Sekolah Model Khas SMK SERI PEKAN

Call Directions Website

Sekolah Model Khas SMK SERI PEKAN Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan adalah hasil rancangan Menteri Pendidikan Malaysia 1997, Dato Najib bin Abdul Razak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan merupakan sebuah Sekolah Program Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Sekolah Model Khas Malaysia. Ia adalah hasil rancangan Menteri Pendidikan Malaysia 1997, Dato' Seri Mohd.

Tahniah dan Syabas kepada Pasukan Kriket SMK Seri Pekan!🏏🏏🏏Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Kriket SMK S...
20/09/2026

Tahniah dan Syabas kepada Pasukan Kriket SMK Seri Pekan!
🏏🏏🏏

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Kriket SMK Seri Pekan atas kejayaan luar biasa merangkul gelaran JOHAN dalam Kejohanan Kriket PIALA PRMIER MCA NCDP 2026
Kejayaan bermakna ini adalah bukti nyata hasil kerja keras, disiplin tinggi, dan semangat juang tanpa kalah yang dipamerkan oleh pemain di padang.
Kemenangan ini menjadi lebih manis dan membanggakan dengan pencapaian cemerlang dua permata berharga SPIAN yang berjaya merangkul anugerah individu;
🌟Aidil Amri Bin Yahya – Anugerah Pembaling Terbaik dengan 12 jatuhan wiket
🌟Afief Rayyan Bin Azahar– Pemain Terbaik Kejohanan (MVP) dengan 10 jatuhan wiket dan 211 larian
Kejayaan hebat ini tidak akan tercapai tanpa sokongan padu di belakang tabir. Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada Pentadbir Sekolah yang sentiasa memberi ruang, sokongan, dan dorongan. Terima kasih juga diucapkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) & Ibu Bapa atas pengorbanan, doa, dan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi. Seterusnya Barisan Jurulatih yang bertungkus-lumus menyusun strategi dan membentuk bakat pemain. Tidak dilupakan juga Semua Pihak & Penyokong yang sentiasa berdiri teguh menyokong kemajuan sukan kriket SMK Seri Pekan.
Anda semua telah membuktikan bahawa usaha yang konsisten pasti membuahkan hasil yang lumayan. Teruskan momentum kecemerlangan ini dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memburu lebih banyak kejuaraan di masa hadapan!





18.09.2026πŸ“šβœ¨ MAJLIS JALINAN BESTARI SPM 2026 βœ¨πŸ“šUsaha berterusan demi kecemerlangan calon SPM 2026.Program Jalinan Bestar...
18/09/2026

18.09.2026
πŸ“šβœ¨ MAJLIS JALINAN BESTARI SPM 2026 βœ¨πŸ“š

Usaha berterusan demi kecemerlangan calon SPM 2026.
Program Jalinan Bestari menjadi salah satu platform untuk memperkukuh persediaan calon SPM melalui perkongsian ilmu, bimbingan serta strategi pembelajaran yang lebih berkesan.
Semoga segala usaha, komitmen dan kesungguhan yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada kejayaan cemerlang dalam SPM 2026.



πŸ‡²πŸ‡Ύ AN HONOUR TO BE INVITED. A STAGE TO REPRESENT.✨ SP MARCHING BAND | SMK SERI PEKAN πŸ₯βœ¨Dengan penuh rasa bangga, SP Marc...
17/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ AN HONOUR TO BE INVITED. A STAGE TO REPRESENT.

✨ SP MARCHING BAND | SMK SERI PEKAN πŸ₯βœ¨

Dengan penuh rasa bangga, SP Marching Band telah menerima JEMPUTAN RASMI daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) untuk membuat persembahan di Festival Budaya Malaysia 2026.

πŸ“… 14 – 16 SEPTEMBER 2026
πŸ“ Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur

Lebih istimewa, kami turut diberi penghormatan untuk menjulang Piala Kemenangan Malaysia dalam Asian Music Games (AMG) 2026, sebagai salah satu pasukan yang menyumbang pingat terbanyak kepada pungutan pingat pasukan Malaysia.

πŸ† SUMBANGAN PINGAT AMG OLEH SP MARCHING BAND

πŸ₯‡ EMAS β€” 2
πŸ₯ˆ PERAK β€” 8
πŸ₯‰ GANGSA β€” 5

15 PENCAPAIAN.
SATU PIALA.
SATU NAMA β€” MALAYSIA. πŸ‡²πŸ‡Ύ

From competing on the international stage
to proudly lifting the Malaysian victory trophy. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sebuah penghormatan buat SP Marching Band untuk berdiri bersama pasukan-pasukan yang mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Terima kasih MOTAC atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami.

