16/09/2026
KEM JABATAN SAINS SOSIAL 2026 π―
Alhamdulillah, selesai sudah Kem Jabatan Sains Sosial 2026!
Bertempat di Dewan Taman Tasik Pekan, program ini melibatkan semua guru Jabatan Sains Sosial bersama 110 orang pelajar Tingkatan 3, dengan fokus untuk membawa naratif ilmu ke dalam suasana dan persekitaran pembelajaran yang berbeza.
Bukan sekadar belajar, para pelajar turut diberi peluang untuk mencabar diri, bekerjasama, berkomunikasi, menyelesaikan tugasan dan mengaplikasikan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang santai, interaktif dan menyeronokkan.
Dalam masa yang sama, beberapa aktiviti khas turut disediakan untuk guru-guru Jabatan Sains Sosial sebagai ruang untuk mengeratkan kebersamaan, ukhuwah dan semangat kekitaan dalam keluarga Jabatan Sains Sosial.
Hampir 7 jam bersama, 8 aktiviti dilalui!
1. ππ»ββοΈ Senamrobik β Unit PJPK
2. πΊοΈ Map Explorer β Unit Geografi
3. π§ IQRAβ Quest / Moral Game β Unit PAI / Unit Moral
4. π Lurve Sejarah β Unit Sejarah
5. π Treasure Hunt β Unit RBT & Seni
6. π― Sukaneka Guru
7. π Slot Tukar Hadiah Guru
8. π₯ Barbeque
Setiap aktiviti dirancang dengan satu tujuan β belajar dalam suasana yang berbeza, membina pengalaman, mencabar potensi dan mengukuhkan hubungan.
Semoga Kem Jabatan Sains Sosial 2026 menjadi satu pengalaman yang bermakna buat semua pelajar dan guru yang terlibat.