kulliah bersebelahan dengan rumah beliau,memudahkan beliau untuk mengaji di sana dalam usia kecil. Selama sebelas tahun mengaji di Kulliah di bawah bimbingan Allahyarham Tuan Haji Mohd Mokhtar bin Ahmad Al kelantani,tokoh ini kemudiannya menyambung pelajaran di pondok yang sangat terkenal di Kelantan di bawah bimbingan Haji Abdullah Tahir di Benut Payung, abang kepada guru nya semasa di Kulliah. Sejak tahun 1940 hingga 1960, Pondok Benut Payung merupakan pondok pilihan utama penuntut dari Pahang.Hampir lebih 90% murid2 yang keluar dari pondok ini membuka pusat pengajian agama di seluruh nusantara.
Pada tahun 1963 dengan semangat berkobar-kobar walaupun tidak ada memiliki wang yang cukup,beliau menyambung pelajaran ke Darul Ulum di India, sebuah pusat pendidikan Islam yang terbesar di sana yang memberi pendidkan percuma kepada setiap pelajar, semuanya percuma makanan, pakaian, rumah dan wang poket. Darul ulum merupakan anak tangga kepada pelajar Malaysia ketika itu untuk menyambung pelajaran ke Al Azhar di Mesir,beliau menuntut di sini selama 4 tahun.
Pada tahun 1972 beliau Berjaya menyambung pelajaran ke Al Azhar dalam bidang Syariah. Menurut beliau,perjalanan dari India ke Mesir sangat sukar disebebkan kekurangan wang, beliau menumpang lori yang membawa kulit dari India ke Iran melalui Pakistan, Afghanistan.Oleh kerana beliau boleh berbahasa Urdu dan Arab,ini agak memudahkan urusan beliau dalam perjalanan. Dari Iran beliau menumpang kenderaan lalu lalang menuju ke Jordan. Dari Jordan barulah duit bekal yang di bawa mencukupi untuk beliau menaiki kapal terbang ke Mesir.
Sekembali dari Al Azhar, Ust Ramli menerima jawatan guru di Kulliah Abu Bakar. Kehidupan Al Fadhil ketika itu sebagaimana guru lain lepas mesir sehingga beliau berjumpa dengan Guru Tarekat di Kampung D**g, Ini mengubah sikap dan pendirian beliau, menghidupkan semangat bekerja untuk Islam dan berjuang dalam pergerakan Islam.Rakan-rakan beliau yang lain seperti Ustaz Mokhtar Yaakub, Ustaz Syeikh Rahim juga menyertai beliau bersama syeikh tarekat tersebut. Sejak itu ceramah al Fadhil mulai lantang kedengaran mengajak penduduk di daerah Pekan kembali kepada perjuangan Islam dan parti Islam. Oleh sebab kelantangan beliau,maka tidak lama beliau telah di tukarkan ke Sek Men Agama D**g di Raub.
Di Raub beliau bertemu dengan Raja Puji @ Tengku Puji ,yang merupakan seorang yang berpendidikan yang menyokong perjuangan PAS di sana. Al Fadhil dalam rangkanya menghidupkan PAS di Raub, beliau telah membina markaz PAS yang pertama di Pahang ketika itu. Pembinaan markas PAS ini sangat memberi ancaman kepada umno. Oleh itu pada tahun 1984, beliau telah ditukarkan ke SMA Al Ihsan Kuantan. Pertukaran ini tidak memberi kesan kepada usaha beliau menghidupkan pas, di Kuantan juga al Fadhil membina satu lagi markas PAS di Kubang Badak, sebuah markas yang besar untuk kegunaan penduduk sekitar Bandar Kuantan.Setelah dua tahun di Kuantan,beliau ditukarkan p**a ke SMA Rompin. Di sana Al Fadhil terus membina sebuah lagi Markas PAS berhampiran dengan Bandar Rompin. Dengan kedatangan al Fadhil ke sana telah Berjaya menarik penduduk sekitar Bandar Rompin menyokong Pas. Maka sekali lagi beliau telah ditukarkan semula ke Kulliah dalam tahun 1988.Di Pekan al Fadhil bukan saja menghidupkan gerakan parti Islam tetapi juga menghidupkan Persatuan Ulama Se Malaysia(PUM).Beliau menjadi pengerusi persatuan ini hingga tahun 1995.Di Pekan, Al Fadhil membina sebuah markas yang besar di Kg Jalan Rompin Lama dengan nama Madrasah al Husna.
Pada pandangan penulis,tokoh ini sangat cekap dalam membuat kerja bagi memajukan gerakan Islam. Semasa di Madrasah al Husna beliau bukan saja Berjaya menghidupkan gerakan PAS dengan jayanya malah menyusun gerak kerja yang teratur. Madrasah al Husna mempunyai pendidikan PASTI yang agak besar dan juga mempunyai kelas petang bagi kanak-kanak berusia 7 -12 tahun.Beliau Antara orang yang terawal menubuhkan unit amal, amal nisa. Sambutan penduduk sekitar sangat mengalakan. Markas Darul Husna di gunakan untuk kegiatan solat berjemaah dan mengadakan kelas fardhu ain setiap malam. Begitu juga pada hari Sabtu dan Ahad sentiasa dipenuhi dengan program ceramah dari golongan bukan agama spt ceramah kesihatan,ekonomi dan sosial. Al Fadhil tidak membenarkan lambang PAS diletakkan di sekitar Markas cukuplah bangunan di cat dengan warna hijau, bagi kegiatan PAS seperti usrah, qiamulalil diadakan di bangunan khusus yang berhampiran. Markas PAS darul al husna digunakan untuk memancing golongan atas pagar untuk menyokong PAS. Al Fadhil pada masa itu dibantu oleh beberapa orang ustaz muda seperti Ustaz Yusuf Embong, En Awaluddin,Ust Karim,Ust Bihie Endut yang sangat aktif.
Setelah bersara dari jawatan guru di Kulliah Abu Bakar, Al Fadhil telah membuka sebuah pusat pengajian agama & pusat tahfiz al Quraan di Kg Nenasi,Pekan Pahang bersebelahan dengan SRK Nenasi.Di atas jasa-jasa beliau, maka beliau pernah di anugerahi sebagai tokoh pas negeri Pahang, pernah dilantik menjadi ahli jawatan kuasa syariah Negeri Pahang dan yang terakhir sebagai tokoh sambutan mauled Nabi peringkat negeri Pahang.
https://www.facebook.com/1583512703/posts/10218487626973629/