WE MARCH. WE PLAY. WE REPRESENT. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

15.09.2026Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Bulan Lestari Bahasa & Bulan Warisan Kemerdek...
15/09/2026

15.09.2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Bulan Lestari Bahasa & Bulan Warisan Kemerdekaan SMK Seri Pekan 2026 pada pagi ini
Majlis ini menjadi tirai penutup kepada pelbagai aktiviti dan pengisian menarik yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan, khususnya dalam menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa, warisan, budaya serta semangat patriotisme dalam kalangan warga SPians
Semoga penghayatan terhadap bahasa dan warisan negara terus subur dalam jiwa setiap murid, seterusnya membentuk generasi yang berilmu, beridentiti, berbudaya dan cinta akan tanah air
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, murid serta warga SPians yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang
β€œBahasa Disanjung, Warisan Dijunjung, Malaysia Gemilang.”


TIGA PENTAS. PELBAGAI CABARAN. SATU NAMA β€” SMK SERI PEKAN. πŸ†πŸ”₯🌏πŸ”₯ PENCAPAIAN SMK SERI PEKAN DALAM ASIAN MUSIC GAMES (AMG) ...
15/09/2026

TIGA PENTAS. PELBAGAI CABARAN. SATU NAMA β€” SMK SERI PEKAN. πŸ†πŸ”₯

🌏πŸ”₯ PENCAPAIAN SMK SERI PEKAN DALAM ASIAN MUSIC GAMES (AMG) 2026 πŸ”₯🌏

Dua pentas. Dua cabaran. Dan dua kali nama SMK Seri Pekan berdiri gah sebagai Naib Johan. πŸ”₯

Dalam Brass & Wind Battle β€” Senior Category, SMK Seri Pekan berjaya meraih Naib Johan, sebelum sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai Naib Johan dalam Indoor Marching Arts β€” Senior Category.

Pencapaian ini bukan sekadar tentang medal yang digenggam. Ia adalah bukti bahawa setiap tiupan, setiap hentakan, setiap langkah dan setiap titisan keringat akhirnya membawa kami lebih jauh daripada apa yang pernah kami bayangkan.

Daripada pentas pertandingan, kami melangkah ke pentas yang lebih besar. Kejayaan demi kejayaan akhirnya membuka jalan untuk SMK Seri Pekan melayakkan diri ke Asian Music Games (AMG) 2026, membawa nama sekolah, Pekan, Pahang dan Malaysia ke pentas antarabangsa. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ

Dan kejayaan ini turut dilengkapi dengan beberapa pengiktirafan yang cukup bermakna:

Naib Johan β€” Brass & Wind Battle, Senior Category
Naib Johan β€” Indoor Marching Arts, Senior Category
Tempat Ketiga β€” Marching Street Parade, Open Category
Best Percussion
Best Drum Major

Lebih membanggakan, kejayaan pasukan di pentas antarabangsa turut menjadi satu pengiktirafan kepada individu yang tidak pernah berhenti membimbing dan membentuk pasukan ini.

πŸ… IKON GURU PANCARAGAM PERINGKAT KEBANGSAANβ€” MOHD KHIRIL IZAM BIN CHE RAHIM

Pengiktirafan ini hadir seiring dengan kejayaan SMK Seri Pekan di pentas antarabangsa, membuktikan bahawa di sebalik sebuah pasukan yang berjaya, sentiasa ada seorang guru yang mencurahkan masa, tenaga, ilmu dan dedikasi tanpa mengenal erti penat.

Kejayaan pasukan adalah cerminan dedikasi pembimbing. Dan hari ini, nama Mohd Khiril Izam bin Che Rahim diberikan ikon guru PANCARAGAM PERINGKAT kebangsaan,Dan menjadi sebagai sebahagian daripada perjalanan dan kejayaan SMK Seri Pekan. πŸ†πŸ”₯

Di sebalik setiap pencapaian, tersimpan ribuan langkah, latihan yang tidak mengenal lelah, pengorbanan dan semangat yang tidak pernah padam.

Kami bukan sekadar turun untuk bertanding.
Kami turun untuk membuktikan.

Membuktikan bahawa usaha, disiplin dan kesatuan mampu mengubah impian menjadi kenyataan.

Hari ini kami berdiri dengan bangga. Bukan kerana kami sempurna, tetapi kerana kami tahu setiap langkah yang membawa kami ke sini tidak pernah mudah. Setiap jatuh, setiap lelah, setiap pengorbanan dan setiap titisan keringat telah menjadi sebahagian daripada cerita yang kami bina bersama.

Kami mungkin belum sampai ke puncak, tetapi kami telah membuktikan bahawa kami berani melangkah lebih jauh.

