15/05/2026
π’*UPDATE SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN FASA 2*
π
*Setakat 15/5/2026(Jumaat), 8.00am*
π° *Sumbangan Diterima : RM15,493.89*
π― *Jumlah Diperlukan : RM300,000.00*
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta para sahabat.
Dengan penuh rasa syukur, dimaklumkan bahawa *Projek Pembangunan Fasa 2*, iaitu pembinaan bangunan baharu dua tingkat bagi menambah ruang kelas SRITI, SMITI dan PASTI, *Telah mula dilaksanakan melalui proses penambakan tanah di tapak projek.* Usaha ini merupakan langkah besar dalam menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selesa, kondusif dan terancang untuk anak-anak generasi kita.
Walau bagaimanapun, perjalanan pembangunan ini masih jauh dan memerlukan sumber kewangan yang besar bagi memastikan projek ini dapat direalisasikan dengan sempurna. Sehubungan itu, kami dengan penuh rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada tuan-tuan dan puan-puan bagi menjayakan Projek Pembangunan Fasa 2 ini.
Sesungguhnya, setiap sumbangan, kecil atau besar, adalah amal jariah yang mengalir pahalanya selagi mana bangunan ini dimanfaatkan oleh para pelajar dan penuntut ilmu.Semoga segala infak yang dihulurkan menjadi sumber keberkatan rezeki, penghapus dosa, dan pemberat timbangan amal di akhirat kelak.
βPerumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki.β
β Surah Al-Baqarah: 261
Jazakumullahu khairal jazaβ atas sokongan dan keprihatinan tuan puan.