Selagi semangat ini terus menyala, selagi muzik ini terus bergema, perjalanan kami tidak akan pernah berhenti. πŸ”₯

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN 🀍

Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih kami titipkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atas sokongan, kepercayaan dan dorongan yang diberikan sepanjang perjalanan pasukan ini.

Tidak dilupakan, pihak PPD Pekan yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada setiap langkah kami. Terima kasih atas segala sokongan, kemudahan, ruang dan kepercayaan yang diberikan kepada pasukan untuk terus berkembang dan mengharumkan nama sekolah, Daerah Pekan, Negeri Pahang dan Negara Malaysia..

Buat warga SMK Seri Pekan, pengorbanan ,memberikan semangat kepada kami..membentuk kami menjadi pasukan yang lebih baik.

Buat ibu bapa dan penjaga, terima kasih kerana sentiasa berada di belakang kami β€” memberi sokongan, doa, masa dan pengorbanan yang tidak ternilai.

Dan buat seluruh ahli Pasukan Pancaragam SMK Seri Pekan, inilah hasil daripada usaha kita bersama. Setiap latihan, setiap kesilapan, setiap cabaran dan setiap kali kita memilih untuk terus bertahan akhirnya membawa kita ke pentas ini.

Kejayaan ini bukan milik seorang.
Kejayaan ini milik kita semua. πŸ†πŸ”₯

SMK SERI PEKAN β€” WE MARCH. WE FIGHT. WE RISE.
EXCELLENT NOW AND FOREVER. πŸ†πŸ”₯

🌏 END AMG 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

πŸ† PENCAPAIAN KONTINJEN SMKSP πŸ†Tahniah dan syabas kepada Kontinjen SMKSP atas pencapaian dalam Karnival Pendidikan Murid ...
13/09/2026

πŸ† PENCAPAIAN KONTINJEN SMKSP πŸ†

Tahniah dan syabas kepada Kontinjen SMKSP atas pencapaian dalam Karnival Pendidikan Murid Program Sekolah Model Khas Peringkat Kebangsaan 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… Tarikh: 11–13 September 2026
πŸ“ Tempat: SMK Batu Kikir, Negeri Sembilan

✨ Pencapaian Kontinjen SMKSP:
πŸ₯‰ Drone – Tempat Ke-3
πŸ… Story Telling – Tempat Ke-4
πŸ… Pengucapan Awam – Tempat Ke-4
πŸ… Nyanyian Duet – Tempat Ke-4
πŸ… Pidato – Tempat Ke-5
πŸ‘ Tarian Piring – Penyertaan
πŸ‘ Poem – Penyertaan

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang telah memberikan komitmen dan usaha terbaik sepanjang pertandingan. Terima kasih juga kepada guru-guru pembimbing serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. 🌟

Tahniah, Kontinjen SMKSP! Terus Cemerlang!



πŸͺ’ PERTANDINGAN LOMPAT TALI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH πŸͺ’PROGRAM KEMBARA BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA...
09/09/2026

πŸͺ’ PERTANDINGAN LOMPAT TALI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH πŸͺ’
PROGRAM KEMBARA BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA (BSSM)οΏ½HEALTH PROMOTION IN LEARNING INSTITUTION (HePiLI) @ SCHOOLοΏ½DAERAH PEKAN TAHUN 2026

Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
Tempat: Dewan Bestari SMK Seri Pekan
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan telah menjadi antara lokasi yang meriah dengan penganjuran Pertandingan Lompat Tali Peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah sempena Program Kembara (BSSM) Health Promotion in Learning Institution (HePiLI) @ School Daerah Pekan Tahun 2026.
Pertandingan ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan penyertaan murid yang penuh bersemangat, bertenaga dan berdaya saing. Aktiviti lompat tali bukan sahaja mencetuskan keseronokan, malah menjadi salah satu medium untuk menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal serta membudayakan amalan hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang, peserta, guru pengiring, urus setia serta pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Setiap lompatan yang dilakukan melambangkan usaha, keberanian dan kesungguhan untuk memilih gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.
Semoga penganjuran program seumpama ini terus menyemarakkan kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup aktif secara berterusan.



πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ ASIAN MUSIC GAMES (AMG) 2026 πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“… 5 September 2026πŸ“ Dewan Bandaraya Kuala LumpurπŸ† PENCAPAIAN SMK SERI PEKAN πŸ†πŸ₯‡ JOHAN...
05/09/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ ASIAN MUSIC GAMES (AMG) 2026 πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… 5 September 2026
πŸ“ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

πŸ† PENCAPAIAN SMK SERI PEKAN πŸ†

πŸ₯‡ JOHAN β€” Individual Brass, Tuba (Senior Category)
Izzam Harith bin Norman

πŸ₯ˆ NAIB JOHAN β€” Individual Brass, Trumpet (Senior Category)
Muhammad Iqram Muzammil bin Mohd Nadzri

πŸ₯ˆ NAIB JOHAN β€” Individual Brass, Euphonium (Senior Category)
Nur Raishya Zulaikha bt Sulaiman

πŸ₯‰ TEMPAT KE-3 β€” Individual Brass, Trumpet (Senior Category)
Irsyad Darwisy bin Azhar

πŸ₯‰ TEMPAT KE-3 β€” Individual Woodwind, Clarinet (Senior Category)
Nurul Amirah Aminah bt Noor Khairuzam

Setiap kemenangan yang diraih bukan sekadar sebuah pingat, tetapi menjadi bukti bahawa bakat, kerja keras dan semangat juang anak-anak SP mampu berdiri sama tinggi dengan peserta dari seluruh Asia. 🌏πŸ”₯
Dengan membawa nama SMK Seri Pekan dan Malaysia, SP Marching Band akan terus melangkah dengan penuh keyakinan, disiplin dan semangat juang.
Kami tidak hadir ke pentas Asian Music Games sekadar untuk menyertai, tetapi untuk memberikan yang terbaik, mencipta sejarah dan mengangkat nama Malaysia setinggi-tingginya. πŸ‡²πŸ‡Ύ
Dari Seri Pekan, kami melangkah ke pentas Asia.
Dengan irama kami, kami buktikan kemampuan kami.
Dengan semangat Malaysia, kami akan berjuang hingga ke penghujung. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯🎺πŸ₯

THIS IS OUR MOMENT.
THIS IS OUR STAGE.
THIS IS SP MARCHING BAND.

πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽΊπŸ₯



🏏 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT KONTINJEN KRIKET PAHANG MSSM 2026🏏Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan Kriket Pa...
05/09/2026

🏏 SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT KONTINJEN KRIKET PAHANG MSSM 2026🏏
Syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan Kriket Pahang atas pencapaian membanggakan meraih tempat ke-3 keseluruhan. πŸ₯‰
Lebih membanggakan lagi kontinjen Pahang diwakili pemain dari SMK Seri Pekan iaitu seramai 9 orang bagi kategori B18 yang menjadi NAIB JOHAN PLATE dan 3 orang bagi kategori B12 yang menjadi NAIB JOHAN CUP
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada:

🌟 Pegawai JPN negeri Pahang
🌟 Pentadbir sekolah
🌟 PT Kriket Pahang
🌟 Pengurus pasukan
🌟 Jurulatih
🌟 Guru pengiring dan pegawai pasukan
🌟 Para pemain Kriket Pahang Bawah 12 Tahun & Bawah 18 Tahun

Kejayaan ini bukanlah hasil usaha seorang atau dua orang, tetapi merupakan hasil kerjasama, komitmen, disiplin, pengorbanan dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua pihak.
Kepada semua pemain, anda semua telah memberikan yang terbaik dan mengharumkan nama Pahang. Walaupun keputusan mungkin belum seperti yang diimpikan, pencapaian tempat ke-3 keseluruhan merupakan sesuatu yang amat membanggakan.
Terima kasih kepada para jurulatih dan pengurus yang tidak pernah jemu membimbing, memberi motivasi serta memastikan kebajikan dan prestasi pemain sentiasa diberi perhatian.

Teruskan berusaha, teruskan berjuang dan teruskan mengukir kejayaan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kita mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

πŸ₯‰ TEMPAT KE-3 KESELURUHAN β€” SATU PENCAPAIAN, SATU KEBANGGAAN, SATU KELUARGA KRIKET PAHANG.





31.08.2026SP Marching Band berpeluang untuk menyertai raptai sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 bertempat di Padang K...
05/09/2026

31.08.2026
SP Marching Band berpeluang untuk menyertai raptai sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 bertempat di Padang Kemunting, Kuantan. Penyertaan ini menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna buat seluruh anggota pasukan, di samping memberi peluang kepada kami untuk membawa semangat patriotik melalui muzik dan persembahan marching band
Setiap langkah, setiap tiupan dan setiap rentak yang dimainkan menjadi simbol semangat serta kesungguhan kami dalam mengharumkan nama pasukan
Hari ini kami berdiri bersama, membawa satu semangat dan satu rasa bangga sebagai anak Malaysia. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong, memberi semangat dan menjadi sebahagian daripada perjalanan SP Marching Band. Semoga setiap pengalaman yang dilalui menjadi kenangan yang akan terus kami banggakan
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

Address

Bandar Baru Peramu
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6094264221

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Model Khas SMK SERI PEKAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category